TINJAUAN INSIDEN-INSIDEN KES SERANGAN KE ATAS BANGUNAN- BANGUNAN BALAI POLIS DIRAJA MALAYSIA – PENCEROBOHAN KE ATAS BANGUNAN KESELAMATAN

  • Zahardi Zaharin
  • Jestin Nordin
  • Mohd Najib Mohd Salleh
  • Muna Hanim Abdul Samad

Abstract

Menyedari kepentingan pasukan polis dalam membantu mewujudkan situasi terkawal, dan selamat, bagi melindungi ketenteraman dan kesejahteraan awam, maka bangunan-bangunan balai polis dibina (di seluruh dunia) bertujuan menempatkan pusat operasi dan pentadbiran pasukan,    dan Malaysia tidak terkecuali. Namun, seiring dengan peningkatan cabaran ancaman  jenayah moden yang semakin canggih dan terancang, persoalan timbul sama ada reka bentuk balai-balai polis di Malaysia masih mampu berfungsi sebagai sebuah bangunan keselamatan yang sepatutnya ‘kebal’ dari ancaman pencerobohan keselamatan berdasarkan Arahan Keselamatan? Berdasarkan sejarah, Malaysia merakamkan beberapa insiden berdarah apabila beberapa balai polis diserang pihak pengganas komunis, pelampau, serta insiden kecuaian dan salah laku anggota dan pegawai yang mampu membuka peluang pencerobohan keselamatan ke atas balai-balai polis Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang terlibat. Kertas kerja ini mengumpul dan membina kronologi insiden-insiden pencerobohan keselamatan yang berlaku ke atas balai-balai polis PDRM bertujuan sebagai rujukan silang bagi mengenal pasti sela masa, jenis serangan, penyerang, dan akibat terhadap bangunan, supaya tindakan   pencegahan boleh dirangka bagi mencegah risiko ancaman pencerobohan keselamatan balai polis pada masa hadapan. Kronologi insiden pencerobohan keselamatan ke atas balai-balai polis PDRM ini didapatkan melalui proses semakan laman sesawang rasmi  PDRM, dokumentari, laporan akhbar, liputan berita televisyen, media massa, dan laman sesawang peminat sejarah, serta temuramah ke atas anggota dan bekas anggota PDRM. Dapatan awal kajian mendapati bahawa insiden-insiden serangan pencerobohan keselamatan di beberapa balai polis PDRM ini adalah dalam kategori kemusnahan total dan mematikan (berlaku pada tahun-tahun Darurat di Malaya). Walau bagaimanapun hanya kejadian berskala kecil dilaporkan selepas Darurat, namun, kejadian tersebut tidak sepatutnya berlaku ke atas sebuah  bangunan keselamatan.


 


Recognizing the importance of the police force in helping to create a controlled, and safe situation, to protect public order and well-being, police station buildings were built (around the world) to house the police force's operations and administrative centers, and Malaysia is no exception. However, in line with the increasing challenges of modern crime threats that are increasingly sophisticated and organized, the question arises whether the design of police stations in Malaysia can still function as a security building that should be 'immune' from the threat of security intrusion based on the 'Arahan Keselamatan'? Based on history, Malaysia has recorded several fatal incidents when several police stations were attacked by communist terrorists, extremists, as well as incidents of negligence and misconduct by the PDRMs staff who could result in easy opportunities for security intrusions on the police stations involved. This paper collects and constructs a chronology of security intrusion incidents involving the PDRMs police stations for cross-reference to identify time intervals, types of attacks, attackers, and consequences on buildings and the staff so that preventive measures can be devised to prevent the risk of intrusion and security breaching in the future. The chronology of security intrusion incidents on PDRM police stations was obtained through a review of PDRM official websites, documentaries, press reports, television news coverage, mass media, and history fan websites, as well as interviews with PDRMs current and former staff. Preliminary findings of the study found that the incidents of security intrusion attacks at several PDRM police stations were in the category of totally destructive and deadly (occurred in the years of the Malayan Emergency), though only in smaller-scale incidents were reported after the Emergency period, however, such incidents should not be allowed to occur over a security building.

