Pendekatan Nabi SAW Dalam Mendidik Para Sahabat: Analisis Kaedah Membangkitkan Semangat Juang Perajurit Di Medan Perang
Abstract
Semangat juang merupakan motivasi yang digunakan oleh seseorang untuk mendapatkan sesuatu. Elemen ini sering kali dipraktikkan oleh Nabi SAW untuk membangkitkan semangat dalam kalangan para sahabat ketika fasa peperangan. Oleh yang demikian, di dalam siri peperangan dapat dilihat para sahabat Nabi SAW berjaya mengalahkan pasukan kafir Musyrikin walaupun bilangan pasukan tentera Islam jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan bilangan pasukan kafir Musyrikin. Seiring dengan itu, kajian ini dihasilkan adalah untuk mengetahui secara lebih dekat pengertian semangat juang dan juga pendekatan yang digunakan oleh Nabi SAW untuk membangkitkan semangat dalam kalangan para sahabat Nabi SAW ketika fasa pensyariatan berperang sehingga menghasilkan kemenangan. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian ini mengaplikasikan kaedah penyelidikan kualitatif dengan menganalisis dokumen-dokumen yang berkaitan dan seterusnya menganalisis data-data tersebut berdasarkan kaedah induktif dan deduktif. Hasil kajian ini mendapati, bahawa Nabi SAW telah membangkitkan semangat juang dalam kalangan para sahabat menerusi beberapa kaedah iaitu menerusi doa, laungan ketika sedang berperang, ganjaran di akhirat dan cabaran sebelum berperang. Oleh yang demikian, kajian ini mempunyai signifikan yang tersirat kerana dapat mengetahui kepimpinan Nabi SAW dalam memimpin pasukan ketenteraan Islam. Di samping itu juga, turut dapat diketahui adalah kaedah yang digunakan oleh Nabi SAW untuk membangkitkan semangat juang dalam kalangan para sahabat di dalam peperangan sehingga mencapai kemenangan.
References
Abu Ghuddah; Abd Fattah (2013). 40 Teknik Rasulullah SAW Mengajar (terj; Shuhadak Mahmud). Tahqiq: Abu Muhammad Al-Mujtaba. Cetakan Keempat. Malaysia. Al-Azhar Media.
Sairazi; Abd Hafiz (2019). Kondisi Geografis, Sosial Politik dan Hukum Di Makkah dan Madinah Pada Masa Awal Islam.Journal of Islamic and Law Studies. Vol 3, No 1 (June 2019)
Al-Ghouri; `Abd Al-Majid (2012). Mu`jam Al-Mustolahat Al-Hadithiyah. Cetakan Pertama. Selangor. Dar Al-Syakir
Muslim; Abu Al-Husain (2001). Sahih Muslim.Tahqiq: `Isam al-Sababiti. Kaherah. Dar al-Hadith.
Ibn Khuzaimah; Abu Bakar Muhammad bin Ishaq; (1980). Sahih Bin Khuzaimah. (Tahqiq: Muhammad Mustafa al-`Azomi.) Beyrut. Al-Maktab al-Islami.
Al-Tirmidhi; Abu Isa Muhammad (1996). Al-Jami` al-Sahih Sunan al-Tirmidhi. (Tahqiq: Ahmad Muhammad Shakir ect all). Beyrut. Dar al-Turath al-`Arabi.
Al-Nawawi;cAbu Zakariya Mahy al-Din (2001) Sahih Muslim bi Syarah al-Nawawi. Tahqiq: `Isam al-Sababiti. Kaherah. Dar al-Hadith
Ibn Taimiyah Ahmad `Abd Al-Halim (1980). Muqaddimah fi Usul Al-Tafsir. Lubnan. Dar Al-Maktabah Al-Hayat.
Abu Nua`im Al-Asbahani Ahmad bin `Abd Allah (1986). Dalail Al-Nubuwah. Tahqiq: Dr. Muhammad Rawas dan `Abd Al-Bar `Abbas. Cetakan Kedua. Beirut. Dar Al-Nafais.
Ibn Hajar; Ahmad b. Ali (2004). Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari. Tahqiq: `Abd al-Aziz b. Abd Allah b. Baz et al. Cairo. Dar al-Hadith.
