Pendekatan Pro-Poor Tourism (PPT) dalam Mengatasi Masalah Kemiskinan Komuniti Orang Asli
Abstract
Pendekatan Pro-poor tourism (PPT) bertujuan untuk mengatasi masalah kemiskinan melalui penglibatan dalam pelancongan. Kelebihan komuniti Orang Asli adalah melalui aset yang mereka miliki seperti alam sekitar, kraftangan, budaya dan cara hidup yang boleh dijual kepada pelancong. Melalui kajian yang dilaksanakan dalam komuniti Orang Asli Mah Meri menunjukkan bahawa pendekatan PPT telah berjaya meningkatkan ekonomi mereka melalui penglibatan dalam pelancongan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah temubual dan pemerhatian. Melalui temubual bersama lima orang yang terlibat dalam aktiviti pelancongan dan pemerhatian persekitaran menunjukkan bahawa beberapa elemen penting PPT diperlukan untuk memastikan kejayaan aktiviti pelancongan melibatkan pembangunan pengetahuan dan kemahiran, pembangunan produk pelancongan, pengurusan dan pemasaran, jaringan kerjasama dan kemudahan prasarana. Ia menjadi satu petunjuk kepada kejayaan pendekatan PPT dalam kalangan komuniti orang asli yang dapat dijadikan sebagai satu penanda aras untuk merubah sosioekonomi komuniti miskin orang asli yang lain.
References
JAKOA (2022). Definisi Orang Asli. Dicapai Dari Https://Www.Jakoa.Gov.My/Orang-Asli/Pengenalan-Masyarakat-Orang-Asli/ Pada 1 Nov 2022.
Mustapa. (2021). RMK-12: Kesejahteraan Masyarakat Orang Asli Dipertingkat. Astro Awani. Dicapai Dari Https://Www.Astroawani.Com/Berita-Malaysia/Rmk-12-Kesejahteraan-Masyarakat-Orang-Asli-Dipertingkat-Mustapa-309938 Pada 1 Nov 2022.
Roddin, R. (2016). Transformasi Dan Kejayaan Komuniti Orang Asli Mah Meri Pulau Carey Dalam Bidang Pelancongan. Tesis Doktor Falsafah. UTM Skudai.
Roddin, R., Yusof, Y., Mukhtar, I. M., Awang, H. Jalil, S. A, dan Hariri, A. T. I. A. (2020). Proses Pembangunan Keupayaan Keusahawanan Ketua Isi Rumah (Kir) Wanita Orang Asli. Prosiding Langkawi International Multi-Disciplinary Advanced Research 2020 (Licar2020). 21-22 November, 2020.
Roddin, R., Yusof, Y., Mukhtar, I. M., Kamarudin, K. H. dan Hariri, A. T. I. A. (2021). Peranan Sektor Pelancongan Dalam Meningkatkan Pendapatan Golongan Wanita Orang Asli. Journal Of Tourism, Hospitality And Environment Management (JTHEM). Volume 6 Issue 24 (September 2021) PP. 30-38.
Roddin, R., Yusof, Y., Mukhtar, I. M., Kamarudin, K. H. dan Hariri, A. T. I. A. (2020). Peranan Sektor Pelancongan Dalam Meningkatkan Pendapatan Golongan Wanita Suku Kaum Mah Meri. Prosiding 3rd International Research Conference On Humanities, Social Sciences And Technology (3rd IRCHST 2020). 18th-19th October 2020.
Yahaya Ibrahim. (2008). Pelancongan Malaysia: Pembangunan Pemerkasaan. Dalam Yahaya Ibrahim, Sulong Mohamad dan Habibah Ahmad (Eds.), Pelancongan Malaysia; Isu Pembangunan, Budaya, Komuniti dan Persetempatan. Sintok: Universiti Utara Malaysia.
Yahaya Ibrahim. (2009). Komuniti, Pembangunan dan Transformasi. Dalam Yahaya Ibrahim (Ed.), Komuniti Pembangunan dan Transformasi. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.