MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID DALAM MENYELESAIKAN OPERASI TAMBAH NOMBOR PERPULUHAN DENGAN MENGGUNAKAN FISHBONE DECIMAL BOARD (FDB)
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat sejauh mana murid Tahun 4 dalam menyelesaikan operasi tambah sebarang dua nombor perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan dengan mengumpul semula melalui penggunaan FishBone Decimal Board (FDB). Kajian ini dilakukan di salah sebuah sekolah di daerah Hilir Perak. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan dan melibatkan peserta kajian seramai tiga orang yang terdiri daripada dua orang lelaki dan seorang perempuan. Peserta kajian yang dipilih berdasarkan pencapaian ujian diagnostik. Instrumen yang digunakan ialah ujian pra dan ujian pasca, analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan beberapa kesilapan yang dikenalpasti seperti tidak memahami konsep penambahan dengan mengumpul semula, tidak mahir dalam nilai tempat nombor perpuluhan, kesilapan meletakkan titik perpuluhan dalam hasil jawapan yang diperoleh, dan kecuaian semasa pengiraan. Dapatan kajian juga menunjukkan intervensi yang digunakan berjaya membantu semua peserta kajian memahami konsep dan menguasai kemahiran menambah sebarang dua nombor perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan dengan mengumpul semula dengan menggunakan FishBone Decimal Board. Peserta kajian berjaya menjawab soalan yang dikemukakan menggunakan FishBone Decimal Board. Kekuatan utama FishBone Decimal Board adalah penggunaannya mempunyai unsur aplikasi kehidupan seharian, bersifat mesra pengguna dan membantu dalam pengukuhan konsep penambahan nombor perpuluhan.
References
Aniza Nordin. (2011). 'Step-Ladder Addition' Sebagai Kaedah Alternatif bagi Penambahan Melibatkan Pengumpulan Semula Nombor Empat Digit. Penyelidikan Tindakan PISMP.
Atan Long. (1983). Pedagogi : Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya (2008). Kepentingan Kefahaman Konsep Dalam Matematik. Permasalahan dalam Pendidikan Matematik dan Sains, 22-33.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Chai Mei Ling. (2009). “Oh, Itunya Darab”. Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL, 12-24.
DeWindt-King, A.M., & Goldin, G.A. (2003). Children’s Visual Imagery: Aspects of Cognitive Representation in Solving Problems With Fractions. Mediterranean Journal for Research in Mathematics Education, 2(1), 1-42.
Fuson, K. C. (1990). Conceptual Structures for Multiunit Numbers: Implications for Learning and Teaching Multidigit Addition, Subtraction, and Place Value. Cognition and Instruction, 7, 343-403.
Jon M.Engelhardt & Usnick V. (1991). When Should We Teach Regrouping in Addition and Subtraction. School Science Mathematics, 6-9.
Mas Norbany Abu Samah (2004). Nombor Perpuluhan: Kesilapan Kefahaman Dalam Kalangan Murid Tahun Lima. Kajian Matematik.
Rosnick, P. (1991). Some Misconceptions Concerning the Concept of Variables, Mathematics Teacher. University of Massachusetts Amherst, USA: National Council of Teachers of Mathematics.
Star, J. R. (2013). On the relationship between knowing and doing in procedural learning. In Fourth international conference of the learning sciences (pp. 80-86).
Steinle, V. & Stacey, K. (2003). Graded-related trends in the prevalence and persistence of decimal misconceptions. Proceedings of the 27th Conference of the International Group for the Psychology of Mathematics Education (Vol. 4, 259- 266). Geelong, Australia: MERGA.
Thipkong, S., & Davis, E. J. (1991). Preservice Elementary Teachers’ Misconceptions in Interpreting and Applying Decimals. School Science and Mathematics, 91(3), 93-99.
Ubuz, B., & Yayan, B. (2010). Primary Teachers’ Subject Matter Knowledge: Decimals. International Journal of Mathematics Education in Science and Technology, 41(6), 787- 804.
Virginia Department of Education (2011). Practical Problems Involving Decimals. Mathematics Enhanced Scope and Sequence. Virginia.
Widjaja, W. (2008). Misconceptions About Density Of Decimals: Insights From Indonesian Pre Service Teachers. Journal Of Science And Mathematics Education In Southeast Asia 2008, Vol 31 No 2, 117-331.
Wong Leon Kit (2006). Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan Moodle Bertajuk Nombor Perpuluhan. Universiti Teknologi.
Zhang, M., Trussell, R. P., Gallegos, B., & Asam, R. R. (2015). Using math apps for Improving student learning: An exploratory study in an inclusive fourth grade classroom. TechTrends, 59(2), 32-39.