Kesan Kos Input Pengeluaran Terhadap Perubahan Harga Minyak Masak Sawit di Malaysia

  • Nurhazwani Mohd Ali
  • Mustazar Mansur
  • Hazrul Izuan Shahiri

Abstract

Pengeluaran minyak sawit mentah akan dimurnikan menjadi minyak sawit RBD (refined, bleached, and deodorized), kemudian diproses menjadi minyak sawit RBD stearin dan RBD olein atau minyak masak sawit. Apabila harga minyak sawit mentah meningkat, harga minyak sawit RBD olein turut meningkat. Ini menyebabkan kerajaan menurunkan 30 peratus subsidi pengeluaran minyak masak sawit dalam pasaran bagi mengelakkan ketirisan di dalam industri. Faktor terbesar pasaran domestik adalah harga sawit mentah dan RBD olein di pasaran dunia, di mana pada tahun 2021 harga purata tahunan meningkat sebanyak 67 peratus berbanding harga purata pada tahun 2016, menyebabkan peningkatan kos input pengeluaran. Objektif utama kajian adalah untuk menganalisis implikasi perubahan harga minyak masak sawit terhadap kos input pengeluaran sektor utama di Malaysia menggunakan jadual input-output Malaysia tahun 2015. Oleh itu, kenaikan harga minyak masak sawit mempengaruhi peningkatan perbelanjaan dalam sektor pengeluaran di sektor 21, iaitu pembuatan minyak dan lemak sayuran dan haiwan. Secara spesifikasi, sektor 21 melibatkan pembuatan minyak sawit mentah, minyak kelapa sawit, minyak isirung sawit, minyak sayuran mentah dan halus, minyak kelapa, lemak memasak sebatian, serta minyak dan lemak haiwan yang dikaitkan dengan kenaikan harga terhadap pengeluaran sektor lain. Melalui analisis input-output, model harga digunakan ke atas kesemua 124 sektor di Malaysia. Pengasingan agregat dibuat dengan mengkhususkan 2 sektor utama iaitu pembuatan dan perkhidmatan dengan pengasingan agregat melibatkan 23 sektor pengeluaran iaitu 16 sektor pembuatan yang melibatkan 74 subsektor dan 7 sektor perkhidmatan melibatkan 26 subsektor. Secara keseluruhan, kenaikan dalam semua sektor ialah 9.2 peratus dalam harga domestik, dan kenaikan sektor tertinggi ialah 5.3 peratus dalam 11 sektor utama.

