Kajian Keberkesanan Program Keusahawanan Komuniti Terhadap Usahawan Mikro di Betong, Sarawak

  • Nurul Hidayah Yussof
  • Arelene Sharon anak Peter Adil

Abstract

Berdasarkan kepada Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan pada tahun 2020, antara peruntukan yang telah disalurkan kepada Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ialah Program Keusahawanan Komuniti (PKK). Melalui program ini, peserta akan dilatih sebagai usahawan untuk menghasilkan produk daripada pembelajaran pelbagai bidang kemahiran dan keusahawanan melalui pelaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Sehubungan itu, peruntukan juga telah disalurkan kepada Kolej Komuniti Malaysia termasuklah Kolej Komuniti Betong (KKB). KKB telah melaksanakan Kursus Keusahawanan dan Kursus Kemahiran Pemprosesan Makanan Sejuk Beku pada September hingga Disember 2021. Oleh sebab itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan Program Keusahawanan Komuniti (PKK) yang dilaksanakan oleh Pensyarah KKB bersama dengan 15 usahawan mikro di sekitar Betong, Sarawak serta menilai sejauh mana program ini berjaya memberikan pendedahan tentang pemasaran digital, pembungkusan dan pelabelan serta kemahiran dalam pemprosesan makanan sejuk beku. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang diintegrasikan dalam bentuk borang soal selidik yang diedarkan kepada responden. Instrumen diedarkan dalam bentuk skala Likert bagi mendapatkan data deskriptif. Berdasarkan analisis data yang diperolehi menunjukkan PKK telah memberikan kesan yang baik kepada responden dan telah berjaya meningkatkan pendapatan bulanan responden. Melalui kajian ini, diharap PKK dapat diteruskan lagi di masa hadapan dan membantu lebih ramai lagi usahawan mikro bukan sahaja di Betong tapi seluruh negara dengan mempelajari kursus keusahawanan dan pelbagai lagi kemahiran bagi meningkatkan pendapatan hidup mereka.

References

Abdullah, Z. (2022, Mei 11). Makanan penyumbang utama ekonomi Sarawak. Suara Sarawak. Retrieved from https://suarasarawak.my/2022/05/makanan-penyumbang-utama-ekonomi-sarawak/
Bakar, Z.A., Saidun, S. (2021). Kajian Kes Keberkesanan Perlaksanaan Kursus Jangka Pendek Kepada Komuniti Sekitar Kepala Batas Pulang Pinang. Write With Passion, Vol 1, 1-8
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. (2018). Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018-2025. Malaysia: Author.
Kementerian Kewangan (2020). Belanjawan 2021. Malaysia: Author.
Kementerian Kewangan. (2021). Tinjauan Ekonomi 2022. Malaysia: Author.
Kementerian Pembangunan Usahawan. (2019, Julai). Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030). Retrieved from https://www.malaysia.gov.my/portal/content/ 30904?language=my
Mohamed, L. (2022, Julai 3). Usahawan luar bandar disaran kuasai kemahiran pemasaran digital. Suara Merdeka. Retrieved from https://suaramerdeka.com.my/usahawan-luar-bandar-disaran-kuasai-kemahiran-pemasaran-digital/
Shamsudin, S., Dardak, R. A., Nizat, M. N. M., Ahmad. S. A. (2014) Potensi Pasaran Kuih-Muih Tradisional Sejuk Beku di Selangor. Economic and Technology Management Review, (Vol 9b). 163 -170
Sipon, S. (2021, Januari 2). Galak graduan jadi usahawan era teknologi maklumat. Berita Harian. Retrieved from https://www.bharian.com.my/kolumnis/2021/01/771383/galak-graduan-jadi-usahawan-era-teknologi-maklumat
SME Corp. Malaysia. (2022). Definisi PKS. Retrieved from https://www.smecorp.gov.my/index.php/my/polisi/2020-02-11-08-01-24/sme-definition
SME Corp. Malaysia. (2022). Statistik PMKS. Retrieved from https://www.smecorp.gov.my/index.php/my/polisi/2020-02-11-08-01-24/statistik-pks
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. (2021, Julai). Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). Retrieved from https://rmke12.epu.gov.my/bm/dokumen/rmke-12
Yubidil, K.D., & Othman, N. (2022). Hubungan Pendidikan Keusahawanan Dengan Operasi Perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana Golongan Belia di Ranau. Jurnal Dunia Perniagaan, 3(4), 17-30. doi: https://doi.org/10.55057/jdpn.2022.3.4.3
Published
2022-12-01
How to Cite
YUSSOF, Nurul Hidayah; ANAK PETER ADIL, Arelene Sharon. Kajian Keberkesanan Program Keusahawanan Komuniti Terhadap Usahawan Mikro di Betong, Sarawak. Jurnal Dunia Pengurusan, [S.l.], v. 4, n. 4, p. 1-12, dec. 2022. ISSN 2682-8251. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg/article/view/20606>. Date accessed: 07 feb. 2023.
Section
Articles