ANALISIS KEMUDAHAN PRASARANA PELAJAR ORANG KURANG UPAYA DI KOLEJ KOMUNITI

  • Ezlina Mohamad Esa Universiti Teknologi Malaysia, Johor, MALAYSIA
  • Alice Sabrina Ismail Universiti Teknologi Malaysia, Johor, MALAYSIA

Abstract

Di Malaysia, golongan kurang upaya (OKU) semakin meningkat sejak tahun 2015 sehingga 2018 dan golongan ini merupakan satu kelompok penduduk dunia yang perlu diberikan peluang untuk menikmati kehidupan yang sama seperti golongan normal atas dasar hak kesaksamaan. Golongan pelajar ini telah lama ditolak peluang untuk meneruskan pengajian ke tahap yang lebih tinggi, namun mereka mereka semakin mengambil bahagian dalam Pendidikan yang lebih tinggi sejak kebelakangan ini dan telah melayakkan diri ke program di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan. Permasalahan ini timbul apabila kemudahan yang disediakan di kebanyakan IPT tidak dilengkapi dengan keperluan golongan OKU dan rekabentuk universal tidak diadaptasikan secara menyeluruh. Justeru, ia telah mengekang minat golongan OKU ini untuk terus melanjutkan pengajian selepas mendapat pendidikan awal. Kajian ini telah berfokuskan kepada dua (2) objektif utama iaitu (i) mengenalpasti tahap kemudahan akademik untuk pelajar OKU di kolej komuniti ini mengikut piawaian garis panduan MS1184 Standard Malaysia sebagai panduan dan (ii) mencadangkan kemudahan akademik yang terbaik untuk keselesaan pelajar OKU sebagai rujukan di masa hadapan bagi aktiviti pembelajaran dan pengajaran (PdP) di Kolej Komuniti. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan teknik pengumpulan data melalui temu bual dan pemerhatian. Responden kajian terdiri daripada 10 orang pelajar OKU bagi sesi temu bual dan di Kolej Komuniti Ledang. Instrument kajian yang digunakan adalah senarai semak dan pemerhatian. Hasil kajian menunjukkan dua tema utama iaitu kemudahan tidak mengikut piawaian dan rekabentuk yang tidak bertepatan dengan kemudahan OKU. Dapatan kajian menunjukkan bahawa rekabentuk kemudahan yang tidak mesra pengguna dan hanya mengikut garis panduan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS). Hal ini membuktikan bahawa rekabentuk kemudahan OKU tidak mempunyai pendekatan yang khas bagi institusi pengajian tinggi dan terlalu terikat dengan keperluan asas golongan normal sahaja. Oleh itu, penyelidik menyarankan garis panduan yang khusus bagi Kolej Komuniti diwujudkan dan bersesuaian dengan pelajar OKU bagi kegunaan perekabentuk dan kementerian yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar-pelajar OKU di institusi pengajian tinggi.

References

Akhiar Pardi dan Shamsina (2011). Pengantar penyelidikan tindakan dalam penyelidikan tindakan. Selangor: Penerbitan Multimedia sdn.Bhd.
Akta Orang Kurang Upaya. (2008). UNDANG-UNDANG MALAYSIA, AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008. 1–40.
Creswell, J. W. (2013). Research Design : Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches.
Falina, H., & Sabri, S. A. (2017). Penyediaan Fasiliti Orang Kurang Upaya ( Oku ) Di Institusi Pengajian. (May).
Hasnah, T., Yasin, M. H. M., Tahar, M. M., & Norasuzaini, S. (2009). SOKONGAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI PELAJAR-PELAJAR KURANG UPAYA DI SEBUAH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA. (January).
Kementerian Pembangunan Wanita, K. dan M. (2016). Pelan Tindakan OKU 2016-2022.
Komuniti, K. (2009). Kolej komuniti. 117–180.
Madichie, N. O. (2018). Consumer Perception. (November).
Nasirudin, N. binti D. @ M., Talib, H. binti, Ibrahim, S. Z. binti, & Samsulbahari, A. bt. (2017). KESEDARAN SOSIAL TERHADAP GOLONGAN MAHASISWA KURANG UPAYA DI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR.
Pisal, N. A., Shukri, K., & Teh, M. (2019). Kajian Rintis Strategi Pembelajaran Kemahiran Berbahasa Arab. Kajian Rintis Strategi Pembelajaran Kemahiran Berbahasa Arab, 16(7), 1–12.
Rosli, H. F., & Sabri, S. A. (2017). HALANGAN FASILITI PELAJAR ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI LEMBAH KLANG. 2, 94–99.
Sabri, S. A., Rosli, H. F., & Takril, N. F. (2018). KEPERLUAN PELAJAR ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI.
Samsudin, I. S. binti, & Rahim, M. binti A. (2014). Kolej Komuniti Sebagai Hub Melanjutkan Pelajaran Bagi Golongan Orang Kelainan Upaya ( Oku ) : Satu Tinjauan.
Tinggi, S. P., & Tinggi, K. P. (2017). Statistik Pendidikan Tinggi 2017 : Kementerian Pendidikan Tinggi | 8.
Vate-U-Lan, P., & Masouras, P. (2018). Thriving social network for communication on elearning: Exploring gender differences in attitudes. ACM International Conference Proceeding Series, 1–6. https://doi.org/10.1145/3279996.3280010
Ying-Leh, L. (2018). Persepsi pelajar terhadap persekitaran fizikal makmal komputer di Politeknik Kuching Sarawak. (May).
Published
2020-12-15
How to Cite
MOHAMAD ESA, Ezlina; ISMAIL, Alice Sabrina. ANALISIS KEMUDAHAN PRASARANA PELAJAR ORANG KURANG UPAYA DI KOLEJ KOMUNITI. Journal of Social Science Advanced Research, [S.l.], v. 1, n. 2, p. 61-75, dec. 2020. ISSN 2735-1874. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jossar/article/view/11487>. Date accessed: 10 dec. 2024.
Section
Articles