Pengetahuan Guru Dalam Mengawal Tingkah Laku Distruptif Murid Berkeperluan Khas
Abstract
Kajian ini berkaitan tahap pengetahuan guru dalam mengawal tingkah laku distruptif murid berkeperluan khas di daerah Melaka Tengah. Kaedah tinjauan digunakan terhadap 100 orang sampel kajian yang terdiri daripada guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi sekolah rendah daerah Melaka Tengah. Sampel dipilih berdasarkan kaedah persampelan sistematik. Soal selidik yang telah diadaptasi dan diubahsuai daripada kajian-kajian lepas telah digunakan dalam kajian ini. Soal selidik yang digunakan mengandungi item-item seperti profil sampel dan tahap pengetahuan guru dalam mengawal tingkah laku distruptif murid berkeperluan khas. Skor min tahap pengetahuan guru-guru pendidikan khas mencatatkan min yang tinggi (m=4.20 dan sp=0.62). Dapatan kajian juga menyatakan bahawa skor min bagi tahap pengetahuan guru-guru perempuan (m=4.24 dan sp=0.38), guru-guru opsyen Pendidikan Khas (m=4.28 dan sp=0.35) dan juga tahun perkhidmatan di antara 26 hingga 35 tahun (m=4.69 dan sp=0.03) mencatkan skor min yang tinggi. Ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pengetahuan guru Pendidikan Khas berdasarkan gender (F=0.779; df=98; p=0.85; p> 0.05; t= -1.737). Dapatan juga menyatakan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan pengetahuan guru-guru opsyen dan bukan opsyen Pendidikan Khas dalam mengawal tingkah laku distruptif murid berkeperluan khas (F=1.166; df=98; p=0.00; p<0.05; t=5.891). Secara keseluruhannya kajian ini dapat memberi gambaran berkenan kepentingan tahap pengetahuan guru dalam mengawal tingkah laku distruptif murid berkeperluan khas menyesuaikan diri dalam persekitaran sekolah, masyarakat serta menikmati kehidupan seharian yang lebih baik dan bermakna.
References
Amira, M. S., & Sabah,A.E.(2015).Training Teachers on Practicing Behavior Modification Strategies for Chlidren with Special Needs at Tanta Intellectual School. IOSR Journal of Nursing and Health Science,4(4),79-88.
Cook, M. (2005). The disruptive or ADHD child: What to do when kids won’t sit still and be quiet. Focus on Exceptional Children, 37(7). ERIC.
Hasnah,T., Mohd Hanafi, M.Y., Mohd Mokhtar, T., & Norani, S. (2010). The Level Of Training, Knowledge And Confidence Of Special Education Teachers About Autism. Malaysian Education Journal, 35(1), 19-26.
Ho, S. C. (2005). Program Pengurusan Tingkah Laku Untuk Murid Yang Mempunyai Kecelaruan Kurang Daya Tumpuan Dan Hiperaktiviti (Adhd) Di Kelas Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Tesis Sarjana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mahvar,T., Farhani, M.,A. & Khesal,A.A.(2018). Conflict management strategies in coping with students’ disruptive behaviors in the classroom: Systematised review. Journal of Advances in Medical Education & Professionalism, 6(3), 102-114.
Manisah,M.A., & Norshidah, M.S. (2008). Similar or Different? Examining Views on Exceptionality among Individuals with and without Special Needs. International Journal of Diversity in Organizations,Communities and Nations,7(6) , 335-342.
Manisah,M.A., Rozila, A., & Rosadah, A.M.(2014). Teacher Trainees’s Strategies for Managing the Behaviors of Students with Special Needs. International Education Studies,7(13),271-277.
Noor Aini,A., & Norhafizah,A.F.(2015). Tahap Pengetahuan Guru Pendidikan Khas Apabila Mengurus Tingkah Laku Pelajar Bermasalah Pembelajaran. Asia Pacific Journal of Educators and Education,30, 73-88.
Nurul Bahirah, A., & Mohd Jasmy,A.R.(2018).Tingkah Laku Distruptif Dalam Kalangan
Pelajar. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dalam Pendidikan Universiti Awam 2018, hlm. 563-570.
Rosmary, E., & Fidelis, E. A. (2016). Influence Of Teachers’ Factors On Distruptive Behaviour Among Senior Secondary School Students In IMO State Nigeria. European Virtual Conference on Social Sciences Education and Low, 1,19-27.
Suzlina,H.B., & Jamaludin,B.(2016).Tahap Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Guru Sekolah Menegah Terhadap Penggunaan Web 2.0 Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu , 6(2), 33-43.
Tang, K. N., & Nur Azri,C.A.(2015).Teacher Leadership and Classroom Management Practice on Special Education with Learning Disability. 6th World Conference on Psychology Counseling and Guidance.Social and Behavioral Science, 205, 2-7.
Wood,T.D.(2012). Teacher Perceptions of Gender-Based Differences among Elementary School Teachers. International Electronic Journal of Elementary Education,4(2), 317-345.
Yahya,D.(2007). Educational leadership in Malaysia. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.