KEBERKESANAN MOOC TITAS DALAM PEMBENTUKAN SIKAP MAHASISWA UNIVERSITI AWAM
Abstract
Pendekatan interaktif dan efektif yang diterapkan melalui Massive Open Online Courses atau MOOC dalam kursus TITAS telah menjadi salah satu sumber bahan pengajaran dan pembelajaran di universiti awam (UA) yang selari dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0. Platform MOOC TITAS ini dilihat selari dengan Lonjakan ke Sembilan (Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015–2025.Justeru, makalah ini bertujuan untuk meneliti keberkesanan aplikasi MOOC TITAS dalam pembentukan sikap, pemikiran dan pengetahuan mahasiswa di UA.Ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan teknik survei dengan pendekatan pengedaran borang soal selidik melalui google form.Mahasiswa UA dari 5 zon berbeza yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 1373 orang dan mengaplikasikan persampelan berkelompok dan rawak mudah dalam pengumpulan data kajian.Bahagian keberkesanan aplikasi MOOC TITAS mencatatkan nilai kebolehpercayaan Cronbach Alfa sebanyak 0.972.Melalui kajian ini, respon mahasiswa UA terhadap keberkesanan aplikasi MOOC TITAS 2.0 dilihat pada tahap yang baik dengan nilai min 4.07.Dapatan kajian turut menunjukkan aplikasi MOOC TITAS dapat merangsang pemikiran dan pengetahuan pelajar berkaitan kepelbagaian tamadun di Malaysia.Kajian juga mendapati para pelajar boleh melontarkan idea berkaitan isu semasa tempatan dan global, mewujudkan ruang komunikasi sosial antara pelajar dan komuniti, mengaplikasikan teknologi pengajaran di dalam pembelajaran melalui platform MOOC TITAS.Kajian merumuskan bahawa platform MOOC TITAS berkesan dalam membentuk sikap dan pemikiran mahasiswa yang positif dalam mendepani cabaran teknologi dan digital masakini.
References
Abdul Halim, F.H. & Aris, N.S. 2017. Persepsi pelajar terhadap pembelajaran teradun (Blended Learning). Journal on Technical and Vocational Education 1(2): 53-63.
Adlina Ab. Halim, Ahmad Nasir Mohd. Yusoff, Arfah Ab. Majid, Normala Othman, Norasyikin Azri dan Nasrina M Samir (2019). Penerimaan Pelajar Terhadap Aplikasi MOOC TITAS Versi 2.0 Di Universiti Awam Malaysia. Seminar Tamadun, Etnik dan Turath Islami (i-STET 2019), USIM, Negeri Sembilan, 19 Oktober 2019.
Adlina Ab. Halim, Ahmad Nasir Mohd. Yusoff, Arfah Ab. Majid, Normala Othman dan Nasrina M Samir (2018). Persepsi Pelajar Terhadap Aplikasi Mooc Titas Versi 2.0 Sebagai Sumber Pengajaran dan Pembelajaran di Universiti Awam Malaysia. e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2019, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 24-25 April 2019.
Adlina Ab. Halim, Ahmad Nasir Mohd. Yusoff, Arfah Ab. Majid, Normala Othman dan Atirah Ab. Samad (2018). E-Kandungan MOOC Tamadun Islam dan Tamadun Asia (MOOC TITAS) dalam Era Revolusi Industri ke-4. Prosiding Seminar Serantau Peradaban Islam, Institut Islam Hadhari, UKM, 14-15 November 2018.
Ahmad Nasir Mohd Yusoff, Noralina Ali (2018). Kaedah MOOC (Massive Open Online Course) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), Hubungan Etnik (HE), Kenegaraan dan Pengajian Islam Alaf 21 di Universiti Awam dan Swasta. Proceeding of INSIGHT 2018 1st International Conference on Religion, Social Sciences and Technological Education, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, 18-19 Julai 2018.
