Pengaruh Latar Belakang Keluarga Dan Pencapaian Akademik Pelajar Di SMK Bau
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji pengaruh latarbelakang ibu bapa dari segi pendidikan, pekerjaan dan pendapatan terhadap pencapaian akademik pelajar. Sokongan ibubapa menunjukkan nilai signifikan yang positif kerana mempunyai pembangunan diri yang positif dalam peningkatan prestasi akademik pelajar (Mahaffy, 2004) . Menurut Noor Su’adah & Zalinah (2013), dengan bimbingan dan galakan yang beterusan daripada ibubapa dan mereka yang di sekeliling dapat membantu pelajar mencapai kejayaan. Semakin kuat dorongan dan sokongan ibu bapa, semakin meningkat prestasi akademik pelajar dan sebaliknya. Seramai 93 responden tingkatan 1 dan 4 dari SMK Bau terpilih bagi menjalankan kajian ini. Soal selidik diedarkan kepada responden bagi mendapatkan maklumat yang diingini. Analisis korelasi Pearson kajian dijalankan menggunakan SPSS V.22 dan Microsoft Excel untuk analisis deskriptif kuantitatif. Kajian ini mendapati terdapat hubungan signifikan yang lemah dengan ketiga – tiga pemboleh ubah tak bersandar iaitu pendidikan, pekerjaan dan pendapatan ibu bapa. Pendidikan ibu dan bapa, pekerjaan bapa dan pendapatan ibu bapa hanya memberi pengaruh yang kecil manakala pekerjaan ibu dan pendapatan ibu menunjukkan tiada kesignifikan terhadap pencapaian akademik pelajar tingkatan 1 dan 4 di SMK Bau. Kecemerlangan pencapaian akademik yang diperolehi pelajar bukan hanya kerana faktor latar belakang ibu bapa semata - mata. Hasil kajian ini dapat menjadi panduan bagi pengkaji pada masa akan datang dan pihak yang berkaitan dengan institusi pendidikan.
References
Duncan Berinau Anak Agun, Anuar Ahmad (2016). Living In The Longhouse And Iban Student Academic Achievement: Issues And Challenges, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Fazliana Othman (2006). Hubungan Status Sosioekonomi Keluarga Dengan Pencpaaian Pelajar Bumiputera Dan Bukan Bumiputera Dalam Mata Pelajaran Matematik Di Dua Buah Sekolah Daerah Johor Bahru, Universiti Teknologi Malaysia.
Ganesan Kamoo & Norani Mohd Salleh (2014). Pengaruh Struktur Keluarga Dan Stail Keibubapaan Terhadap Pencapaian Akademik Murid India Di Sekolah Menengah Rendah, Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, Bil. 2, University Malaya
Ghazali Darulsalam & Sufean Husin (2018). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Malaya.
Kevin Marjoribanks (2017). Families And Their Learning Environment, An Empirical Analysis. Vol 34. . New York. Routledge Taylor & Francis Group
Leon Feinstein, Kathryn Duckworth & Ricardo Sabates (2008). Education And The Family Passing Succes Across The Generations, . New York. Routledge Taylor & Francis Group
Mohamead Johdi Salleh, Che Noraini Hashim, Ismael Hassanen, Amir Hasan Dawi (2009).Status Sosioekonomi Dan Komitmen Ibu Bapa Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Penilaian Menengah Rendah Malaysia, IIUM & UPSI
Mok Soon Sang (2008).Psikologi Pendidikan Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran, Puchong Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Ngu Leh Seng, Zahyah Hanafi & Muhajir Taslikhan (2016).Influence Of Parental Involvement On Academic Achievement, University Utara Malaysia.
Norazlinda Saad (2006). Meritokrasi: Sosioekonomi Dan Peluang Pendidikan Tinggi, Universiti Utara Malaysia.
Norhaida Shaarani, Muhammad Firdaus Muhammad Sabri, Nor Rosmawati Abdul Karim, Farah Mohd Shahwahid & Haliyana Tonot (2015). Mengkaji Hubungan Sokongan Ibu Bapa Terhadap Prestasi Akademik Pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Jabatan Pengurusan Perniagaan, Fakulti Pengurusan Dan Muamalah, KUIS
Zahyah Hanafi (2008). The Relationship Between Aspects Of Sosio-Economic Factors And Academic Achievement, Jurnal Pendidikan Vol.33, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zulkifli Et. Al (2001). Hubungan Antara Penglibatan Ibubapa Dan Pencapaian Akademik Pelajar Miskin Di Negeri Selangor, Jurnal Islam Dan Pengajian Arab, Universiti Putra Malaysia.