Kajian Amalan Keselamatan dan Risiko Bahaya terhadap Pelajar di Bengkel Mesin

Study of Safety Practices and Hazard Risks to Students in Machine Workshops

  • Mohd Yusri Ibrahim Politeknik Kuching Sarawak
  • Yusnenti Faziran Mohd, Ph.D. Politeknik Kuching Sarawak

Abstract

Kemalangan secara umumnya boleh berlaku dimana-mana sahaja tanpa mengira tempat dan waktu. Risiko kemalangan mungkin dapat dikurangkan jika kita mengambil langkah-langkah pencegahan awal. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan amalan keselamatan dan risiko bahaya terhadap pelajar ketika menjalankan kelas amali (praktikal) di Bengkel Mesin Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kuching Sarawak melibatkan seramai 128 orang responden yang menggunakan bengkel ini. Kaedah edaran borang soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan. Hasil dari analisis didapati 93% daripada responden tidak pernah terlibat dengan kemalangan ketika berada di bengkel ini, 100% memakai alat pelindung diri yang sesuai (pelindung mata,kasut keselamatan) semasa mengendalikan mesin, 98.4% responden memaklumkan telah diberi peringatan dan taklimat keselamatan setiap kali sebelum memulakan aktiviti, 74.2% responden berpendapat bahawa langkah-langkah keselamatan yang sedia ada sudah memadai. Untuk soal selidik risiko bahaya pula, risiko bahaya berkaitan peralatan mesin (terkepit,bergeser) merupakan risiko bahaya tertinggi iaitu sebanyak 39.1% diikuti risiko bahaya Kebakaran dan Letupan (32.8%), Eletrik (20.3%), Terjatuh/Tergelincir (15.6%), Pencahayaan (10.9%) dan 9.4% untuk Bunyi(kebisingan), Kualiti Udara Dalaman dan Partikel Habuk. Sebanyak 64.1% responden merasa selamat dari berlaku kemalangan ketika berada dibengkel ini semasa menjalankan aktiviti amali dan 4.7% beranggapan tidak selamat dari berlaku kemalangan terhadap diri mereka. Oleh yang demikian penekanan tentang cara penggunaan peralatan mesin dengan betul dan selamat serta memastikan langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan terus dipatuhi bagi meningkatkan tahap keyakinan pelajar berkaitan keselamatan ketika berada dibengkel ini seterusnya dapat mengurangkan risiko kemalangan yang mungkin terjadi.

Published
2021-12-07
How to Cite
IBRAHIM, Mohd Yusri; FAZIRAN MOHD, Yusnenti. Kajian Amalan Keselamatan dan Risiko Bahaya terhadap Pelajar di Bengkel Mesin. Jurnal Sains Sosial dan Pendidikan Teknikal | Journal of Social Sciences and Technical Education (JoSSTEd), [S.l.], v. 2, n. 3, p. 25-33, dec. 2021. ISSN 2716-6740. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jossted/article/view/16431>. Date accessed: 29 may 2022.

Most read articles by the same author(s)

Obs.: This plugin requires at least one statistics/report plugin to be enabled. If your statistics plugins provide more than one metric then please also select a main metric on the admin's site settings page and/or on the journal manager's settings pages.