Potensi Pelajar Sebagai Wartawan Pelancongan Melalui Penulisan Majalah SSB Seni Travel
Abstract
Penulisan Majalah SSB Seni Travel merupakan satu hasil seni penulisan kreatif meneroka aspek-aspek menarik daripada sumber warisan dan budaya yang juga berperanan sebagai laluan untuk melahirkan bakat para pelajar dalam bidang kewartawan pelancongan. Fokus terhadap prinsip-prinsip perkhidmatan interpretasi pelawat yang diajar dalam subjek Visitor Interpretation Services memberikan latar belakang yang unik kepada penulisan kreatif dalam mengeksplorasi potensi pelajar sebagai wartawan pelancongan. Penulisan kreatif ini adalah selari dengan misi Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan. Amalan pembelajaran yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) pelajar politeknik dalam aspek pelaksanaan aktiviti Course Learning Outcomes (CLO) dan Outcome Based Education (OBE) dicapai hasil daripada penulisan kreatif ini. Terdapat dua (2) objektif iaitu (a) mempromosikan kreativiti pelajar dalam penulisan seni pelancongan melalui Majalah SSB Seni Travel, dengan memberi tumpuan kepada prinsip-prinsip Interpretasi Pelawat sebagai landasan pembelajaran, (b) meneroka dan menonjolkan potensi pelajar sebagai wartawan pelancongan, menunjukkan sumbangan penting majalah SSB Seni Travel dalam membuka peluang kerjaya dalam bidang ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif ke atas lima (5) orang dari pakar industri yang terdiri daripada wakil agensi pelancongan di bawah kerajaan dan swasta. Data kualitatif dikumpul dengan menggunakan soal selidik secara bersemuka.
References
Ab. Halim Tamuri & Hussin Nur Hanani. (2017). Pendidikan Abad ke 21 Dalam Kepelbagaian Budaya : Cabaran dan Harapan. ResearchGate (September).
Hamzah, S. M. (2020). "Pembangunan Potensi Insaniah Pelajar dalam Bidang Kewartawanan Pelancongan." Jurnal Kemahiran Insaniah, 14(1), 65-78.
Husin, K. (1996). Sekolah dan perkembangan kanak-kanak Kamarudin Hj. Husin Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd 1996. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ismail, S. M. (2016). "Peranan Pemahaman Budaya dalam Penulisan Kreatif Pelajar." Jurnal Budaya & Warisan, 8(2), 112-125.
Lamsah, S. & Chear, S. (2017). Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Aplikasi Whatsapp dan Telegram di Universiti Swasta 42(2).
Lim, K. H. (2018). "Peranan Elemen Visual dalam Meningkatkan Kreativiti Penulisan Kreatif Pelajar." Jurnal Komunikasi Kreatif, 13(2), 90-105.
Mohd Yusof, A. (2019). "Psikologi Budaya dalam Penulisan Kreatif: Satu Analisis Konseptual." Jurnal Psikologi Kreatif, 17(2), 85-100.
Mohammed Anwar Omar Din ed. (2008). Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rahim, M. A., et al. (2017). "Pengaruh Sumber Warisan Terhadap Penulisan Kreatif Pelajar: Satu Kajian Kes di Politeknik Muadzam Shah." Jurnal Kemanusiaan, 22(3), 45-58.
Rani Ann Balaraman, Faridah Ibrahim, Lawrence Arokiasamy, & Sharifah Nadiah Syed Mukhiar. (2016). Kewartawanan Warga di Malaysia: Satu Kajian Dari Sudut Pandangan Wartawan Warga. Jurnal Komunikasi, Malaysia Journal of Communiction, Jilid 32(2), 277-293.
Osman, A. B. et al. (2021). "Pemanfaatan Teknologi dalam Penulisan Kreatif: Menyampaikan Warisan Melalui Medium Digital." Jurnal Teknologi Komunikasi, 25(1), 105-120.
Tan, C. Y. (2019). "Kreativiti dalam Penulisan: Merintis Jalan untuk Bakat Wartawan Pelancongan." Jurnal Pendidikan Kreatif, 15(1), 78-92.
Yusoff, A. B. (2018). "Potensi Pelajar: Menyemai Bakat Wartawan Muda." Journal of Tourism Studies, 12(2), 45-58.