KEBERKESANAN APLIKASI COGGLE DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN SEJARAH TINGKATAN ENAM BAGI TOPIK “PERLUASAN KUASA BARAT DI CHINA” DI SMK SELIRIK, KAPIT
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan Coggle bagi meningkatkan pencapaian pelajar Tingkatan Enam yang mengambil mata pelajaran elektif Sejarah Penggal 1 mengenai topik “Perluasan Kuasa Barat di China”. Hal ini disebabkan dalam pembelajaran Sejarah, terdapat beberapa masalah dalam pembelajaran Sejarah seperti lemah dalam penguasaan fakta, kekurangan minat, lemah dalam teknik menjawab soalan dan sebagainya. Untuk mengatasi masalah ini, pengkaji telah memilih perisian Coggle sebagai salah satu bahan bantu mengajar yang mampu meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Antara objektif kajian yang ditetapkan adalah mengenal pasti masalah tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah serta mengenalpasti keberkesanan Coggle dalam PdPc Sejarah Tingkatan Enam. Pengkaji juga menggunakan reka bentuk kuasi eksperimental dalam mengutip data dan membuat analisis data kuantitatif untuk mengenalpasti perubahan pencapaian pelajar selepas intervensi. Sebanyak 30 orang pelajar dari SMK Selirik, Kapit telah dipilih sebagai sampel. Pengkaji telah mengedarkan ujian pra dan pasca kepada kumpulan responden untuk mengenalpasti sama ada terdapat peningkatan prestasi ataupun tidak. Analisis data dijalankan dengan menggunakan perisian SPSS versi 17 dengan menggunakan ujian Paired sampel T-Test. Dapatan kajian menunjukkan peratus kelulusan bagi kumpulan kawalan dalam ujian pasca telah menunjukkan peningkatan sebanyak 53.33% manakala kumpulan rawatan menunjukkan perarus kelulusan sebanyak 87%. Analisis Ujian T menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan min skor pelajar dalam ujian pra dan pasca bagi kumpulan rawatan dengan nilai t= 10.502, p= 0.00 (p< 0.05). Secara tuntasnya, dapat dirumuskan bahawa kaedah Coggle dapat meningkatkan pencapaian pelajar serta motivasi pembelajaran pelajar.
References
Anuar bin Ahmad & Ling, P. H. H. (2015). Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia: Satu Kajian Tentang Pengetahuan Nilai Patriotisme Pelajar Berdasarkan Pebelajaran Isi Kandungan Sejarah (Tesis Master). Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia.
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, & Abdul Rahim Hamdan. (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Boadu G. 2016. Teachers’ Perception of the Problem Faces in Tje Teaching of History in Senior High Schools. Journal of Arts & Humanities, 5(7), 38-48.
Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan Buku 1. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Chua. 2007. Pembangunan Patriotisme dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Dua: Perbandingan antara Empat Jenis Sekolah (Tesis Master). Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia.
Gray, L. R., Mills, G. E., & Airasian, P. (2009). Educational Research: Competencies for Analysis and Applications. United States: Pearson Education, Inc.
Joko Sayono. (2013). Pembelajaran Sejarah di Sekolah: Dari Pragmatis ke Idealis. Sejarah dan Budaya, 7(1): 9-17.
Kamarul Afendey bin Hamimi & Ishak bin Saat. (2013). Kemahira Pelestarian Pemikiran dalam Pendidikan Sejarah. Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi, 226-249.
Liu, C & Long, F. (2014). The Discussion of Traditional Teaching And Multimedia Teaching Approach in College English Teaching. International Conference on Management, Education and Social Sciences, 31-33. Atlantis Press.
Low, G. S, et al. (2013). Perbandingan Kesan Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Komputer (PPBK) dan Kaedah Tradisional di Kalangan Pelajar Bermasalah Pendengaran. Proceeding Seminar Kebangsaan Teknologi Hijau & Program Eko-Lestari, 1-12.
Mohd Aris Othman. (2007). Keberkesanan Kaedah Pengajaran Berbantukan Komputer di Kalangan Pelajar Pencapaian Akademik Rendah bagi Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 4 di Negeri Sembilan (Tesis Ijazah Doktor Falsafah). Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia.
Mohd Khir bin Kassim. (2017). Meningkatkan Penguasaan Pelajar dalam Penulisan Esei Melalui Teknik Formula. Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2017, 1: 79-95.
Mohd Majid Konting. (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Sheffie Abu Bakar. (1991). Metodologi Penyelidikan (edisi kedua.). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad Asri Madmor et al. (2016). Modul Peta Minda Buzan dan Pencapaian Pelajar Pendidikan ASAS Vokasional di Malaysia: Satu Kajian Keberkesanan. Journal of Society and Space. 12(3), 139-144.
Nair. S. M & Narayanasamy. M. (2017). The Effects of Utilising the Concept Maps in Teaching History. International Journal of Instrustion. 10(3), 109-126.
Noradinah Jaidi. et al. (2014). Kesan Penggunaan Perisian iMindMap dalam Penulisan Karangan Jenis Rencana. Procedia - Social and Behavioral Sciences. 134, 389-398.
Othman Lebar. 2017. Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan kepada Teori dan Metode (2nd ed). Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Siti Fatimah Ahmad, & Ab Halim Tamuri. (2010). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mangajar Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pendidikan J-QAF. Journal of Islamic and Arabic Education. 2(2), 53-64.
Sulaiman Masri. (2005). Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan: Esei, Proposal, Tesis. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
T. Tungprapa. (2015). Effect of Using Electronic Mind Map in the edecational Research Methodology Course for Master-Degree Students in the Faculty of Education. International Journal of Information and Education Technology. 5(11), 803- 807.
Tularam, G. T & Machiesella, P. (2018). Traditional VS Non-Traditional Teaching And Learning Strategy – The Case of E-Learning. International Journal For Mathematics Teaching And Learning. 19(1), 129-158.
Wahidah bt Hj Abu Bakar. (2011). Keberkesanan Konsep Peta Minda dalam Pembelajaran , Berasaskan Masalah (Tesis Sarjana). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Malaysia.
Wong & Amir Hamzah Sharaai. 2012. Penggunaan Peta Minda untuk Meningkatkan Daya Mengingat dan Minat Mengulang Kaji bagi Pelajar Tahun 4 dalam Topik Pembiakan Tumbuhan dalam Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012. hlm 22-31.
Yahya Othman & Azmey Hj Othman. 2012. Keberkesanan Penggunaan Peta Minda dalam Pengajaran dan Pembelajaran Karangan Argumentatif di Sebuah Sekolah menengah Arab di Negara Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 2(2), 32-45.