Potensi Dialog dalam Memperkasa Agenda ‘Keluarga Malaysia’: Satu Analisis

  • Enizahura Abdul Aziz

Abstract

Dialog merupakan satu bentuk interaksi positif dan harmoni di antara dua pihak atau lebih bagi mencapai persefahaman terhadap sesuatu isu atau topik. Dialog juga merupakan satu proses untuk belajar mengenai perbezaan dalam masyarakat dengan rasa hormat. Konsep Keluarga Malaysia seperti yang digagaskan oleh Perdana Menteri telah menjadi satu kerangka kepada pembinaan negara terutamanya ketika pandemik di mana pendekatan seperti dialog diperlukan sebagai mekanisme interaksi masyarakat pelbagai kaum, budaya dan agama. Dinamika yang terdapat pada dialog menjadikan ia kaedah interaksi paling konstruktif dan berkesan. Dialog mampu menjadi jambatan dalam membina persefahaman dan nilai kebersamaan. Abdelaziz Berghout (2008) menyifatkan dialog sebagai satu usaha mematangkan kesedaran seseorang. Ia melibatkan satu proses dialektikal yang boleh merubah sikap penolakan kepada sikap penerimaan atas semangat perkongsian bersama, sikap saling hormat menghormati dan ikhlas berinteraksi secara positif. Penulisan ini menganalisis potensi aktiviti dialog yang akan dapat membantu masyarakat mencari penyelesaian kepada sesuatu isu atau konflik melalui pemahaman nilai dalam agama dan budaya masing-masing yang akan dapat membawa kepada keamanan dan keharmonian. Hal ini adalah selari dengan matlamat konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang bersifat inklusif merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum serta menyatupadukan masyarakat pelbagai bangsa dan agama di Malaysia.

References

Abdelaziz Berghout. (2008). Meeting Challenges of Dialogue: Need for Civilisation and Cultural Transformation dalam Thomas W. Simon and Azizan Baharuddin, Dialogue of Civilizations and the Construction of Peace. Kuala Lumpur: Centre for Civilizational Dialogue, Universiti of Malaya, 140-172.
Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan. (2007). Yayasan Restu.
Baharudin, A. (2017). Peranan Dialog Peradaban di dalam Wacana" Tamadun Malaysia". Jurnal peradaban, 1, 25-41.
Azizan Baharuddin et al. (2005). Inter-Religious Dialogue in Malaysia. Kuala Lumpur: Centre for Civilizational Dialogue, Universiti of Malaya
Azizan Baharudin. (2005). Islam dan Dialog Peradaban: Satu Perspektif. Kuala Lumpur: Centre for Civilizational Dialogue, Universiti of Malaya
Enizahura Abdul Aziz (Ed.) (2015). Dialog Antara Penganut Agama: Panduan dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Penerbit IKIM
Khadijah Mohd Khambali@Hambali et al. (Eds) (2008). Isu dan cabaran Hubungan antara Agama di Malaysia. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Khadijah Mohd Khambali@Hambali. (2012). Dialog Antara Agama Di Malaysia: Isu Pendekatan dan Etika. Kertas Kerja Persidangan Meja Bulat Dialog Antara Agama. Bangi: Penerbit UKM.
Leonard Swidler. (2003). Dialogue in Malaysia and the Global Scenario. Siri Monograf Pusat Dialog Peradaban, No. 1. Universiti Malaya,.
Rahimin Affandi Abd. Rahim et al. (2011). Dialog Antara Agama: Realiti dan Prospek Di Malaysia. Kajian Malaysia, 29(2), 91-110.
Shamsul Amri Baharuddin, (2011). Kesepaduan dalam Kepelbagaian: Perpaduan Malaysia sebagai Work in Progress. Bangi: Penerbit UKM.
Pejabat Perdana Menteri (2021). Keluarga Malaysia. https://www.pmo.gov.my/keluarga -malaysia-2/
Department of Statistics Malaysia (2021). Population Clock. Diakses pada 2021, Disember 9 daripada https://www.dosm.gov.my/v1/index.php
Published
2022-03-01
How to Cite
ABDUL AZIZ, Enizahura. Potensi Dialog dalam Memperkasa Agenda ‘Keluarga Malaysia’: Satu Analisis. Jurnal Dunia Pengurusan, [S.l.], v. 4, n. 1, p. 42-49, mar. 2022. ISSN 2682-8251. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg/article/view/17382>. Date accessed: 30 may 2023.
Section
Articles