Inovasi “Calculo on Desk” – Keberkesanan Dalam Pembelajaran Kalkulus

  • Aishah Mahat
  • Ali Imran Ahmad Kamal
  • Muhammad Alif Syafiq Md Takiyudin
  • Muhammad Arif Akmal Mohd Alias

Abstract

Semua pelajar yang mengikuti Program Kejuruteraan wajib mengambil dan sekurang-kurangnya perlu lulus di dalam kursus Kalkulus. Terdapat dua topik yang sering diuji dalam kursus tersebut iaitu pembezaan dan pengamiran. Memandangkan kedua-dua topik tersebut merupakan topik yang paling sukar, ini akan mempengaruhi para pelajar untuk mendapat markah yang lebih rendah dan menghasilkan keputusan peperiksaan yang kurang baik. Di samping itu, pelajar-pelajar tersebut juga tidak dapat menunjukkan penyelesaian matematik dengan betul. Ini akan dapat memberikan kesan terhadap pelan pengajaran pelajar. Justeru, sebuah alat bantuan mengajar bagi mengatasi masalah penyelesaian matematik telah dicipta bagi  mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran Kalkulus agar lebih menyeronokkan. Satu idea inovasi yang dikenali sebagai Calculo On Desk telah direka khas bagi membantu pelajar-pelajar memperbaiki kelemahan dalam kursus tersebut di samping memperlengkapkan diri untuk menghadapi peperiksaan akhir agar lebih bersedia dan mendapat keputusan yang lebih baik. Calculo On Desk ini dicipta berdasarkan takwim Kalender Akademik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sesi 1 2019/2020 yang berlangsung pada semester September  2019 - Januari 2020. Sasaran utama pengguna Calculo On Desk ini adalah pelajar UiTM dari Fakulti Kejuruteraan yang mengambil kod kursus MAT235 iaitu Calculus II. Namun demikian, ianya lebih bertumpu kepada para pelajar yang mendapat keputusan yang kurang baik dalam Ujian 1 bagi kod kursus Calculus II. Dengan terhasilnya inovasi yang dikenali sebagai Calculo On Desk ini, diharap ia dapat memberi manfaat dan impak positif dari aspek pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar dan pensyarah secara keseluruhannya.

References

Othman, Z.S., Khalid, A.K. & Mahat, A. (2018). Students’ common mistakes in basic differentiation topics. AIP Conference Proceedings 1974, 050009 (2018); doi: 10.1063/1.5041709.
Ozerem, A. (2012). Misconceptions in geometry and suggested solutions for seventh grade students, Procedia - Social and Behavioral Sciences 55, pp. 720 – 729.
Ahmad S. et al. (2016). The effect of peer-assisted learning strategies (PALS) on preparatory students in mathematics. In: Abdullah M., Yahya W., Ramli N., Mohamed S., Ahmad B. (eds) Regional Conference on Science, Technology and Social Sciences (RCSTSS 2014). Springer, Singapore.
Kirikkaya, E.B., Iseri,S. & Vurkaya, G.(2010). A board game about space and solar system for primary school students. The Turkish Online Journal of Educational Technology. April 2010, volume 9 Issue 2.
Che In, F & Ahmad, A.Z. (2018). Kajian Keberkesanan Pembelajaran Interaktif Berasaskan Aplikasi Kahoot: Satu Kajian Tindakan Terhadap Kursus Principles Of Marketing. 6th World Congress on Technical and Vocational Education and Training (WoCTVET 2018)
Published
2020-04-15
How to Cite
MAHAT, Aishah et al. Inovasi “Calculo on Desk” – Keberkesanan Dalam Pembelajaran Kalkulus. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 2, n. 1, p. 180-186, apr. 2020. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/8926>. Date accessed: 19 sep. 2024.
Section
Articles