References

Abdul Talib, H. & Jamaludin, K. R. (2003). Aplikasi Teknologi Maklumat (IT) Dalam Pengurusan Organisasi. Jurnal Teknikal dan Kajian Sosial. 89- 105. ISSN: 1675-2228.
Ahmad Termimi, M.A., Rosele, M.I., Meerangani, K.A., Marinsah, S.A., & Ramli, M.A. (2013). Jenayah Siber: Pengelasan Di Antara Al-Jaraim dan Al-Jina’i Menurut Sistem Perundangan Islam. International Seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary Society (ISLAC, 2013) 539-551.
Astro Awani. (2017). Pegawai Polis Ditemui Mati Dengan Kesan Tembakan dan Tetakan di Balai USJ. Berita Malaysia. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pegawai-polis-ditemui-mati-dengan-kesan-tembakan-dan-tetakan-di-balai-usj-153967.
Baker, R. & Ibrahim, H. I. (tahun penerbitan tidak dinyatakan).Tekanan Kerja Dalam Organisasi Kepolisan: Tinjauan Dalam Perspektif Kecerdasan Emosi. Jurnal Kemanusiaan. Bilangan 23. ISSN: 1675-1930. Universiti Teknologi Malaysia.
Banton, M., Whetstone, P., Kelling, T., Walsh, G. L., Francis, W., and Brodeur, J. P. (2020). Police. Encyclopedia Britannica. https://www.britannica.com/topic/police.
BERNAMA (2015). Percaturan Menakutkan Oleh 17 Disyaki Pengganas. Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/11/2015/04/46178/percaturan- menakutkan-oleh-17-disyaki-pengganas.
Borian, I. H. (2014). Hubungan Tekanan Kerja Dengan Prestasi Kerja di Kalangan Personel Cawangan Trafik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Iskandar Malaysia, Johor. Universiti Teknologi Malaysia, UTM Johor. Tesis Sarjana, Universiti Teknologi Malaysia, Fakulti Pengurusan.
Cambridge (2022). Security. Cambridge Dictionary. Cambridge University Press. https://dictionary.cambridge.org/dictionary/english/security.
Coaffee, J., & Fussey, P. (2015). Constructing Resilience Through Security and Surveillance: The Politics, Practices and Tensions of Security-driven Resilience.
ESSCOM Times (2021). Latar Belakang ESSCOM. Eastern Sabah Security Command Portal. News Pro Theme. Genesis Framework. WordPress. https://esscom.gov.my/?page_id=17243.
Fazlul Haque, E. H. (2021). Balai Polis Disko Kena Serbu. MyMetro. Harian Metro, New Straits Times Press (M) Bhd. https://www.hmetro.com.my/utama/2021/07/733124/balai-polis-disko-kena- serbu.
Ishak, A. (2021). Tangan dan Jari Putus? Kisah Balai Polis Batu Pahat Diserang Pegikut Ajaran Sesat. Sejarah & Politik. https://soscili.my/tangan-dan-jari-putus-kisah-balai-polis-batu-pahat- diserang-pengikut-ajaran-sesat/.
KPKK (2006). Arahan Keselamatan. Putrajaya. Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.
KPKK (2001). Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298). Putrajaya. Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.
Kamus Dewan (2022). Keselamatan. Kamus Dewan Edisi Ke-4. Dewan Bahasa dan Pustaka. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=keselamatan.
MAMPU (2021). Jenayah Siber. Akta Berkaitan Penipuan Internet. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Putrajaya.
Mat Ruzki, R. (2017). Polis Ditembak di Badan, Tetak di Kepala di Balai Polis Pinggiran Subang. 31 Ogos 2017. Terkini. Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/08/319910/terkini-polis-ditembak-di-badan-tetak-di-kepala.
Millie, A. (2012). Police Stations, Architecture and Public Reassurance. The British Journal of Criminology.
Muhamad, N. H. & Mohammad, M. F. (2018). Impact of Design Changes in Construction Project. Malaysian Journal of Sustainable Environment. 1-18
