Garis Panduan Islam Dalam Menghindari Gangguan Seksual Di Tempat Kerja

  • Siti Fatimah Abdul Rahman

Abstract

Antara tahun 2013-2017, terdapat sebanyak 1,218 kes gangguan seksual di Malaysia yang melibatkan 961 mangsa wanita dan 257 mangsa lelaki.  Dari jumlah ini, 1,187 kes sedang disiasat manakala 31 kes telah dituduh. Agak sukar untuk menentukan jumlah sebenar kes gangguan seksual kerana ramai mangsa yang tidak melaporkannya.  Ada kajian yang mengatakan 80 peratus wanita tidak melaporkan kes gangguan seksual yang berlaku ke atas mereka.   Menurut statistik UN Women, satu daripada tiga wanita pernah mengalami gangguan seksual sekali dalam seumur hidupnya.   Rasa malu dan takutkan stigma masyarakat adalah dua punca utama mengapa mangsa tidak melaporkan kes gangguan seksual yang dialami.  Di tempat kerja pula, kes-kes seumpama ini tidak dilaporkan kerana mangsa takutkan akibatnya seperti tidak mendapat kenaikan pangkat atau mangsa percaya bahawa perkara itu tidak akan ke mana sekiranya dilaporkan sekalipun, malah sebaliknya  mangsa mungkin akan kehilangan pekerjaan kerana melaporkan kejadian tersebut.  Pertimbangan untuk melapor atau tidak melaporkan kes gangguan seksual ini akan menjadi lebih sukar jika pelakunya adalah ketua mangsa di pejabat.  Dalam situasi seperti ini, menghindari gangguan seksual adalah jauh lebih baik daripada menanganinya.  Makalah ini akan melihat garis panduan Islam dalam menghindari gangguan seksual, khususnya di tempat kerja.  Untuk itu, saranan-saranan daripada al-Qur’an dan hadith mengenai perkara ini akan dianalisa untuk mengenalpasti garis panduan tersebut.  Kajian ini mendapati bahawa Islam memiliki etika pergaulan antara lelaki dan perempuannya yang tersendiri, yang jika diamalkan, mampu menghindari gangguan seksual.


 

References

(2021, February 13). Retrieved from Surah.My: https://www.surah.my/
Abd Aziz, A. (2005). Gangguan Seksual Menurut Undang-undang Malaysia dan Perspektif Islam. Ulum Islamiyyah, 4(1), 17-40.
Abdul Rahim, R. (2008). Fenomena Gangguan Seksual Terhadap Pekerja Wanita dalam Organisasi: Suatu Implikasi dalam Perundangan Malaysia. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat (Malaysian Journal of Law and Society), 12, 144-174.
Abdul Rahman, S. (2000). Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja: Cerminan Etika Islam. Retrieved April 19, 2021, from Institut Kefahaman Islam Malaysia: http://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2000/01/01/kod-amalan-untuk-mencegah-dan-membasmi-gangguan-seksual-di-tempat-kerja-cerminan-etika-islam/
Abu Syuqqah, A. H. (1998). Kebebasan Wanita (Vol. 2). (A. M. Izzuddin, Ed., & C. Halim, Trans.) Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.
Awang, F., Raja Mohd Khalid, R., & Mat Zam, A. (2020). Pemahaman dan Pengalaman Gangguan Seksual Dalam Kalangan Masyarakat Malaysia. International Journal of Social Policy and Society, 16, 132-158.
Buang, S. (1999, Sep 7). Kod Amalan bukan undang-undang. Utusan Malaysia.
Isa, K., & Samad, S. (2012). Tahap Kesedaran Pekerja Hubungannya Dengan Salah Laku Gangguan Seksual di Tempat Kerja. Journal of Techno Social, 4(2), 1-12.
Jabatan Perkhidmatan Awam. (2018, Disember 12). Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2018. Retrieved Mac 22, 2022, from Jabatan Perkhidmatan Awam: https://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2018/pp052018.pdf
Mallow, M., & Yeoh, S. (2019). LGBT and the Issue of Sexual Harassment in Malaysia. Perdana International Journal of Academic Research, 82-91.
Marican, S. (2004, March). Sejauhmana Ketradisionalan Kerja Mempengaruhi Persepsi Gangguan Seksual di Tempat Kerja. Malaysian Journal of Social Administration, 3(1), 53-70.
Mohammad, H. (2018, Dec 7). Gangguan seksual: 80 peratus wanita tak lapor. Berita Harian.
Omar Ali, S., & Mohd Said, N. (2014). Gangguan Seksual Dalam Kalangan Pekerja Industri Hospitaliti di Malaysia. e-Academia Journal UiTMT, 3(2), 56-65.
Osman, S., & KG, R. (2012, October). Prevalence of Sexual Harassment and its Associated Factors among Regsitered Nurses working in Government Hospitals in Melaka State, Malaysia. Medical Journal of Malaysia, 67(5), 506-517.
Rahman, S., & Md Pauzi, S. (2018). Gangguan Seksual di Tempat Kerja: Tinjauan Undang-undang. Gading (Online) Journal for Social Sciences, 22 (Special Issue September), 124-129.
Ramli, M. (2019, Feb 14). 257 lelaki jadi mangsa gangguan seksual di tempat kerja. Berita Harian.
Ulwan, A. (1988). Pendidikan Anak-anak Dalam Islam (Jilid 1). (S. A. Semait, Trans.) Singapura: Pustaka Nasional.
Ulwan, A. (1988). Pendidikan Anak-anak Dalam Islam (Jilid 2). (S. A. Semait, Trans.) Singapura: Pustaka Nasional.
Vimal, V., Rahim Kamaluddin, M., Che Mohd Nasir, N., & Rathakrishnan, B. (2020). Pengaruh Faktor Psikologikal Terhadap Pemangsaan Gangguan Seksual Dalam Kalangan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Perempuan. Jurnal Psikologi Keselamatan, 2(1), 71-79.
Zakaria, S., Abdul Kadir, N., & Mat Lazim, N. (2019). Gangguan Seksual: Tragedi Yang Tidak Didedahkan dan Kesan Kepada Mangsa. Journal of Management & Muamalah, 9(1), 13-21.
Published
2022-04-01
How to Cite
ABDUL RAHMAN, Siti Fatimah. Garis Panduan Islam Dalam Menghindari Gangguan Seksual Di Tempat Kerja. Jurnal Dunia Pengurusan, [S.l.], v. 4, n. 1, p. 50-60, apr. 2022. ISSN 2682-8251. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg/article/view/17828>. Date accessed: 02 july 2022.
Section
Articles