Penghasilan Produk Inovasi RE-Shellder Dalam Memastikan Kelestarian Alam Sekitar di Pantai Rekreasi Kuantan Pahang Kawasan Kajian: Pantai Teluk Cempedak
Abstract
Saban hari alam sekitar di negara Malaysia telah mengalami pencemaran dalam pelbagai bentuk dan dimensi sehinggalah pencemaran sampah sarap yang seolah-olah tiada penghujungnya. Berdasarkan peratusan tahun 2022, sisa makanan yang dilupuskan di Kuantan Pahang telah mencatatkan 151,447.88 tan metrik dengan peratusan sisa makanan adalah sebanyak 24.2% sepanjang bulan oktober 2022. Terdapat tiga (3) objektif iaitu a) Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi amalan terhadap pengurusan sisa makanan oleh golongan peniaga di Pantai Teluk Cempedak, b) Menghasilkan produk RE-ShellDer bagi menyumbang kepada kelestarian alam sekitar, c) Mengenalpasti keberkesanan produk RE- ShellDer daripada bahan kitar semula untuk kegunaan penggiat rekreasi. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dimana terbahagi kepada dua set soalan iaitu set soalan pertama sebanyak 30 set diedarkan kepada pelajar Diploma Pelancongan Rekreasi manakala set soalan kedua sebanyak 10 set diedarkan kepada peniaga di Pantai Teluk Cempedak dan telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian menunjukkan faktor penghalang dengan jumlah min purata sebanyak 4.00 berbanding min purata bagi faktor penggalak iaitu dengan min purata sebanyak (M=3.36). Seterusnya, hasil kajian menunjukkan min purata keberkesanan produk RE-ShellDer dari segi kandungan produk dengan mencatatkan min purata yang paling tinggi iaitu (M=4.83). Melalui kajian ini, cadangan yang pertama ialah dengan membuat ujian makmal bagi penambahbaikan produk RE- ShellDer kepada dua (2) fungsi iaitu menghalau dan merawat luka pada kulit manusia. Selain itu, cadangan yang seterusnya ialah produk ini akan lebih memfokuskan kepada semua tempat perkhemahan semulajadi mahupun buatan manusia tanpa menggangu ekosistem dengan cara penggunaan produk itu dihilangkan dalam tempoh masa yang singkat.
References
Kerajaan Persekutuan. (2007). Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007. Muzamir, Muhammad Yusri. (2022). ‘Rakyat Malaysia Hasilkan 17,100 Tan Sisa Makanan
Sehari’.
Rahmah Ismail. (2004). ‘Industri Kecil Dan Sederhana Di Malaysia’. 14(April): 47115501.