Penyeludupan Dadah Dari Kawasan Segi Tiga Emas Thailand Serta Kesan Terhadap Keselamatan Sosial Negara Malaysia

  • Amer Fawwaz Mohamad Yasid
  • Noraini Zulkifli
  • Sofian Kamaruddin

Abstract

Kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah merupakan aktiviti jenayah yang popular memandangkan kegiatan tersebut mampu menjana pendapatan kewangan yang lumayan kepada sindiket penyeludupan dadah sama ada diperingkat antarabangsa mahupun tempatan. Kemasukan dadah ke Tanah Melayu bermula sejak dari awal kurun ke-18 oleh imigran Cina telah menyebabkan bermulanya aktiviti penyalahgunaan dadah di Tanah Melayu dengan menjadikan aktiviti menghisap candu sebagai budaya dikalangan masyarakat tempatan sebagai alternatif untuk mengurangkan tekanan kerja dan tekanan kehidupan seharian. Akan tetapi, kemasukan dadah dari luar negara secara haram semakin kritikal selepas tamat Perang Dunia Kedua menyebabkan Kerajaan British mengharamkan penggunaan dadah di Tanah Melayu secara menyeluruh pada tahun 1952.Sehinggalah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, Kerajaan Malaysia telah berusaha dengan keras menangani kegiatan penyeludupan dadah yang berjalan dengan rancak sekitar penghujung tahun 1960an, disebabkan kewujudan kawasan Segi Tiga Emas yang terletak di kawasan pergunungan Thailand, Myanmar dan Laos. Era 1970-an hingga awal 1980an menunjukan peningkatan kemasukan dadah yang kritikal ke Malaysia memandangkan pada tempuh tersebut kawasan Segi Tiga Emas merupakan pengeluar utama heroin dunia sekaligus mewujudkan ancaman terhadap keselamatan nasional Malaysia. Oleh yang demikian, Kerajaan Malaysia telah mewujudkan Falsafah Dadah Negara serta Pasukan Petugas Khas Anti Dadah Negara pada tahun 1983 dengan mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara. Walaubagaimanapun kegiatan penyeludupan dadah dari luar negara ke Malaysia masih lagi berlaku hingga ke hari ini. Oleh yang demikian kajian ini akan membincangkan sejarah kegiatan penyeludupan dan kemasukan dadah di Malaysia dengan mengenalpasti bagaimana kemasukan dadah ke dalam negara telah mewujudkan ancaman terhadap keselamatan negara Malaysia terutamanya dari sudut ancaman sosial terhadap masyarakat melibatkan masalah penyalahgunaan dan penagihan dadah secara umum.

