KEBERKESANAN LATIHAN TVET DAN BANTUAN MODAL PERALATAN KEPADA GOLONGAN ASNAF FAKIR DAN MISKIN DALAM PENINGKATAN PENDAPATAN DI NEGERI PAHANG
Abstract
Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) iaitu Lembaga Zakat dan Baitulmal Negeri adalah merupakan agensi di peringkat negeri yang bertanggungjawab dalam urusan kutipan agihan zakat di Malaysia. Antara fungsi utama agensi zakat di Malaysia ialah mengagihkan bantuan zakat kepada 8 golongan asnaf termasuk fakir dan miskin. Menurut Statistik Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), kutipan zakat tahun 2015 seluruh Malaysia adalah sebanyak RM2,649,220,187.34 manakala agihan sebanyak RM2,748,748,491.33 Di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), agihan zakat 2015 untuk asnaf fakir dan miskin adalah sebanyak RM27,2877,499 berbanding dengan jumlah kutipan sebanyak RM 118,082,517.70. Antara tujuan agihan tersebut adalah melaksanakan program menjana pendapatan asnaf melalui penyediaan program latihan kemahiran dan vokasional (TVET) seperti kemahiran dalam jahitan, dandanan, masakan, pertukangan besi, elektrik dan pelbagai lagi kursus. Selain itu, MUIP turut memberikan bantuan modal peralatan seperti motosikal roda tiga, mesin jahit, oven dan sebagainya. Program yang dilaksanakan ini telah berjaya meningkatkan pendapatan golongan asnaf walaupun tidak dapat menurunkan jumlah fakir dan miskin secara mendadak. Malah terdapat di antara peserta yang menyertai program telah keluar daripada golongan asnaf dan memperolehi pendapatan sehingga RM 20,000.00 sebulan. Oleh itu, kajian ini akan mengemukakan penemuan keberkesanan hasil daripada latihan TVET dan bantuan modal peralatan kepada asnaf fakir dan miskin di Negeri Pahang berdasarkan kepada pemerhatian dan temu bual bersemuka dengan peserta program latihan TVET dan penerima bantuan modal peralatan. Hasil kajian ini, diharapkan akan membantu MUIP dalam menangani kemiskinan dan juga penyediaan program menjana pendapatan golongan asnaf fakir dan miskin di Negeri Pahang.
References
Afzal-Ur-Rahman,(1991), Doktrin Ekonomi Islam Jilid 1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Fuad Mohamed. (2006). Zakat Sebagai Mekanisme Pembangunan Usahawan di Kalangan Asnaf. Kertas Ilmiah Sarjana Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Al-Arif, M. Nur Rianto,(2010), Teori Makroekonomi Islam: Konsep, Teori dan Analisis, Bandung: Alfabeta.
Idris Zakaria (1991). Teori Politik Al-Farabi dan Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Laporan Tahunan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
Maymunah Ismail, Siti Mariam Ali, Maizatul Saadiah Mohamad.(2011). Prestasi Zakat dan Agihan Zakat di Negeri Melaka.
Mohd Affandi Hassan. (1992). The Tawhidic Approach In Management And Public Administration: Concepts, Principles And An Alternative Model. Kuala Lumpur: National Institute of Public Administration (lNTAN).
M. Syukri Salleh. (2003). 7 Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam. Selangor: Zebra Editions Sdn.Bhd.
Mujaini Tarimin.(2005). Zakat Menuju Pengurusan Profesional, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.
Mujaini Tarimin (2005). Golongan Penerima Zakat: Agihan Dana Zakat Secara Lebih Berkesan, Shah Alam: Penerbit UiTM.
Nor Aishah Buang.(2002). Asas Keusahawanan. Selangor: Penerbit Fajar Bakti.
Normaz Wana Ismail, (2009). Pengenalan Kepada Ekonomi, Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn.Bhd.
Patmawati Ibrahim (2005). Potential Role Of Zakat Distribution In Reducing Inequlity Among The Muslim Society, Dalam Teori dan Aplikasi Kontemporari Sistem Ekonomi Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributor Sdn.Bhd.
Patmawati Ibrahim (2008). Pembangunan Ekonomi Melalui Agihan Zakat: Tinjauan Empirikal. Jurnal Syariah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Rosbi Abdul Rahman & Sanep Ahmad. (2011). Strategi Pembangunan Keusahawanan Asnaf Fakir dan Miskin Melalui Bantuan Modal Zakat, Dalam Jurnal Pengurusan 33(2011), 37-44, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zarina Kadri, Sanep Ahmad dan Mohd Ali Mohd Nor (2012). “Zakat sebagai Pemangkin Pembangunan Ekonomi: Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi”, (Prosiding, Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VII (PERKEM VII) Jilid 2: 1263-1273. https://www.akademibinaan.com.my/abmweb/ index.php/ component/rsform/ form/7-program-lzs-myskill http://www.maiamp.gov.my maiamp2/index.php/info/berita/1197