KEBERKESANAN DUAL LANGUAGE PROGRAM (DLP) TERHADAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN TINGKAH LAKU PELAJAR MATEMATIK
Abstract
Bahasa Inggeris merupakan bahasa utama dunia masa kini dan diamalkan di kebanyakan negara sebagai bahasa teknologi, bahasa ekonomi, bahasa istilah, bahasa penghantar, bahasa perantara, bahasa global dan bahasa ilmu. Justeru Dual Language Programme (DLP) yang merupakan satu program di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara rintis pada tahun 2016 melibatkan 300 buah sekolah. Kajian ini bertujuan untuk menyelusuri keberkesanan DLP terhadap pengetahuan, sikap dan tingkah laku murid sekolah rendah bagi mata pelajaran Matematik. Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian eksperimen terhadap 64 orang murid tahun dua yang terdiri daripada 34 orang murid kelas DLP bagi mewakili kumpulan rawatan dan 30 orang murid kelas bukan DLP yang merupakan kumpulan kawalan. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah menggunakan ujian bertulis bagi item pengetahuan dan soal selidik bagi item sikap dan tingkah laku murid. Dapatan kajian menunjukkan peratusan markah bagi item pengetahuan murid DLP secara keseluruhannya adalah menguasai. Bagi item sikap murid, mereka rasa gembira apabila dapat menyelesaikan soalan masalah Matematik merupakan peratusan tertinggi iaitu 91.2%. Manakala bagi item tingkah laku murid pula, mereka merujuk ahli keluarga sekiranya terdapat masalah terhadap subjek Matematik mendapat peratusan yang tertinggi sebanyak 91.2%. Namun begitu, min peratusan markah murid DLP lebih rendah berbanding dengan min peratusan markah murid bukan DLP.
References
Ashairi, S., Mohamed Yusoff, M. N., & Melor, M. Y. (2016). Dual Language Programme (DLP) Students’ Level of Enthusiasm and Confidence : A Preliminary Study. Journal of Teaching & Learning English in Multicultural Contexts, 2(1), 13–22. https://doi.org/10.1016/S1359-1789(98)00016-0
Ashairi, S., Mohamed Yusoff, M. N., & Melor, M. Y. (2017a). Dual-Language Programme in Malaysian Secondary Schools: Are You Ready? Seminar Serantau, 465–475.
Ashairi, S., Mohamed Yusoff, M. N., & Melor, M. Y. (2017b). Dual-language programme in Malaysian secondary schools: Glancing through the students’ readiness and unravelling the unheard voices. GEMA Online Journal of Language Studies. https://doi.org/10.17576/gema-2017-1704-09
Ashairi, S., Mohamed Yusoff, M. N., & Melor, M. Y. (2017c). Teaching Science And Mathematics In English Deriving Insights From The Dual-Language Programme (DLP) Teachers.
Ashairi, S., Mohamed Yusoff, M. N., & Melor, M. Y. (2018). Sustaining the Implementation of Dual-Language Programmes ( DLP ) in Malaysian Secondary Schools, 7(1), 91–97.
Clare Wittielawie, M. K., Jamalullail, A. W., & Azlin Norhaini, M. (2018). Tinjauan Amalan Kepimpinan Instruksional Pengetua dan Guru Besar (PBG) Sekolah Dual Language Programme (DLP) di Daerah Simunjan, Sarawak. ICOFEA, 1–9. https://doi.org/10.2307/3497327
Cole, S. J., Hudnall, A. K., Ed, D., Member, C., Dugger, N., Ed, D., & Educational, D. (2015). Student Achievement For Enlish Language Learners And Non-English Language: Dual Language, Traditional Bilingual And All English Programs, (February).
Fatema Mohammed, A., & Mckenny, J. (2017). A Study Of The Application Of Bilingual Education In A Kindergarten Based In Abu Dhabi, (December).
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. Education, 27(1), 1–268. https://doi.org/10.1016/j.tate.2010.08.007
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Garis Panduan Pelaksanaan Dua Language Programme (Dlp), 1 § (2015).