mStar (2021).“Ibu ditembak di dada ketika sarat hamil” - Anak Imbau Keberanian Mahani Kenel Angkat Rifle Serang Komunis di Balai Polis Kuala Krau. Figura. https://www.mstar.com.my/xpose/figura/2021/08/31/ibu-ditembak-di-dada- ketika-sarat-hamil---anak-imbau-keberanian-mahani-kenel-angkat-rifle-serang- komunis-di-balai-polis-kuala-krau#cxrecs_s.
mStar (2015). Zahid Dedah Rancangan Pengganas Serang Balai Polis, Kem Tentera. Semasa. Star Media Group Berhad. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/04/06/zahid-dedah-rancangan
NASTRAC (2021). Dasar Keselamatan Negara 2021-2025. Pusat Strategi Keselamatan Negara. Majlis Keselamatan Negara. Jabatan Perdana Menteri. 1-121.
Nasaruddin, M., & Faiz, M. A. (2011). Polis Lebih Stres Berbanding Guru. http://bakasalam.blogspot.com/2011/09/kerjaya- polis-palingtertekan.html.
Omar, M. (2015) Menyingkap Sejarah Silam. Blog. http://mirza- mansor.simplesite.com/417584585.
Othman, Z., Omar, M. K., Jabar, F. A., & Idris, N. A. (2016). Memelihara Keselamatan Negara Malaysia: Peristiwa Lahad Datu,Sabah.. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 12 (7). 147-159. ISSN 2180-2491.
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) (2016). Bukit Kepong. Portal Rasmi Polis DiRaja Malaysia. Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) dengan kerjasama Bahagian Telekomunikasi dan Sistem Maklumat. Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur. https://www.rmp.gov.my/.
Razali, S. N. H. (2017). Pegawai Polis Ditemui Mati. MyMetro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/06/234042/pegawai-polis-ditemui- mati.
Salleh, Z. (2021). Perisikan dan Keselamatan Negara. Kolumnis. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/138031/KOLUMNIS/Perisikan-dan-keselamatan-negara.
Sulong, T. (2020). Tragedi Rumah Pasung Bukit Yong Akan Dibukukan. Negara. Kosmo. https://www.kosmo.com.my/2020/11/19/tragedi-rumah-pasung-bukit-yong-akan-dibukukan/
Tun Hamzah, T. I. & Khoo, K. H. (Editor). (2011). Beyond Policing – The Strategic Shift. MPH Publication. ISBN: 9789675997785 9675997788.
Unit Perancang Ekonomi (UPE) (2015). Garis Panduan & Peraturan Bagi Perancangan Bangunan. Putrajaya: Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
Utusan (2001). Balai Polis Diserang Empat Lelaki Bersenjata Cederakan Dua Lans Koperal di Guar Cempedak Kedah. Utusan Online. https://www.utusan.com.my/
Zaharin, Z., Nordin, J. & Mohmad Shukri, S. (2019). Added Value to Security Building Design Case Study: Police Station in Malaysia. The 4th International Conference on Rebuilding Place (ICRP2019). European Proceedings of Multidisciplinary Sciences (EpMS). e-ISSN: 2421-826X. 362-373.
Published
2022-08-31
How to Cite
ZAHARIN, Zahardi et al. TINJAUAN INSIDEN-INSIDEN KES SERANGAN KE ATAS BANGUNAN- BANGUNAN BALAI POLIS DIRAJA MALAYSIA – PENCEROBOHAN KE ATAS BANGUNAN KESELAMATAN. Malaysian Journal of Sustainable Environment, [S.l.], v. 9, n. 2, p. 83-106, aug. 2022. ISSN 0128-326X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/myse/article/view/18829>. Date accessed: 25 sep. 2023. doi: https://doi.org/10.24191/myse.v9i2.18829.

Most read articles by the same author(s)

Obs.: This plugin requires at least one statistics/report plugin to be enabled. If your statistics plugins provide more than one metric then please also select a main metric on the admin's site settings page and/or on the journal manager's settings pages.