References

Abdul Razak, N. A., Ismail, R., & Abdul Hakim, R. (2014). Is There a Case for Fuel Subsidy Removal in Malaysia? Journal of Economic & Financial Studies, 2(04), 01. https://doi.org/10.18533/jefs.v2i03.54
Ahmad, A. A., Zaimah, D., & Mohd Noor, M. (2012). Senario masa hadapan pasaran dan pemasaran industri minyak sawit Malaysia ke arah perancangan strategik dalam peningkatan daya saing global. Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII (PERKEM VII)-Transformasi Ekonomi Dan Sosial Ke Arah Negara Maju, 1, 6–19.
Aprina, H. (2014). Analisis Pengaruh Harga Crude Palm Oil (Cpo) Dunia Terhadap Nilai Tukar Riil Rupiah. Buletin Ekonomi Moneter Dan Perbankan, 16(4), 315–338. https://doi.org/10.21098/bemp.v16i4.15
Arze del Granado, F. J., Coady, D., & Gillingham, R. (2012). The Unequal Benefits of Fuel Subsidies: A Review of Evidence for Developing Countries. World Development, 40(11), 2234–2248. https://doi.org/10.1016/j.worlddev.2012.05.005
Balke, N. S., Plante, M., & Yucel, M. (2015). Fuel Subsidies, the Oil Market and the World Economy. The Energy Journal, 36(01), 99–127. https://doi.org/10.5547/01956574.36.si1.nbal
Bukhari, N., & Rameli, N. (2021). Pola Perbelanjaan Belia B40 dan M40 di Bandar. Human Sustainability Procedia, 1(2), 31–41.
Cardenete, M. A., & Sancho, F. (2002). The Price Effect of lndirect Taxation in the Regional Economy of Andalusia. Journal of Applied Lnput-Output Analvsis, 8.
Clements, B., Jung, H. S., & Gupta, S. (2007). Real and distributive effects of petroleum price liberation: The case of Indonesia. Developing Economies, 45(2), 220–237. https://doi.org/10.1111/j.1746-1049.2007.00040.x
Coady, D., El-Said, M., Gillingham, R., Kpodar, K., Medas, P., & Newhouse, D. (2006). The Magnitude and Distribution of Fuel Subsidies: Evidence From Bolivia, Ghana, Jordan, Mali, and Sri Lanka. IMF Working Papers, 06(247), 1. https://doi.org/10.5089/9781451865073.001
Damarani, Z. N., Sholihah, L. M., Zullaikah, S., & Rachimoellah, M. (2019). Pra Desain Pabrik Refined Bleached Deodorized (RBD) Olein dari Crude Palm Oil (Oil). Jurnal Teknik ITS, 8(1). https://doi.org/10.12962/j23373539.v8i1.41671
Dewan Negara. (2016). Penyata Rasmi Parlimen.
Dewan Negara. (2018). Penyata Rasmi Parlimen.
Ekine, D., & Okidim, A. (2013). Analysis of the Effect of Fuel Subsidy Removal on Selected Food Prices in Port Harcourt, Rivers State Nigeria (2001-2012). European Journal of Business and Management, 5(4), 27–31. http://www.iiste.org/Journals/index.php/EJBM/article/view/4464
Hamid, K. A., & Rashid, Z. A. (2012). Energy Market Integration in East Asia: Theories, Electricity Sector and Subsidies. ERIA Research Project Report 2011, No. 17, 17.
Hanson, K., Robinson, S., & Schluter, G. (1993). Sectoral Effects of a World Oil Price Shock: Economywide Linkages to the Agricultural Sector. Journal of Agricultural and Resource Economics, 18(1), 96–116.
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2019). Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019.
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. (2018). Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020.
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. (2021). Buletin komoditi.
Li, Y., Shi, X., & Su, B. (2017). Economic, social and environmental impacts of fuel subsidies: A revisit of Malaysia. Energy Policy, 110(August), 51–61. https://doi.org/10.1016/j.enpol.2017.08.015
Llop, M. (2008). Economic impact of alternative water policy scenarios in the Spanish production system: An input-output analysis. Ecological Economics, 68(1–2), 288–294. https://doi.org/10.1016/j.ecolecon.2008.03.002
Llop, M., & Pié, L. (2008). Input-output analysis of alternative policies implemented on the energy activities: An application for Catalonia. Energy Policy, 36(5), 1642–1648. https://doi.org/10.1016/j.enpol.2008.01.019
Malaysian Palm Oil Board. (2016). Monthly Oil Palm Product Price.
Malaysian Palm Oil Board. (2017). Monthly Oil Palm Product Price.
Malaysian Palm Oil Board. (2018). Monthly Oil Palm Product Price.
Malaysian Palm Oil Board. (2019). Monthly Oil Palm Product Price.
Malaysian Palm Oil Board. (2020). Monthly Oil Palm Product Price.
Malaysian Palm Oil Board. (2021). Monthly Oil Palm Product Price.
Mckean, J. R., & Taylor, R. G. (1991). Sensitivity of the Pakistan Economy to Changes in Import Prices and Profits, Taxes or Subsidies. Economic Systems Research, 3(2), 187–204. https://doi.org/10.1080/09535319100000016
Oktaviani, R., Hakim, D. B., & Siregar, H. (2018). Impact of a Lower Oil Subsidy on Indonesian Macroeconomic Performance, Agricultural Sector and Poverty Incidences (A Recursive Dynamic Computable General Equilibrium Analysis). SSRN Electronic Journal, 1–36. https://doi.org/10.2139/ssrn.3171626
Saari, M. Y., Dietzenbacher, E., & Los, B. (2016). The impacts of petroleum price fluctuations on income distribution across ethnic groups in Malaysia. Ecological Economics, 130, 25–36. https://doi.org/10.1016/j.ecolecon.2016.05.021
Soile, I. O., Tsaku, H., & Yar’Adua, B. M. (2014). The Impact of Gasoline Subsidy Removal on the Transportation Sector in Nigeria. American Journal of Energy Research, 2(3), 60–66. https://doi.org/10.12691/ajer-2-3-3
Syazwany, I., Nasir, M., Rani, N. A., & Choy, E. A. (2017). Faktor pemilihan minyak sawit dalam kalangan pengguna: Kajian empirikal di Putrajaya, Malaysia (Preference factors for palm oil consumption in Malaysia: An empirical study of Putrajaya consumers). Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 11(8), 66–77.
Talib, B. A., & Darawi, Z. (2002). An economic analysis of the Malaysian palm oil market. Oil Palm Industry Economic Journal, 2(1), 19–27.
Published
2022-05-01
How to Cite
MOHD ALI, Nurhazwani; MANSUR, Mustazar; SHAHIRI, Hazrul Izuan. Kesan Kos Input Pengeluaran Terhadap Perubahan Harga Minyak Masak Sawit di Malaysia. Jurnal Dunia Pengurusan, [S.l.], v. 4, n. 1, p. 85-96, may 2022. ISSN 2682-8251. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg/article/view/18107>. Date accessed: 30 may 2023.
Section
Articles