ANALISIS SUBSIDI SEKTOR PADI DAN KESANNYA KEPADA PENDAPATAN PETANI PADI DI KAWASAN PENGAIRAN MUDA

  • Nor Asmat Ismail
  • Zulkifli Abdul Rahim

Abstract

Kawasan Muda merupakan salah satu kawasan jelapang padi utama di Malaysia. Kawasan ini merupakan penyumbang terbesar kepada pengeluaran beras negara. Pelbagai usaha dan pendekatan melalui perbelanjaan kerajaan (subsidi) telah dilaksanakan bagi memastikan kawasan ini terus menyumbang hasil pengeluaran beras kepada negara. Kertas kerja ini bersifat kualitatif dan bertujuan untuk melihat keberkesanan skim subsidi padi yang telah diberikan oleh kerajaan terhadap perubahan hasil pengeluaran padi dan pendapatan petani di kawasan Pengairan Muda. Antara skim subsidi yang dikaji termasuklah harga minimum terjamin, skim subsidi harga padi, skim subsidi baja padi, insentif pengeluaran padi, insentif peningkatan hasil dan insentif pengeluaran benih padi sah. Penelitian daripada kajian lepas mendapati bahawa skim subsidi padi diperlukan bagi meningkatkan pengeluaran padi dan pendapatan petani di kawasan Pengairan Muda secara khususnya dan di jelapang padi yang lain secara amnya. Bagi menjayakan matlamat ini, perbelanjaan kerajaan perlu diteruskan menerusi skim subsidi padi bagi meningkatkan pengeluaran padi sekaligus dapat meningkatkan pendapatan petani padi melalui program pembangunan dan penyelidikan yang holistik.

References

Ahmad Zubir Ibrahim dan Chamhuri Siwar (2012). Kawasan Pengairan MUDA: Merentasi Masa Menyangga Keselamatan Makanan Negara. Jurnal Pengurusan Awam.
Ahmad Zubir Ibrahim, Chamhuri Siwar, dan Rospidah Ghazali (2012). Perubahan Iklim dan Intervensi Kerajaan: Impak ke Atas Pengeluaran Padi di Kawasan Muda, Kedah. Prosiding PERKEM VII, Jilid 1, 227-290.
Amin Mahir Abdullah (2009). Kajian Impak Skim Subsidi Baja Padi Kerajaan Persekutuan dan Skim Subsidi Harga Padi. Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, Universiti Putra Malaysia.
Amin Mahir Abdullah, Fatimah Mohamed Arshad dan Alias Radam (2009). Kajian Impak Skim Subsidi Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SSBPKP) dan Skim Subsidi Harga Padi (SSHP). Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan. Universiti Putra Malaysia.
Fauzi Hussin (2009). Impak Pelaburan dan Perbelanjaan Kerajaan Terhadap Pertumbuhan Ekonomi: Kajian Kes Negeri-Negeri di Malaysia. Tesis PhD, Universiti Sains Malaysia (USM).
Ismail bin Sulong (1984). A Comparative Study of the Effectiveness of Price support and Fertilizer Subsidy Programmes for Self-Sufficiency in Rice Production in Peninsular Malaysia. Master Thesis, Universiti Putra Malaysia.
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (2010). Buku Perangkaan MADA 2009. ALor Setar: Bahagian Perancangan Teknologi dan Maklumat, MADA.
Md. Zaidi Md. Tahir (1995). Pengenalan Perbelanjaan Awam. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Mohd. Anuar Md. Amin (1989). Subsidi dan Kesannya ke atas Petani Padi. Jurnal Ekonomi Malaysia, 19, 17-30.
PadiBeras Nasional Berhad (BERNAS) (2017). Komunikasi Peribadi. PadiBeras Nasional Berhad (BERNAS), Wilayah Utara, Kedah.
Radin Firdaus, Ahmad Zubir Ibrahim, Chamhuri Siwar dan Abdul Hamid Jaafar (2014). Penghidupan Petani Padi Dalam Mendepani Cabaran Perubahan Iklim: Peranan Intervensi Kerajaan Menerusi Skim Subsidi Harga Padi (SSHP). Kajian Malaysia, Vol. 32, No. 2, 73-92.
Shafique Mohammad, Muhammad Siddique Javed, Bashir Ahmad & Khaliq Mushtaq (2007). Price and Non Price Factors Affecting Acreage Response of Wheat in Different Agro-ecological Zones in Punjab: A Co-intergration Analysis, Pak.J Agri Sci, Vol.44(2): 370-376.
Siti Hadijah Che Mat (2015). Kemiskinan: Isu Pendapatan dan Program Pembasmian. Penerbit Universiti Utara Malaysia. Univeriti Utara Malaysia. Sintok.
Tey Y.S, Suryani Darham, Aswani Farhana Mohd Noh & Nurjihan Idris. (2010). Acreage response of paddy in Malaysia, Agric Econ-Czech, 56, 2010(3): 135-140.
Vinayakumar B.K, Karnool N.N., Kunnal L.B., Basavaraj H.,& Kulkarni V. (2008) Supply Response of Rice and Maize in Kartanaka Pre and Post WTO, Kartankan J. Agric.Sci, 21(4): 535-537.
Published
2019-06-15
How to Cite
ISMAIL, Nor Asmat; ABDUL RAHIM, Zulkifli. ANALISIS SUBSIDI SEKTOR PADI DAN KESANNYA KEPADA PENDAPATAN PETANI PADI DI KAWASAN PENGAIRAN MUDA. Jurnal Dunia Pengurusan, [S.l.], v. 1, n. 1, p. 1-9, june 2019. ISSN 2682-8251. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg/article/view/5934>. Date accessed: 02 july 2022.
Section
Articles