Hubungan Kemenjadian Murid Dalam Proses Pembelajaran Dan Pemudahcaraan (PdPc) Guru: Penilaian Pentadbir Sekolah
Abstract
Seiring dengan perkembangan pendidikan semasa maka peranan pentadbir dalam memantau amalan pedagogi guru adalah menjadi keutamaan bagi menentukan kualiti kerja guru dalam kemenjadian murid. Hal ini juga sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Namun perkembangan kemenjadian murid yang menjurus kepada pencapaian holistik murid seperti mana kehendak FPK memerlukan tanggungjawab pemimpin sekolah untuk memenuhi hasrat FPK sebagaimana yang dikehendaki. Lantaran itu, matlamat kajian ini adalah untuk mengenalpasti amalan PdPc guru berlandaskan pada penyeliaan guru besar mengurus program instruksional. Kajian ini melibatkan kaedah kuantitatif dengan menggunakan set soal selidik. Sebanyak 300 sampel menggunakan persampelan secara berstrata rawak mudah dari kalangan guru besar sekolah rendah luar bandar di negeri Sarawak. Pengujian data menggunakan ujian pekali korelasi spearman rho serta dianalisis menggunakan Statistical Package for the social sciences (SPSS) versi 22.0. Keputusan analisis data menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara perancangan PdPc dengan kemenjadian murid pada tahap rendah. Seterusnya terdapat hubungan yang signifikan diantara pelaksanaan PdPc dengan kemenjadian murid pada tahap sederhana. Manakala terdapat hubungan yang signifikan di antara pentaksiran PdPc dengan kemenjadian murid pada tahap sederhana. Impak kajian menjadi nilai tambah untuk mengetahui bahawa proses PdPc guru bukan hanya kepada akademik malah turut membentuk aktiviti kokurikulum. Selain daripada itu proses PdPc juga turut memupuk sahsiah diri murid. Oleh itu, keperluan meningkatkan pengetahuan guru dalam perancangan PdPc, seterusnya pelaksanaan PdPc dan akhir sekali pentaksiran PdPc seharusnya secara langsung melibatkan setiap aspek kemenjadian murid secara holistik.
References
berdasarkan gender peringkat persekolahan dan lokasi. Tesis Dr. Fal. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Abdul Said Ambotang, Christina Andin. 2014. Persepsi terhadap penialian prestasi,
komitmen dan motivasi kerja guru sekolah menengah teknik di sabah. Sains Humanika 2:1 pp, 171-178.
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2019. Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Edisi ke-2.
Choen, L., Manion,L. & Marrison, K. 2000. Research methods in education. London:
Routledge Falmer
Habsah Mohamed. 2014. Hubungan gaya pengajaran guru terhadap gaya pembelajaran dan
pencapaian pelajar tingkatan empat di Putera Jaya. Tesis sarjana pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Habibah Abdul Rahim. 2020. Bersama-sama melangkah lebih jauh: Fokus dan gerak kerja.
ketua pengarah pelajaran Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ishak Abdul Manaf. 2018. Hubungan penyeliaan dan pendekatan bimbingan dengan amalan
praktikum guru pelatih institut pendidkan guru Malaysia. Tesis Dr. Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Irwan Fariza Sidik, Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad. 2015. Etos dan budaya
sekolah memberi kesan kepada kemenjadian pelajar. Proceding 7th international seminar on regional education. vol1. m.s 216-235.
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti,Kementerian Pendidikan Malaysia. 2016. Pengenalan
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2(SKPMg2)
Khuzaimah Zaaim, Mohamed Yusoff Mohd Nor, Shahlan Surat. 2019. Tahap kompetensi
Guru (PdPc) SKPMG2 dan tahap kemenjadian murid. International Journal of Educationa, Psychology and Counseling. Volume:4. Issues:27 ms.51-62.
Lee Saat, Shukuri Zain.2016. Pengaruh kepimpinan instruksional, efikasi dan tugas
rutin pengetua terhadap pencapaian akademik. Malaysian Journal of Social Science
Losius Goliong, Mohd Khairuddin Abdullah, Rosy Talin. 2018. Kompetensi Pedagogi Guru
dan prestasi akademik di sekolah-sekolah berprestasi rendah. Jurnal Kurikulum,
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jilid 3, m.s. 80-91.
Muhamad Suhaimi Taat, Moh Yusof Abdullah, Baharom Mohamad, Rosle Talip, Abdul Said
Ambotang & Shukri Zain. 2014. Kemenjadian guru dan pelajar. Utusan Borneo. (B6)
Mardhiah Johari, Rabiatul Adawiah Ahmad. 2016. Hubungan Kualiti penyeliaan pengajaran dengan efikasi kendiri guru. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Bil3.Isu3.
Noor Azyani a. Jalil, Ahmad Esa. 2012. Kemahiran Menyelesaikan Masalah Menerusi
aktiviti kokurikulum (khidmat masyarakat) dalam kalangan pelajar UTHM. Prosiding Seminar Pendidikan Pascaijazah dalam PTV kali ke-2. 101-112.
Ong Sze Chong. 2018. Ciri guru cemerlang bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan
di negeri Sarawak. Tesis Dr. Fal. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.
Pallant, J. 2007. A step by step guide to data analyzing using SPSS for windows (version 15).
Philadephia: Open University Press.
Sathiyabama Suprmmaniam, Sathiamoorthy Kannan, 2016. Hubungan antara bakat
kepimpinan dan kepimpinan hala tuju graduan NPQEL. Institut Kepimpinan Pendidikan Universiti Malaya. Jurnal Kepimpinan Pendidikan bil.3 Isu 2.
Shamilati Che Seman, Wan Mazwati Wan Yusoff & Rahimah Embong. 2018. Metodologi
berfikir dalam pembelajaran dan pemudahcaraan PdPc) kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di bilik darjah Berfikrah. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Wam. eISBN978-967-2231-03-5.pp 321-334.
Tay Yong Choo, Yap Chin Huat, Wong Shia Ho. 2016. Kesan amalan pelaksanaan
penyeliaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Jurnal Penyelidikan IPGBK BL,13, 42-52.
Zuraida Zulkapli.2013. Kajian kemenjadian murid di Sekolah Menengah Isalam Hidayah
Johor Baharu, Johor. Laporan projek Ijazah Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.