Analisis Kesalahan Pengkategorian Golongan Kata dalam Kalangan Murid di Sebuah SJK(Tamil) di Daerah Kota Tinggi

  • Nur ‘Iffah Mahfuzah Mushiwan
  • Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad

Abstract

Golongan kata merupakan aspek yang dipelajari oleh murid sejak tahun satu lagi. Namun begitu, masih lagi wujud murid yang tidak tahu mengkategorikan golongan kata dengan betul meskipun telah berada di tahun akhir persekolahan peringkat rendah. Golongan kata memainkan peranan penting dalam bahasa Melayu disebabkan oleh peranannya sebagai akar kepada bahasa Melayu itu sendiri. Lantaran itu, kajian ini dilaksanakan untuk menganalisis kesalahan pengkategorian golongan kata serta meneroka faktor-faktor berlakunya kesalahan tersebut dalam kalangan murid-murid tahun enam di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil). Hal ini kerana, murid-murid yang bersekolah di sekolah Tamil ini majoritinya terdiri daripada murid bukan penutur natif sekaligus menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mahupun ketiga untuk mereka. Kajian berbentuk kualitatif ini telah dilaksanakan terhadap dua orang peserta kajian. Analisis secara deskriptif telah diguna pakai pada hasil jawapan peserta kajian dan dianalisis berdasarkan Teori Analisis Kesalahan Corder. Hasil dapatan daripada instrumen temu bual pula telah dianalisis untuk mendapatkan tema-tema yang saling berkait dengan objektif kajian yang kedua. Hasil kajian mendapati bahawa kesalahan tertinggi dalam aspek pengkategorian golongan kata ialah kata tugas dengan jumlah kesalahan sebanyak 11 kesalahan bagi kedua-dua peserta kajian. Di samping itu, dapatan kajian juga mendapati bahawa kesalahan dalam mengkategorikan golongan kata ini berlaku disebabkan oleh pengetahuan murid, pengaruh bahasa pertama, minat murid, masalah peribadi serta pengajaran guru itu sendiri. Dalam konteks ini, pengetahuan murid dilihat sebagai faktor terbesar berlakunya kesalahan pengkategorian golongan kata dalam kalangan peserta kajian apabila dinyatakan sebanyak 16 kali oleh peserta kajian secara keseluruhannya. Kesimpulannya, penguasaan dari aspek pengkategorian golongan kata sangat penting dalam kalangan murid demi memastikan bahasa Melayu mereka berada pada tahap yang baik meskipun mereka bukanlah penutur natif bahasa Melayu.

References

Annuar Khisham Isa, Zaitul Azma Zainon Hamzah & Sharil Nizam Sha’ri. (2021). Tahap
Penguasaan Kata Kerja dalam Kalangan Pelajar di Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(1), 90-104.
Chew Fong Peng & Mohamad Adham Kamarulzaman. (2022). Kefahaman dan Kesediaan Guru dalam Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan. Journal of Social Sciences and Humanities, 19(2), 116-141. Diakses dari https://www.proquest.com/openview/97196550c39e8deaa42c1c98e7f63a96/1?pq-
origsite=gscholar&cbl=616374
Corder, S.P. (1973). Introducing Applied Linguistics. Lincoln: Penguin Book Ltd.
Corder, S. P. (1967). The Significance of Learners’ Errors. Reprinted in J.C. Richards (ed.) Error Analysis: Perspectives on Second Language Acquisition London: Longman, 19-27. (Originally in International Reveiew of Applied Linguistics, 5(4).
Ezzah’Afifah Nasrudin & Rohaida Kamaruddin. (2020). Ekstralinguistik dalam Personaliti
Mempengaruhi Pembelajaran Bahasa Melayu di Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(2), 158-169. Diakses dari
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/9760
Ibrahim Majdi Mohamad Kamil. 2020. Cabaran Memperkasakan Bahasa Melayu dalam
usaha Mencapai Negara Bangsa di Malaysia. Asian People Journal, 3(2), 181-191.
Diakses dari https://doi.org/10.37231/apj.2020.3.2.152.
Khadijah Muda. (2022). Bahasa Melayu Sebagai Unsur Tradisi dalam Perlembagaan
Persekutuan: Satu Tinjauan Menurut Perspektif Pakar. Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika dan Turath Islami (i-STET).
Ngiik Ting Lee & Faridah Mydin Kutty. (2022). Meningkatkan Kemahiran Membaca dan
Motivasi Murid Bukan Penutur Natif dalam Bahasa Melayu Melalui Kaedah Ekspres-I. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(5), 1-21. Diakses dari
https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i5.1520
Nurul Ain Alizudin & Nik Nur Athirah Nik Mohd Arif. (2021). Analisis Kesalahan Bahasa
Dalam Penulisan Bahasa Melayu Pelajar Antarabangsa. International Social Science and Humanities Journal, 4(1), 12-23.
Parameswari, K., Hinduja, J. R., Said, D. & Rohini, K. (2020). Dasar British dan Jepun Terhadap Sekolah Melayu dan Tamil Sebelum Tahun 1957. Jurnal Kinabalu, 26(2), 253-276. Diakses dari https://doi.org/10.51200/ejk.vi.2778.
Plycia Exshonna Mat & Nor Azwahanum Nor Shaid. (2023). Kesalahan Bahasa Dalam
Penulisan Karangan Murid Etnik Minoriti. Jurnal Dunia Pendidikan, 5(1), 88-97.
Puveneswari, G. & Wan Ruzanna Wan Mohammad. (2021). Motivasi Murid India Terhadap
Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1),
203-212.
Siti Rahayu Muhammad & Sharil Nizam Shari. (2020). Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu
Dari Aspek Morfologi dalam Penulisan Karangan Murid Sekolah Rendah, International Social Science and Humanities Journal, 4(1).
Sivaneswary, S. (2019). Penguasaan Golongan Kata dalam Kalangan Murid SJKT. Jurnal
Antarabangsa Persuratan Melayu (RUMPUN), 7(1), 1-24.
Published
2024-11-01
How to Cite
MUSHIWAN, Nur ‘Iffah Mahfuzah; WAN MOHAMMAD, Wan Muna Ruzanna. Analisis Kesalahan Pengkategorian Golongan Kata dalam Kalangan Murid di Sebuah SJK(Tamil) di Daerah Kota Tinggi. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 6, n. 3, p. 126-135, nov. 2024. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/28034>. Date accessed: 14 may 2025.
Section
Articles