Pengaruh Infografik Kesihatan Melalui Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Terhadap Literasi Kesihatan Masyarakat Berkaitan COVID-19

  • Ismawati I
  • Azizam MA
  • Nor Ayuni AR
  • Yantie Shahida AM
  • Hawa Bee
  • Nur Azurin R

Abstract

COVID-19 kini telah menjadi wabak serius yang menyerang banyak negara di seluruh dunia, termasuk negara Malaysia. Pelbagai platform media sosial telah digunakan sebagai medium penyebaran maklumat kesihatan yang tepat dan pantas. Objektif kajian ini bertujuan mengenalpasti elemen infografik kesihatan yang dapat menarik minat pengikut halaman Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, mengkaji hubungan antara infografik kesihatan dengan tahap literasi kesihatan dan penilaian terhadap mesej & amalan, serta hubungan antara literasi kesihatan dengan faktor demografi responden. Kajian ini menggunakan kaedah Keratan Rentas melibatkan 420 orang responden yang terdiri daripada pengikut Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pahang bermula Julai 2020 sehingga Mei 2021. Pengumpulan data menggunakan instrumen borang soal selidik secara atas talian (google form) dan reka bentuk kajian secara kuantitatif. Analisis data deskriptif dan Inferensi Korelasi Pearson telah digunakan. Terdapat empat (4) bahagian dalam instrumen kajian yang dibina menggunakan Skala Likert pada nilai koefisien (r) Cronbach Alpha r=0.97 dan diproses menggunakan perisian SPSS 22.0. Dapatan kajian mendapati tahap literasi kesihatan pengikut Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pahang adalah pada tahap interpretasi tinggi (min 3.65) diikuti infografik kesihatan yang dipaparkan (min 3.51). Terdapat hubungan yang sederhana bagi dua pembolehubah iaitu tahap literasi kesihatan dan infografik kesihatan yang dipaparkan (r=0.448 dan p<0.05) dan infografik kesihatan yang dipaparkan & faktor penilaian serta amalan yang dilakukan dalam kehidupan (r=0.530 dan p<0.05). Sebaliknya, terdapat hubungan yang sangat lemah antara tahap literasi kesihatan dan faktor pekerjaan dengan (r=-0.121, p<0.05). Kesimpulannya, infografik kesihatan yang dipaparkan di halaman Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pahang mempunyai elemen infografik yang baik dan pengikut halaman Facebook ini aktif mendapatkan maklumat kesihatan tentang COVID-19 di Facebook tersebut. Selain itu, infografik yang mempunyai elemen yang baik akan memberi kesan ke atas literasi kesihatan dan amalan pengikut di media sosial.