Ibn Al-Bazzar; Ahmad bin `Amru(1988). Musnad al-Bazzar. (Tahqiq: Mahfuz al-Rahman Zayn Allah). Beyrut. Musassah `Ulum al-Qur`an.
Ahmad bin Hanbal (2016) Musnad Ahmad. Tahqiq: Ahmad Syakir. Kaherah. Universiti al-Azhar.
Ahmad Mutarom.(2016). Reorientasi Makna Jihad: Sebuah Tinjauan Historis Terhadap Makna Jihad Dalam Sejarah Umat Islam. Jurnal YAQZHAN: Analisis Filsafat, Agama dan Kemanusian. Vol 2. No 2. Disember 2016.
Annisa Rasyidah. (2020). Pendidikan Pada Masa Rasulullah SAW Di Makkah dan Madinah. Al-Hikmah: Jurnal Pendidikan dan Pendidikan Agama Islam. Vol 2. No 1 (2020)
Burhanuddin Jalal(2013). Doktrin Perang Berasaskan Tauhid. 21 Januari 2013. Berita Harian.
___________________(2003). Meningkatkan Semangat Juang. 19 Oktober 2003. Utusan Malaysia.
Farid Naya. (2015). Mengungkap Makna dan Tujuan Jihad Di Dalam Syariat Islam. Tahkim. Vol XI. No 2. Disember 2015.
Ibn Kathir; Ismail bin Umar bin Kahtir. (1976). Al-Bidayah wa Al-Nihayah. Tahqiq: Mustofa `Abd Al-Wahid. Lubnan. Dar Al-Ma`rifah.
____________________. (1999). Tafsir Al-Quran Al-`Azim. Tahqiq: Salmi bin Muhammad Salamah. Cetakan Kedua. Dar Taybah.
Kamus Dewan dan Pustaka(2019). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Khairul Anuar Mohamad (2021). Hebatnya Generasi Awal Al-Quran. 14 Sept 2021. Utusan Malaysia.
Michael H. Hart (1992). The 100. A Ranking Of The Most Influential Persons In History. Cetakan Kedua. New York. Hart. Publisher.
Al-Hakim al-Naisabur; Muhammad bin `Abd Allah. (1990). Al-Mustadrak `Ala al-Sahihain. (Tahqq: Mustofa `Abd al-Qadir `Ata`). Beyrut. Dar al-Kutub al-`Alamiyah.
Muhammad bin Ahmad (1988). Min Ma`rik Al-Islam Al-Fasalah. Kaherah. Maktabah Al-Salafiyah.
Ibn Hibban; Muhammad bin Hibban(2012). Sahih Bin Hibban: Al-Musnad Al-Sahih `Ala Al-Taqasim wa Al-Anwa Min Ghair Wujud Qati` fi Sanadiha wa la Thubut Jarh fi Naqiliha. Tahqiq: Muhammad bin Ali. Beirut. Dar Bin Hazm.
Al-Saqa`; Muhammad Al-Ghazali (2006). Fiqh Al-Sirah. Cetakan Pertama. Damsyik. Dar Al-Qalam.
Al-Bukhari; Muhammad bin Isma‘il (2009). Sahih al-Bukhari. Tahqiq: `Abd al-`Aziz `Abd Allah bin Baz. Beirut. Dar Bin Kathir.
Ibn al-`Uthaimin; Muhammad Soleh bin Uthaimin. (2009). Tafsir Surah An-Nisa. Arab Saudi. Maktabah Bin Al-Jauzi.
Al-Waqidi; Muhammad bin `Umar bin Waqid. (1989). Al-Maghazi. Tahqiq: Marsadan Junus. Cetakan Kedua. Beirut.
Ibn Majah; Muhammad bin Yazid (2009). Sunan Bin Majah. (Tahqiq: Muhammad Fuad `Abd al-Baqi). Beyrut. Dar al-Fikr.
Al-Mubarakfuri; Safi Al-Rahman. (1979) Al-Rahiq Al-Makhtum. (terjemahan: Mohd Nor Long). Al-Hidayah Publication. Kuala Lumpur. Hlm 305.
Al-Qaradhawi; Yusuf Al-Qaradhawi (2009). Fiqh Al-Jihad Dirasah Muqaranah Li Ahkam wa Falsafah fi Dau` Al-Quran wa Al-Sunnah. Kaherah. Maktabah Wahbah.