References

Abdul Ghafar Taib. (1988). Dadah: Strategi dan kawalan di sekolah-sekolah. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Halim Mohd Hussin & Muhammad Muzafar Shah Mohd Razali. (2010). Pencegahan Penyalahgunaan Dadah: Isu dan Prinsip-Prinsip Pencegahan dalam Penyalahgunaan Dadah. Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.
Abdul Rani Kamarudin. (2007). “The misuse of drugs in Malaysia: past and present”, Jurnal Anti Dadah Malaysia, Vol. 1, Issue 1, 1-24.
Abdullah Haji Gendut (1978). Penyalahgunaan Dadah: Perhubungannya Dengan Jenayah. Kertas Kerja Seminar “Narcotic Drugs and the Law”. Shah Alam, Selangor pada 25- 26 Februari 1978.
Adi, M. S., Hidayati, R., & Kurniawan, E. (2020). Maqasid Al-Syariah dalam Penalaran Hukum Islam: Kajian Terhadap Keputusan Hakim Negeri Terengganu, Malaysia tentang perceraian Fasakh. (Tesis Kedoktoran Universiti Islam Negeri Sulthan Thaha Saifuddin Jambi, Indonesia).
Alias Ismail. 2020. Penolong Pegawai Memerintah Batalion Kelima Rejimen Sempadan, Kem Bukit Kayu Hitam. Temubual, 14 Disember.
Amirul Haji Shafie. 2021. Pegawai Perisikan Batalion Pertama Rejimen Sempadan, Tanah Merah. Temubual, 25 Januari.
Andaya, L. Y. (1975). The Kingdom of Johor 1641-1728: Economic and Political Developments. Oxford University Press.
Arkib Negara Malaysia (1980). Background Paper on The Fight Against Drug Abuse. No. Penerimaan: 1982/0003965. No. Fail: 1980/00144.
Arkib Negara Malaysia (1985). Drug Abuse: An Overflow of the Problem- Countermeasures and Responses in the Asia-Pacific Regions. No. penerimaan: 2005/0016375. No. Fail:2007/01767.
Arkib Negara Malaysia (2007). Aspek-Aspek Penguatkuasaan Bagi Mencegah Penggunaan Dadah (Segi Polis). No penerimaan: 2007/0033777. No. Fail: 2007/01261.
Azman Mustapha. 2020. Timbalan Komander Agensi Kawalan Sempadan Malaysia Negeri Perak. Temubual, 17 Disember.
Buxton, J. (2006). The Political Economy Narcotics: Production, Consumption and Global Markets. Fernwood Publishing.
Buzan, B. & Hansen, L. (2009). The Evolution of International Security Studies.Cambridge University Press.
Buzan, B., Waever, O., Waever. (2003). Regions and powers: the structure of international security (No. 91). Cambridge University Press.
Buzan, B.; Wæver, O. & de Wilde, J. (1998). Security: A New Framework for Analysis. Lynne Rienner Publications.
Buzan, B. (1983). People, State, and Fear. Harvester Wheatsheaf.
Chalk, P. (2000). Southeast Asia and the Golden Triangle's heroin trade: Threat and response. Studies in Conflict & Terrorism, 23(2), 89-106.
Chan Ngai Ho. 2020. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis. Temubual, 15 Disember.
Chouvy, P. A. (2013). An Atlas of Trafficking in Southeast Asia: The Illegal Trade in Arms, Drugs, People, Counterfeit Goods and Natural Resources in Mainland Southeast Asia. I.B. Taurus.
Chouvy, P. A. (2010). Opium: uncovering the politics of the poppy. Harvard University Press.
Derks, H. (2012). History of the Opium Problem. Brill.
Emerson, R. (1966). Malaysia. University of Malaya Press.
Gullick, J. M. (1987). Malay Society in the Late Nineteenth Century: The Beginnings of Change. Oxford University Press.
Kamisah Yusof, et. al. (2011). Farmakologi Dadah Disalah Guna. Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.
Leavitt, F. (1993). Dadah dan Tingkah Laku. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lee King Chuan. 2020. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak. Temubual, 18 Disember.
Lim Teck Ghee. (1974). Peasants and Their Agricultural Economy in Colonial Malaya 1874- 1971. Oxford University Press.
Low, Y.L et al. (1995). Knowledge, Attitudes and Perceptions Related to Drug Abuse in Peninsula Malaysia: A Survey Report. Asia-Pacific Journal of Public Health, Vol. 8, Issue 2, 123-129.
Lua P. L. & Nor Samira Talib. (2012). Terapi Gantian Metadon untuk Penagihan Dadah.Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin.
Manning, R. (1988). The Vietnam Experience: War in the Shadows. Boston Publishing Company.
Marimuthu, J., & Nair, S. (2020). Candu dan Dasar Monopoli Kerajaan: Kesan terhadap kewangan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB), 1911–1940. SEJARAH: Journal of the Department of History, 29(1).