References

Abdullah, A. H., & Mohamad, E. (2018). TAHAP LITERASI KESIHATAN GOLONGAN LELAKI KUMPULAN PENDAPATAN B40 DAN M40 DI JOHOR BAHRU (Health Literacy Status of B40 and M40 Income Bracket Men in Johor Bahru). e-Bangi, 13(5).
Ahmad, A. R., & Murad, H. R. (2020). The impact of social media on panic during the COVID-19 pandemic in Iraqi Kurdistan: online questionnaire study. Journal of Medical Internet Research, 22(5), e19556.
Ali, M. Y., & Bhatti, R. (2020). COVID-19 (Coronavirus) Pandemic: Information Sources Channels for the Public Health Awareness. Asia-Pacific Journal of Public Health.
Arina, J., Nurul Jamilah, R., Nasihah, H., & Maizatul Azura, Y., (2020). Komunikasi Visual Dalam Infografik Khidmat Masyarakat COVID-19 Di Media Sosial. Penyelidikan Bahasa, Sastera dan Budaya dalam Era Pandemik 2020, Universiti Utara Malaysia.
Bradford, W. C. (2004). Reaching the visual learner: teaching property through art. The Law Teacher, 11.
Corona Virus Disease (COVID-19). Diperoleh daripada: https://web.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/a.10151657414821237/10157274189996237/. 4 Ogos 2020.
Egan, M., Acharya, A., Sounderajah, V., Xu, Y., Mottershaw, A., Phillips, R., ... & Darzi, A. (2021). Evaluating the effect of infographics on public recall, sentiment and willingness to use face masks during the COVID-19 pandemic: a randomised internet-based questionnaire study. BMC public health, 21(1), 1-10.
EuroHealthNet, C. S. (2005). Health Literacy and Internet: Recommendations to promote Health Literacy by the means of the Internet.
Feng, Y., & Xie, W. (2015). Digital divide 2.0: the role of social networking sites in seeking health information online from a longitudinal perspective. Journal of health communication, 20(1), 60-68.
Houts, P. S., Doak, C. C., Doak, L. G., & Loscalzo, M. J. (2006). The role of pictures in improving health communication: a review of research on attention, comprehension, recall, and adherence. Patient education and counseling, 61(2), 173-190.
Internet World Stats. 2020. Asia internet use, population statistics data and Facebook data - January 31, 2020 Retrieved from https://www.internetworldstats.com/stats3.htm#asia
Ishikawa, H., Takeuchi, T., & Yano, E. (2008). Measuring functional, communicative, and critical health literacy among diabetic patients. Diabetes care, 31(5), 874-879.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam pendidikan. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd
J. Clement, Apr 30, 2020. Number of monthly active Facebook users worldwide as of 1st quarter 2020. Diperoleh daripada https://www.statista.com/statistics/ 264810/number-of- monthly-active-Facebook-users-worldwide/
Kementerian Kesihatan Malaysia. COVID-19 Malaysia. Diperoleh daroipada: http://covid-19.moh.gov.my/. 4 Ogos 2020.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and psychological measurement, 30(3), 607-610.
Lamb, G. R., Polman, J. L., Newman, A., & Smith, C. G. (2014). Science news infographics: Teaching students to gather, interpret, and present information graphically. The Science Teacher, 81, 25–30.
Levin-Zamir, D., & Bertschi, I. (2018). Media health literacy, eHealth literacy, and the role of the social environment in context. International journal of environmental research and public health, 15(8), 1643.
Malaysian Communications & Multimedia Commission. (2017). Internet users survey 2017: Statistical brief number twenty-one. Malaysian Communications and Multimedia Commission.
Martin, G. (2008). A picture is worth a thousand words. The Phrase Finder. Diperoleh daripada: http://www. phrases. org. uk/meanings/a-picture-is-worth-a-thousand-words. html.
McCrorie, A. D., Donnelly, C., & McGlade, K. J. (2016). Infographics: healthcare communication for the digital age. The Ulster medical journal, 85(2), 71.
Nurhidayah. (2006). Bahasa Indonesia Dalam Karya Ilmiah. Yogyakarta: FBS Universitas Negeri Yogyakarta.
Nutbeam, D. (2000). Health literacy as a public health goal: a challenge for contemporary health education and communication strategies into the 21st century. Health Promotion International, Oxford. Vol. 15, 259 – 267.
Paakkari, L., & Okan, O. (2020). COVID-19: health literacy is an underestimated problem. The Lancet Public Health, 5(5), e249-e250.
Qualey, E. (2014). What can infographics do for you? Using infographics to advocate for and market your library. AALL Spectrum, 18(4), 7-8.
Riduwan; Warsiman. (2008). Skala pengukuran variabel-variabel penelitian / Riduwan; editor, Warsiman. Bandung:: Alfabeta,.
Roberts, M., Callahan, L., & O’Leary, C. (2017). Social media: A path to health literacy. Information Services & Use, 37(2), 177-187.
Sharudin, S. A., Mustaffa, N., & Sannusi, S. N. (2020). Peranan visual instagram dalam meningkatkan kesedaran kesihatan masyarakat. e-bangi, 17(2).
Smiciklas, M. (2012). The power of infographics: Using pictures to communicate and connect with your audiences. Indianapolis, IN: Que
Sørensen, K., Pelikan, J. M., Röthlin, F., Ganahl, K., Slonska, Z., Doyle, G & Falcon,
M. (2015). Health literacy in Europe: comparative results of the European
health literacy survey (HLS-EU). The European Journal of Public Health.
Suka, M., Odajima, T., Kasai, M., Igarashi, A., Ishikawa, H., Kusama, M., & Sugimori, H. (2013). The 14-item health literacy scale for Japanese adults (HLS-14). Environmental health and preventive medicine, 18(5), 407-415.
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi. (2019). Penyakit tidak berjangkit, permintaan jagaan kesihatan dan literasi kesihatan. Diperoleh daripada: http://iku.moh.gov.my/images/IKU/Document/REPORT/NHMS2019/Fact_Sheet_NHMS_2019-BM.pdf
Tuten, T. L. (2008). Advertising 2.0: social media marketing in a web 2.0 world: social media marketing in a web 2.0 world. ABC-CLIO.Vanichvasin, P. (2013). Enhancing the quality of learning through the use of infographics as visual communication tool and learning tool. In the Proceedings ICQA 2013: The International Conference on QA Culture: Cooperation or Competition 2013 (pp. 135–142). Tung Phayathai, Ratchathewi, Bangkok: Offset Plus. Diperoleh daripada: http://www.icqa2014.com/downloads/ Proceeding_29.pdf
Wiersma, W., & Jurs, S. G. (2005). Research methods in education (Eight Edition).
World Health Organizationhttps (2020). Coronavirus Disease 2020. https://www.who.int (Mac 2020)
Published
2021-09-01
How to Cite
I, Ismawati et al. Pengaruh Infografik Kesihatan Melalui Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Terhadap Literasi Kesihatan Masyarakat Berkaitan COVID-19. Jurnal Dunia Pengurusan, [S.l.], v. 3, n. 3, p. 28-40, sep. 2021. ISSN 2682-8251. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg/article/view/15078>. Date accessed: 16 oct. 2021.
Section
Articles