PEMERKASAAN PENGURUSAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL PASCA PINDAAN AKTA HARTA PUSAKA KECIL (PEMBAHAGIAN) (PINDAAN) 2022

  • Shahida Binti Ab Samad
  • Noor Rashidah Binti Ramli

Abstract

Kerajaan telah mengambil langkah progresif apabila membawa cadangan pindaan Akta Harta Pusaka kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98] ke Parlimen pada akhir tahun 2021 yang kemudiannya diluluskan oleh Parlimen dan diwartakan pada 25 Januari 2022 setelah ditandatangani perkenan daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 19 Januari 2022. Pindaan Akta 98 ini telah memperluaskan skop bidangkuasa dan mewujudkan pelbagai mekanisma baharu dalam pengurusan harta pusaka kecil. Lanjutan itu, pindaan ini dijangkakan akan mengakibatkan peningkatan yang ketara dari segi permohonan harta pusaka kecil pada masa akan datang. Artikel ini bertujuan untuk meninjau antara cabarancabaran yang perlu dilalui dan diambil perhatian dalam memperkasakan pengurusan harta pusaka kecil setelah pindaan Akta 98 dikuatkuasakan kelak. Justeru kaedah pentadbiran yang lebih dinamik dan sistematik perlu dirangka dalam pengurusan harta pusaka kecil sebagai medium persediaan bagi menghadapi gelombang cabaran dan realiti pindaan Akta 98 ini.

Published
2023-07-03
How to Cite
AB SAMAD, Shahida Binti; RAMLI, Noor Rashidah Binti. PEMERKASAAN PENGURUSAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL PASCA PINDAAN AKTA HARTA PUSAKA KECIL (PEMBAHAGIAN) (PINDAAN) 2022. Jurnal LAND, [S.l.], v. 11, n. 1, p. 43-56, july 2023. ISSN 2600-7703. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/land/article/view/22992>. Date accessed: 19 sep. 2024.