Kajian Kes Aplikasi Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT) dalam Menangani Isu Tekanan

  • Hadijah Johari
  • Alif Nordin
  • Zaidi Fadzil

Abstract

Pemikiran tidak rasional menyebabkan tekanan kepada seseorang pekerja sehingga membentuk emosi yang tidak seimbang dan membawa tingkah laku yang tidak wajar. Hal ini, berlaku akibat konflik diri atau interaksi dengan orang lain  atau reaksi terhadap kehidupan. Teori Rational Emotive Behavior Therapy (REBT) merupakan salah satu teori yang digunakan dalam sesi kaunseling atau terapi tetapi penerokaan REBT dalam mengatasi tekanan masih terbatas.  Kajian ini merupakan kajian dokumentasi yang menganalisis kajian kajian lepas tentang pemikiran tidak rasional akibat tekanan di tempat kerja dan diaplikasikan dalam satu kajian kes. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk membincangkan penggunaan terapi REBT bagi mengatasi kebimbangan yang dialami klien semasa dalam tekanan seterusnya mengaplikasikannya  dengan teknik ABCDE. Selain itu, kajian ini  mendapati bahawa aplikasi REBT dan proses Tazkiyah al Nafs yang melibatkan proses mujahadah al–nafs (al takhali) dan Riyadah al-Nafs (al-thalli) akan memudahkan proses menggantikan idea yang tidak rasional. Akhirnya, hasil penyelidikan ini amat berguna kepada penyelidik dan komuniti kerana didapati bahawa terapi REBT mampu membantu mengatasi tekanan akibat pemikiran yang tidak rasional.

References

Amir Awang. (1987). Teori dan Amalan Psikoterapi. Pulau Pinang. Universiti Sains Malaysia.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/468-kes-bunuh-diri-bagi-tempoh-januari-hingga-mei-tahun-ini-pdrm-306084
Ee. Ah Meng, Suppiah Nachiappan dan Taquddin Abd Mukti. (2011). Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.
Haryati Hj Kamarudin. 2013. Faktor Tekanan Kerja Dalam Kalangan Kakitangan Mains Holdings Sdn. Bhd dimuat turun daripada http://library.oum.edu.my/repository/978/1/library-document-978.pdf
Khoo, B. L.(2014). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Liley Afzani Saidi, Norsuraya Hassan dan Nur Azmina Paslan. 2016. Emosi Dan Stress Di Tempat Kerja dalam https://www.academia.edu/35615489/EMOSI_DAN_STRESS_DI_TEMPAT_KERJA
Mohd. Suhardi Mat Jusoh , Mohd. Farid Mohd Sharif & Jasni Sulong. 2018. Pembangunan Kerohanian Menurut Model Tazkiyah al-Nafs al-Ghazali: Aplikasinya dalam Pelaksanaan Program Tarbiah di Asrama Sekolah – Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Pulau Pinang dalam 6 th International Conference in Islamic Education: Rabbani Education 2018 dimuat turun daripada http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/23330/1/Pembangunan%20Kerohanian%20Menurut%20Model%20Tazkiyah%20al-Nafs%20al-Ghazali1.pdf
Mohd Nasir Masrooma , Siti Norlina Muhamadb , Siti Aisyah Abd Rahman.(2015). Kesihatan Mental, REBT dan Muslim dalam Sains Humanika 6:1 (2015) 49–57 | www.sainshumanika.utm.my | e-ISSN: 2289-6996
Norhazirah Mustaffa. (2020). Mengatasi Kebimbangan Semasa Pandemik COVID-19 dengan Pendekatan Teori Rational Emotive Behaviour Theraphy (REBT) dalam Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), Volume 5, Issue 11, (page 10 - 16), 2020 DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i1 1.55 3
Nor Shafrin Ahmad & Rohany Nasir. (2019). Aplikasi Praktikal Teori Kaunsleing & Psikoterapi. Bangi : Penerbit UKM
Sapora Sipon. (2016) . Kaunseling daripada Perspektif Islam dan Barat. Negeri Sembilan : Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Zafir Mohd Makhbul, Nor Liza Abdullah dan Noor Azuan Hashim. 2013. Stres di tempat kerja: isu global dalam melestarikan organisasi dalam e-BANGI Vol 8, No. 1 (2013):041-059 https://www.researchgate.net/publication/286084357_Stres_di_Tempat_Kerja_Isu_Global_dalam_Melestarikan_Organisasi
Published
2022-03-01
How to Cite
JOHARI, Hadijah; NORDIN, Alif; FADZIL, Zaidi. Kajian Kes Aplikasi Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT) dalam Menangani Isu Tekanan. Jurnal Dunia Pengurusan, [S.l.], v. 4, n. 1, p. 9-22, mar. 2022. ISSN 2682-8251. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg/article/view/17379>. Date accessed: 02 july 2022.
Section
Articles