KEPERLUAN KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR: SATU KAJIAN KES

  • Shima Junn Willie
  • Abu Yazid Abu Bakar

Abstract

Perkhidmatan kaunseling telah berkembang pesat sejajar dengan arus kehidupan yang moden dan membangun. Masyarakat boleh menerima dan memahami kepentingan perkhidmatan kaunseling terhadap proses pembangunan diri secara individu, keluarga, pasangan, kerjaya dan masyarakat sekeliling. Walau bagaimanapun, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling tidak begitu popular dalam kalangan pelajar di sekolah luar bandar. Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti keperluan khidmat bimbingan dan kaunseling dalam kalangan pelajar di sekolah luar bandar di daerah Baram, Sarawak. Seramai 151 orang pelajar dari 3 buah sekolah menengah di daerah Baram telah dipilh secara rawak sebagai sampel kajian. Alat kajian yang digunakan adalah soal selidik.. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statisic Package for Social Science (SPSS) versi 20. Dalam kajian ini, pelajar dikehendaki untuk mengenal pasti keperluan bimbingan dan kaunseling mereka dalam tiga domain iaitu, kerjaya, akademik, serta peribadi dan sosial. Dapatan kajian menunjukkan pelajar meletakkan domain kerjaya yang paling penting, diikuti dengan domain akademik dan seterusnya domain peribadi dan sosial. Di samping itu, pelajar perempuan dan pelajar lelaki masing-masing mencatatkan peratusan domain kerjaya yang tertinggi dalam keperluan kaunseling berbanding domain akademik dan domain peribadi dan sosial. Melalui hasil dapatan kajian ini, guru bimbingan dan kaunseling (GBK) sekolah diharapkan dapat merangka dan melaksanakan program dan perkhidmatan yang lebih berkesan mengikut kehendak dan kesesuaian demografik pada masa hadapan.

References

Abu Yazid Abu Bakar. (2015). Pola isu, persepsi, serta pengalaman perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat. Jurnal Pendidikan Malaysia, Vol. 40(2), 167-173.
Azizi et al. (2005). Psikologi Sosial Alam Remaja. Bentong: PTS Publication & Distributors.
Biswas, A. & Aggarwal, J.C. (1971). Encyclopaedic Dictionary and Dictionary of Education.
Catherine, J. (2012). What do young people want? Therapy Today, 23(2), 4-7.
Corey, G. (2012). Theory and practice of counseling and psychotherapy. (9th ed). Belmont, CA: Cengage Learning.
Hall, E.T. (1976). Beyond Culture. Garden City, N.Y: Anchor Press.
Maznah Baba & Zainal Madon. (2007). Kaunseling Individu. Bentong : PTS Publication & Distributor.
McKenziea, K., Murrayb, G.C., Priorc, S. & Stark, L. (2011). An evaluation of a school counselling service with direct links to Child and Adolescent Mental Health (CAMH) services. British Journal of Guidance & Counselling, 39(1): 67-82.
Mohammad Aziz Shah, Mohammad Nasir Bistaman, Ahmas Jazimin Jusoh, Syed Sofian Syed Salim, & Md. Noor Saper. (2009). Kemahiran Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Moore, I.L., Henfield, M.S., & Owens, D. (2008). African American Males in Special Education: Their Attitudes and Perceptions Toward High School Counselors and School Counseling Services. American Behavioral Scientist, 51(7), 907-927.
Owens, D., Simmons, R.W., Bryant, R.M., & Henfield, M. (2011). Urban African American Males’ Perceptions of School Counseling Services. Urban Education, 46(2), 165-177. doi:10.1177/0042085910377430
Vela-Gude, L., Cavazos Jr., J., Johnson, M.S., Fielding, C., Cavazos, A.G., Campos, L., & Rodriguez, I. (2009). "My Counselors Were Never There": Perceptions from Latino College Students. Professional School Counseling, 12(4), 272-279.
Published
2019-06-15
How to Cite
JUNN WILLIE, Shima; ABU BAKAR, Abu Yazid. KEPERLUAN KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR: SATU KAJIAN KES. Jurnal Dunia Pengurusan, [S.l.], v. 1, n. 1, p. 18-24, june 2019. ISSN 2682-8251. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg/article/view/5936>. Date accessed: 02 july 2022.
Section
Articles