Hubungan Antara Penghargaan Kendiri Dengan Kesejahteraan Psikologi Dalam Kalangan Kanak-kanak Di Pedalaman Pulau Tioman

  • Siti Mardhiyah Mansor
  • Faridah Mydin Kutty
  • Salleh Amat

Abstract

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara penghargaan kendiri dan kesejahteraan psikologi dalam kalangan kanak-kanak di pedalaman Pulau Tioman. Reka bentuk kajian tinjauan telah digunakan dan seramai 114 orang kanak-kanak yang berusia antara 10 hingga 12 tahun dari tiga buah sekolah rendah di pedalaman Pulau Tioman terlibat sebagai responden. Skala Kesejahteraan Psikologi Kanak-kanak (Psychological Well-Being for Children Scale. PWB-c) digunakan untuk mengukur tahap kesejahteraan psikologi kanak-kanak manakala Skala Penghargaan Kendiri Rosenberg (The Rosenberg Self-Esteem Scale), digunakan untuk melihat aspek penghargaan kendiri dalam kalangan kanak-kanak tersebut. Perisian SPSS 22.00 digunakan untuk menganalisis data secara analisis deskriptif serta analisis inferensi menggunakan Korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara penghargaan kendiri dan kesejahteraan psikologi dalam kalangan kanak-kanak di pedalaman iaitu, r = 0.234, p < 0.05. Input daripada dapatan ini penting untuk sebarang usaha memperbanyakkan lagi kajian serta penyelidikan kesejahteraan psikologi dalam kalangan kanak-kanak khususnya. Dapatan ini penting untuk merancang program intervensi yang berkesan untuk meningkatkan lagi kesejahteraan psikologi kanak-kanak.

References

Alicia D. Cast & Peter J. Burke. 2002. A Theory of Self-Esteem. Social Forces. The University of North.
Andrew K. Przybylski & Netta Weinstein. 2017. Digital Screen Time Limits and Young Children’s Psychology Well-Being: Evidence From a Population –Based Study. Child Development Vol : 1-10
Cresswell, J. W. 2005. Educational Research Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative and Qualitative Research (2nd ed.) Upper Saddle River, NJ: Pearson
Gemma Crous. 2017. Child Psychological Well-Being and It’s Associations with Material Deprivation and Type of Home. Research Institute on Quality of Life, University of Girona (Spain)
Ian Liddle & Greg F.A Carten. 2015. Emotional and Psychological Well-Being in Children: The Development and Validation of Striling Children’s Well-Being Scale. Educational Psychology in Practice. Vol.3 (2) : 174-185.
Kamarul Azmi Jasmi. 2012. Kesahan dan Kebolehpercayaan dalam Kajian Kualitatif. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Kamarul Azmi Jasmi. 2012. Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatif. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Malaysia.
Matthew P.Somerville & David Whitebread. 2018. Emotion Regulation and Well-Being in Primary Classrooms Situated in Low Economic Communities. British Journal Of Education Psychology.
Megha Thakur et al.2018. Role Conflict and Psychological Well-Being in School Teachers: A Cross- Sectional Study from Southern India. Journal of Clinical and Diagnostic Research 12(7) : 1-6.
Mohd Fairuz Jafar & Shahizan Hasan. 2016. Kajian Penghargaan Kendiri dan Kepuasan Hidup Pelajar. Jurnal Psikologi Malaysia. Vol.30 (2): 22-31
Mohd Suhaimi Mohamad et.al. 2020. Hubungan Penghargaan Kendiri , Resilien, Sikap Asertif dan Kepimpinan Dalam Kalangan “Mat Rempit” di Lembah Klang. Jurnal Psikologi Malaysia. Vol. 34(2): 206-216
Mohammad Izzat & Wan Shahrazad. 2018. Penerokaan Ciri-ciri Psikometrik Skala Kesejahteraan Psikologi dalam Kalangan Sampel Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nabilah Huda & Norsaleha Mohd Salleh. 2019. Kesejahteraan Keluarga di Malaysia: Suatu Sorotan Awal. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. 27-36
Nazri Yasin, Jamiah Manap & Arena Che Kassim. 2018. Pengaruh Penghargaan Kendiri Terhadap Kesejahteraan Psikologi Mualaf. Journal of Social Sciences and Humanities. 13(3) :173-182.
Noraini Idris. 2010. Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Penerbit Mc Graw Hill Education.
Noralina Omar. 2016. Ekologi Keluarga dan Kesejahteraan Hidup Kanak-kanak Miskin di Malaysia. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Norsayyidatina binti Che Rozubi. 2017. Kesan Program Kesejahteraan Psikologi Menggunakan Kaedah Bermain Kepada Kanak-kanak Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya
Nur Hikmah R H. 2015. Metode Penelitian Kualitatif dan Kuantitatif Skala Pengukuran. Jakarta: Penerbit Universitas Hassanuddin.
Nurul Aini Mudayat & Fatanah Mohamad. 2014. Kesejahteraan Psikologi Dalam Kalangan Warga Emas di Rumah Perlindungan Orang Tua di Selangor. Lifelong Learning International Conference. Vol.3 : 1-18
Rosenberg,M. 1965. Rosenberg Self-Esteem Scale. Society and Adolscent Self-Image. Princeton NJ: Princeton University Press.
Ruziati et al. 2018. Keperluan Indeks Kesejahteraan Psikologi dalam Perkhidmatan Awam: Satu Tinjauan Umum. Jurnal Psikologi dan Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia, 13: 1-16.
Saidatul Nornis Hj. Mahali et.al. 2018. Apakah yang kita faham mengenai kesejahteraan kanak-kanak? Kajian Kes di Pulau Gaya, Sabah. Sains Humanika. Vol.11(1): 63-71
Salina Mokhtar & Rahimi Che Aman. 2016. Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kesejahteraan Psikologi Versi Bahasa Melayu. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Suzanna J.Opree et. al. 2018. Development and Validation of the Psychological Well-Being Scale for Children (PWB-c). University of Rotterdam, The Netherlands.
Published
2021-03-01
How to Cite
MANSOR, Siti Mardhiyah; MYDIN KUTTY, Faridah; AMAT, Salleh. Hubungan Antara Penghargaan Kendiri Dengan Kesejahteraan Psikologi Dalam Kalangan Kanak-kanak Di Pedalaman Pulau Tioman. Jurnal Dunia Pengurusan, [S.l.], v. 3, n. 1, p. 159-169, mar. 2021. ISSN 2682-8251. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg/article/view/12550>. Date accessed: 10 aug. 2022.
Section
Articles