PRK Pasca PRN 2023: Status Quo Gelombang Hijau Di Kemaman

  • Rashidin Idris
  • Hamdan Mohd. Salleh
  • Ng Ming Yip
  • Moktar Dahari Dawe
  • Nor Aida Sapuan
  • Rus Shafrena Shafie
  • Raja Shamir Izwan Raja Sharuddin
  • Khairul Ariffin Mohd Munir
  • Siti Nur Azilah Saipul

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kemaman dengan memberi tumpuan kepada kehadiran pengundi, peratusan undian, dan perbandingan keputusan dengan pilihan raya sebelumnya. Fokus utama golongan masyarakat yang cakna politik semasa dan pakar politik ialah keputusan PRK, yang memberikan gambaran terkini tentang keadaan geo-politik tempatan. Kajian survei ini dilaksanakan lima hari daripada tarikh 15 November 2023 sehingga 19 November 2023. Terdapat 1, 600 orang responden daripada 4 DUN dan 48 pusat daerah mengundi. Metodologi kajian adalah termasuk analisis survei oleh Institut Darul Ehsan (IDE) untuk mengukur kecenderungan pengundi sebelum PRK. PN/PAS mendapat 45.84% daripada undian, manakala BN/UMNO mendapat 19.59%. Keputusan PN dan PAS meningkat berbanding pilihan raya sebelumnya, manakala sokongan BN dan UMNO berkurangan. Kajian ini juga dilakukan secara bersemuka dan melibatkan 30 orang enumerator dan 6 orang penyelia. Kajian ini memberi tumpuan kepada faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan pengundi, dengan jumlah pengundi rasmi 141,790 dan kehadiran pengundi 65.76%. Ini termasuk melihat perbandingan dengan PRU 15 dan PRN 15 dan kesan terhadap politik tempatan. Kajian turut melihat perbezaan undian dalam PRK 2023 dan PRN 15 berbanding PRU 15 dengan menggunakan data rasmi daripada SPR. Kesimpulannya, dengan melihat data survei pendahuluan, kehadiran pengundi, dan perbandingan undian, kajian ini meningkatkan pemahaman kita tentang keputusan PRK Kemaman. Keputusan ini boleh memberi kesan besar kepada politik tempatan dan taktik parti politik.


 

References

Abbe, O.G., Goodliffe, J., Herrnson, P.S., & Peterson, K.D. (2003). Agenda setting in congressional elections: The impact of issues and campaigns on voting behavior. Political Research Quarterly, 56(4), 419-430.
Ahmad Atory Hussain (2009) Politik Melayu di Persimpangan. Suatu Analisis Pilihan Raya Umum 2008. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Awang Besar, J., Mat Jali, M.F., Ibrahim, Y., Sidek, A.H., Amir, J., Fauzi, R., & Lyndon, N. (2012). Persepsi politik pengundi belia Melayu pasca pilihanraya umum (PRU) 2008 di Malaysia. Jurnal Melayu, 9(1), 191-214.
Ball, T. (1998). Transforming Political Discourse. Political Theory and Critical Conceptual History. Blackwell, Oxford. ISBN 9780631158219.
Campbell, A., Converse, P. E., Miller, W. E., Stokes, D. E. (1960). The American Voter. John Wiley and Sons, Inc., New York.
Fiorina, M. (1981). Retrospective voting in American national elections. Yale University Press, New Heaven.
Ibrahim, M. A., & Daud, S. (2022). Pilihan Raya dan Tingkah Laku Pengundi dalam PRU 2008: Kajian Kes di Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia. Jurnal Kinabalu, 20, 55–80. https://doi.org/10.51200/ejk.v20i.132.
Kubiszewski, I., Noordewier, T., & Costanza, R. (2011). Perceived credibility of Internet encyclopedias. Computers & Education, 56(3), 659-667.
Mahadi, A., Jali, M. F. M., & Besar, J. A. (2016). Tingkah laku pengundi dan faktor kejayaan Barisan Nasional: Kajian kes FELDA Kuala Krau. Geografia, 12(9).
Mohd Yusof Kasim, Azlan Ahmad (2002) Politik Baru dalam Pilihan Raya Umum. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
Salman, A., Yusoff, M.A., Mohamad Salleh, M.A., & Hj Abdullah, M.Y. (2018). Pengunaan media sosial untuk sokongan politik di Malaysia [The use of social media for political support in Malaysia]. Journal of Nusantara Studies, 3(1),51-63. http://dx.doi.org/10.24200/jonus.vol3iss1pp51-63.

Sinar Harian. (2023). Kemenangan Che Alias di Parlimen Kemaman Terbatal. https://www.sinarharian.com.my/article/281005/berita/semasa/kemenangan-che-alias-di-parlimen-kemaman-terbatal.
Tajari, A., Muslim, N., James Pasaribu, K., & Mohd Anuar, M. (2022). Dinamika Perubahan Budaya dan Pembangunan Politik di Malaysia: Satu Analysis Kritikal. Jurnal Dunia Pengurusan, 4(2), 1-15. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg/article/view/18334
Published
2024-06-01
How to Cite
IDRIS, Rashidin et al. PRK Pasca PRN 2023: Status Quo Gelombang Hijau Di Kemaman. Jurnal Dunia Pengurusan, [S.l.], v. 6, n. 2, p. 59-71, june 2024. ISSN 2682-8251. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg/article/view/26841>. Date accessed: 16 oct. 2024.
Section
Articles