Lachance, J. R. (2017). A Case Study of Dual Language Program Administrators: The Teachers We Need. International Journal of Educational Leadership Preparation, 12(1). Retrieved from http://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ1145450.pdf
Melor, M. Y., & Saiful Islam, A. S. (2017). The Use of English in Teaching Mathematics and Science: The PPSMI Policy vis-à-vis The DLP. Advances in Language and Literary Studies, 8(1), 133. https://doi.org/10.7575/aiac.alls.v.8n.1p.133
Mohamad, F. G., & Jamalullail, A. W. (2019). Konsep Kepimpinan Lestari Dalam Kesediaan Pengetua Guru Besar (PGB) Melaksanakan Dual Language Programme (DLP) Di Sekolah. Prosiding SPK, 6–14.
Mohd Ikhwan, B., & Mohd Izham, M. H. (2016). Cabaran Dalam Perancangan Dan Pelaksanaan Dual Language Program (DLP) Di Malaysia. Jurnal Pendidikan, 182–192.
Nadiah, H. B., & Melor, M. Y. (2018). Teachers’ Perception on the Implementation of Dual Language Programme (DLP) in Urban Schools. Asian Social Science. https://doi.org/10.5539/ass.v15n1p24
Natalie, A. T., Sam, B., Mark, E., Armando, M.-C., & Jacqueline, C. (2015). The Effects Of Spanish English Dual Language Immersion On Student Achievement In Science And Mathematics. EJournal of Education Policy, 67(6), 1–21.
Nooryusma Laily, T., & Mohamed Yusoff, M. N. (2018). Tahap Kesediaan Guru Terhadap Penyediaan Dual Language Programme (DLP). National E-Learning Conference, 1–10.
Nor Hasikin, H. (2019). Pencapaian Dalam Pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik. Prosiding PASAK 4, 92–101.
Norhisham, S., Norazilawati, A., & Noraini, M. N. (2018). Kesediaan Guru Sains Sekolah Rendah Terhadap Pelaksanaan Dual Languange Programme (DLP). Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 8(1), 34–45.
Nurfaradilla, M. N., Sarah, M. Y., & Sharifah Intan Sharina, S. A. (2018). Exploring Dual Language Program ( DLP ) Science Teachers ’ Perceptions and Experiences of Curriculum Change. International Journal of Academic Research in Progressive Education & Development, 7(4), 303–318. https://doi.org/10.6007/IJARPED/v7-i4/4979
Ramasamy, R., & Marzita, P. (2018). Bar Model Method for Higher Order Thinking Skills Questions in Mathematics for Dual Language Program Pupils Bar Model Method for Higher Order Thinking Skills Questions in Mathematics for Dual Language Program Pupils. International Journal Of Academic Research In Business & Social Sciences, 8(9), 1456–1462. https://doi.org/10.6007/IJARBSS/v8-i9/4855
Steele, J. L., Slater, R. O., Zamarro, G., Miller, T., Li, J., Burkhauser, S., & Bacon, M. (2017). Effects of Dual-Language Immersion Programs on Student Achievement. American Educational Research Journal, 54(1_suppl), 282S-306S. https://doi.org/10.3102/0002831216634463
Teo, W. L., & Roslinda, R. (2017). Rural School Student’s Perception About Learning Mathematics In English. Research Journal Of Applied Sciences, 148–156.
Xiaoqiu, X., Amado, M. P., & Duarte, M. S. (2015). Learner performance in mandarin immersion and high school world language programs: A comparison. Foreign Language Annals, 48(1), 26–38. https://doi.org/10.1111/flan.12123
Yamamoto, B. A., Saito, T., Shibuya, M., Ishikura, Y., Gyenes, A., Kim, V., … Kitano, C. (2016). Implementation And Impact Of The Dual Language IB DP Programme In Japanese Secondary Schools. Retrieved from http://www.ibo.org/contentassets/d1c0accb5b804676ae9e782b78c8bc1c/research-dp-in-japan-full-eng.pdf
Yamin, M. (2017). Metode Pembelajaran Bahasa Inggris Di Tingkat Dasar. Jurnal Persona Dasar, 1(5), 82–97.