Mazlan, M., Schottenfeld, R. S., & Chawarski, M. C. (2006). Asia Pacific Column: New challenges and opportunities in managing substance abuse in Malaysia. Drug and Alcohol review, 25(5), 473-478.
Mc Coy, A. W. (1991). The Politics of Heroin: CIA complicity in the global drug trade Lawrence Hill Books.
Mohd Fauzi Mohamad. 2020. Ketua Kompeni Batalion Ketiga Rejimen Sempadan, Pengkalan Hulu. Temubual, 17 Disember.
Mohd Sanusi Sibi. 2020. Pegawai GERAK Markas Ke-30 Briged Infantri Malaysia. Temubual, 14 Disember.
Mohd Taufik bin Maidin. 2021. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah. Temubual, 7 Mac
Mohd Reduan Aslie. (1990). Jenayah di Malaysia: Aliran, Punca dan Penyelesaian. AMK Interaksi Sdn. Bhd.
Mohamed Izham Ibrahim et al. (2004). Mengenali Dadah dan Bahayanya Terhadap Masyarakat. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhd Farihan Muhayyidin. 2020. Pegawai Risik Batalion Kelima Rejimen Sempadan, Kem Bukit Kayu Hitam. Temubual 14 Disember.
Poshyachinda, V. (1993). Drugs and aids in Southeast-Asia. Forensic science international, 62(1-2), 15-28.
Roy Anthony Rogers. 2021. Pensyarah Kanan Jabatan Hubungan Antarabangsa dan Strategi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya. Video Konferens Google Meet, 14 Jun.
Rusli bin Karim. 2021. Komander Negeri Agensi Kawalan Sempadan Malaysia Negeri Kelantan. Temubual, 26 Januari 2021.
Sabhasri, S. (1978). Opium Culture in Northern Thailand: Social and Ecological Dillemas, dalam Kunstadter, P. et al. Farmers in the Forest. University of Hawaii Press.
Sarina Mohamed. (2012). Drug Abuse and Huma Rights: Cases and Commentaries. University of Malaya Press.
Schebesta, P. (1973). Among the Forest Dwarfs of Malaya. Oxford University Press.
Scorzelli, J. (1987). Drug Abuse, Prevention and Rehabilitation in Malaysia. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Scorzelli, J. F. (1992). Has Malaysia's antidrug effort been effective? Journal of substance abuse treatment, 9(2), 171-176.
Sen, S. (1991). Heroin trafficking in the Golden Triangle. The Police Journal, 64(3), 241-248.
Sheik Azhar Sheik Omar. 2021. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan. Temubual, 27 Januari.
Simandjutak, B. (1969). Federalisme in Malay Peninsula 1945-1963. Oxford University Press.
Spencer, C. P. & Navaratnam, V. (1981). Drug Abuse in East Asia. Oxford University Press.
Theiler, T. (2010). Societal Security, dalam Dunn, M & Mauer, V. The Routledge Handbook of Security Studies. Routledge.
Tregonning, K, G. (1964). A History of Modern Malaya. Eastern Universities Press Limited.
Tregonning, K. G. (1967). Home Port Singapore: A History of Straits Steamship Company Limited 1890-1965.Oxford University Press.
Wæver, O. et al. (1993). Identity, Migration and the New Security Agenda in Europe. Pinter.
Wan Azmi Ramli. (1986). Selangkar Ke Kubur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Wan Azmi Ramli. (1998). Petaka Abad ke-21: Penagihan, Kemakyahan, Gay Lesbian Homosex, Pelacuran dan AIDS. Golden Books Centre.
Wendt, A. (1999). Social Theory of International Politics. Cambridge University Press.
Wiant, J. A. (1985). Narcotics in the Golden Triangle. The Washington Quarterly, 8(4), 125- 140.
Williams, P. (1997). Transnational Criminal Organisations and International Security dalam Arquilla, J. & Ronfeldt, D. (ed.) In Athena’s Camp. RAND Corporation.
Yochelson, S., & Stanton, E. S. (1994). The criminal personality, Volume III: The drug user. Jason Aronson.
Zainudin Ahmad. 2021. Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia. Temubual, 6 Januari.
Zaker Josoh. 2020. Pegawai Perhubungan Malaysia-Thailand Coordination Border Office (MTCBO). Temubual, 17 Disember.
Zarina Othman & Mohamad Daud Druis. (2015). Ancaman sindiket dadah terhadap juvenil di Malaysia. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 11(1), 62-72.
Published
2021-09-01
How to Cite
MOHAMAD YASID, Amer Fawwaz; ZULKIFLI, Noraini; KAMARUDDIN, Sofian. Penyeludupan Dadah Dari Kawasan Segi Tiga Emas Thailand Serta Kesan Terhadap Keselamatan Sosial Negara Malaysia. Jurnal Dunia Pengurusan, [S.l.], v. 3, n. 3, p. 41-54, sep. 2021. ISSN 2682-8251. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg/article/view/15079>. Date accessed: 16 oct. 2021.
Section
Articles