Ahmad Nasir Mohd Yusof (2016). Kursus TITASMOOC Dalam Platform ‘Open Learning” di UPM: Tumpuan kepada Konsep, Pelaksanaan dan Wadah Kesatuan Mahasiswa Pelbagai Bangsa. Jurnal Umran, Vol. 2, No. 1
Baterah Alias, Azhar Aziz, Nur Zahidah Jaafar (2016). National Academic Colloquium Book Program muat turun 21/09/2019:
http://colloquiumilearn.uitm.edu.my/wp-content/uploads/2016/08/buku-program1.pdf
Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC Malaysia (2017), muat turun 25/09/2019: http://www.cade.upm.edu.my/dokumen/PTPA1_Garis_Panduan_Pembangunan_MOOC_Malaysia.pdf
Che Zaharah Abdullah, Fadhilah Adibah Ismail, Nur Nafhatun Md Shariff (2016). National Academic Colloquium Book Program, muat turun 24/09/2019:
http://colloquiumilearn.uitm.edu.my/wp-content/uploads/2016/08/buku-program1.pdf
Creswell, J. W., (2009). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Method Approaches (3rd Ed.) . Thousand Oaks: SAGE Publications.
Ismail, M. E., Hashim, S., Ismail, I. M., Ismail, A., Razali, N., Daud, K. A. M., & Khairudin, M. (2018). Penggunaan massive open online course (MOOC) dalam kalangan pelajar vokasional [The use of massive open online course (MOOC) among vocational students]. Journal of Nusantara Studies (JONUS), 3(1), 30-41.
Kalthom Husain, Mohd Fauzi Kamarudin, Rosfazila Abd Rahman, Mokmin Basri Che Wan Shamsul Bahri Che Wan Ahmad & Mohd Shahrul Nizam Mohd Danuri (2017). Undergraduates’ Perception on Critical and Creative Thinking Skill via Massive Open Online Course (MOOC).Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah.Vol 4, Bil 2.
Kop, R. & Carroll, F. (2011). Cloud Computing and Creativity: Learning on a Massive Open Online Course. European Journal of Open, Distance and E-Learning.
Jabatan Pendidikan Tinggi (2019). Buku Panduan Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (High Impact Educational Practices) dalam MataPelajaran Pengajian Umum, muat turun 27/12/2019:
https://www.academia.edu/39976927/AMALAN_PENDIDIKAN_BERIMPAK_TINGGI_PENGAJIAN_UMUM
Krejie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30: 607-610.
Norazah Nordin , Helmi Norman& Mohamad Amin Embi (2015). Technology Acceptance of Massive Open Online Courses in Malaysia.Malaysian Journal of Distance Education 17(2), 1-16.
Nor Azilah Ahmad, Norunnajah Ahmat, Mohamad Zahir Zainuddin & Siti Nor Wardatulaina Mohd Yusof (2017). Pembaharuan Teknik Pengajaran & Pembelajaran (P&P) Subjek Sejarah dan Tamadun Melalui Aplikasi Teknologi Kreatif Keperluan Masa Hadapan.Proceeding of International Conference of Empowering Islamic Civilization. Research Institute for Islamic Product and Malay Civilization (INSPIRE), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), 7-8 Oktober 2017.
Penny, W., Friston, K., Ashburner, J., & Kiebel, S. (2011). Statistical Parametric Mapping: The analysis of functional brainimages. London: Academic Press.
Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi), muat turun 22/10/2019:
http://bendahari.uthm.edu.my/v2/PPPM/Ringkasan-Eksekutif-PPPM-2015-2025.pdf
Ros Aiza Mohd Mokhtar, Abd Hakim Mohad, Mashitah Sulaiman & Latifah Abdul Latiff (2019). Blended Learning dalam Kursus TITAS: Kajian terhadap Penggunaan TITAS MOOCs dalam Kalangan Pelajar UMS. Jurnal Sains Insani, 4(1), 54-60.
Sumarto, E. P. (2007). Pengenalan Internet dan Website Matematika sebagai Pelengkap Pembelajaran Matematika.Pelatihan Jardiknas ICT Sampit 2007.