Keberkesanan Pembelajaran Koperatif dalam Kalangan Siswa Guru di IPG Kampus Perlis

  • Nor Fazilah Noor Din Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
  • Mohammad Nizam Hamid
  • Mohd Fadzil Mohd Salleh

Abstract

Anjakan paradigma dan pengubahsuaian pada aktiviti pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk membina dan meningkatkan pencapaian pelajar dengan memberi penekanan kepada proses kognitif dalam isi pelajaran dan pengetahuan. Pembelajaran koperatif merupakan satu strategi pengajaran yang dilihat mampu memenuhi hasrat tersebut. Kajian ini dijalankan untuk meninjau  dan mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara koperatif di dalam bilik darjah ke atas domain kognitif, afektif dan psikomotor dalam kalangan siswa guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. Pemilihan responden kajian terdiri daripada 102 pelajar Tahun 1, Semester 2, major Bahasa Melayu yang dijalankan secara persampelan rawak mudah. Kajian yang menggunakan kaedah kuantitatif ini menggunakan instrumen kajian yang diadaptasi dan diubah suai daripada soal selidik yang ditadbir  oleh Norul Haida  (2012). Seterusnya, data ini dikumpul dan diproses menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Sciences)  versi 20. Hasil dapatan menunjukkan min tertinggi bagi domain kognitif ialah sebanyak 3.7549 dengan sisihan piawai sebanyak 0.45460 dicatat oleh penyataan bahawa perkongsian maklumat semasa aktiviti berkumpulan meningkatkan pencapahan idea siswa guru. Manakala bagi aspek afektif, pembelajaran koperatif membantu siswa guru belajar untuk saling menghormati dan penerimaan pendapat rakan-rakan dengan min tertinggi 3.6961 dan sisisahan piawai sebanyak 0.46222. Selain itu, pembelajaran koperatif turut melatih siswa guru untuk bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain, penyataan ini mencatat min tertinggi sebanyak 3.6961 dan sisihan piawai 0.46222. Pada keseluruhannya, kajian ini diharap membantu pensyarah bagi mendapatkan persepsi dan keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara koperatif di dalam bilik darjah ke atas domain kognitif, afektif dan psikomotor dalam kalangan siswa guru Bahasa Melayu. Cadangan lanjutan turut dikemukakan, antaranya adalah pemilihan responden kajian tidak dihadkan kepada pelajar IPG Kampus Perlis sahaja, malah boleh diperluas kepada siswa guru dari kampus yang lain. Pada masa yang sama, bagi mendalamkan lagi prospek kajian pembelajaran koperatif,  kajian selanjutnya boleh dijalankan dengan meneliti perbezaan keberkesanan pembelajaran koperatif dalam kalangan responden berbeza opsyen mata pelajaran.


 

References

Rujukan
Azieyana Aziz & Christina Andin. (2018). Penggunaan Strategi Pembelajaran Koperatif untuk Meningkatkan Tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43 (1), 1-9.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli & Intan Safinaz Bahuri. (2011). Tinjauan amalan pembelajaran koperatif dalam kalangan pelajar tingkatan dua di Maktab Rendah Sains Mara. Jurnal Teknologi, 54 (1), 77-105

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon & Abdul Rahman Hamdan. (2007). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional.

Bhavani, S & Zamri Mahamod. (2017). The Effectiveness of Cooperative Learning Towards Achievement and Students Motivation Secondary School in Malay Language Learning. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7 (1), 2017.

Brown, D. 2007. Principles of Language Learning and Teaching. 5th Edition. New York: Pearson Longman.

Campbell, J., D. Smith, G. Boulton-Lewis, J. Brownlee, P. C. Burnett, S. Carrington, & N. Purdie. 2001. Students’ Perceptions of Teaching and Learning: The Influence of Students’ Approaches to Learning and Teachers’ Approaches to Teaching. Teachers and Teaching. 7(2): 173-187.

Hamid Marashi, & Khatami, H. (2017). Using cooperative learning to boost creativity and motivation in language learning. Journal of Language and Translation, 7(1), 43- 58.

Marzano, R. J., D. J. Pickering, & J. E. Pollock. 2001. Classroom Instruction That Works. Research Based Strategies for Increasing Student Achievement. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development.

Norasyikin Mohd Zaid, dan Nurul hidayah Ariff. (2008). Pengaplikasian pendekatan pembelajaran aktif dalam kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Ijazah Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia.

Norul Haida Reduzan. (2012). Cooperative learning in malay language class: Cooperative
method in malay language class. Pendeta: Jurnal Bahasa, Pendidikan dan Sastera Melayu.

Hartman, H. 1997. Human learning and instruction. New York: City College of the City University of New York.

Johnson, D., & R. Johnson. 1985. Motivational Processes in Cooperative, Competitive and Individualistic Learning Dituations. In C. Ames & R. Ames (Eds.), Research on Motivation in Education. Vol. 2; The Classroom Milieu New York: Academic Press. 249-286.

Juriah Long. (2010). Kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (2004). Pedagogi asas pendidikan. Kuala Lumpur: Affluent Master Sdn. Bhd.

Kavitha, G. (2006). The UTM Student’s perspective on cooperative learning. Ijazah Sarjana Pendidikan (Kimia): Universiti Teknologi Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Kemahiran berfikir aras tinggi aplikasi di sekolah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Isnon, H., & Badusah, J. (2017). Kompetensi Guru Bahasa Melayu dalam menerapakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran dan Pembelajaran(Malay Language Teacher Competency to Implementation Higher Order Thinking Skill in Teaching and Learning). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1), 56–65.

Odynak, E. (1985). Review of Cooperative Learning Research and Methods. A Discussion
Paper Prepared for the Ad-Hoc Committee of Multicultural and Education, Secretary of State, Edmonton, Canada.

Ong, E.T. & Tan, S. K. (2010). Keberkesanan kaedah “numbered heads together” Terhadap pencapaian biologi dalam kalangan pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jurnal Teknologi, 53(1), 35-46.

Leonard, S. K. (2007). Using Cooperative Learning to Enhance Performance in General Chemistry. Jurnal of Chemical Education, Vol.74.

Ng, C. W. & Muhammad Syawal Amran. (2021). Pembelajaran Menggunakan Kaedah Koperatif ‘Stay dan Stray’ Terhadap Kreativiti dan Motivasi Penulisan Bahasa. Jurnal Sains Insani, 6(2), 28-38.


Rian Vebrianto & Kamisah Osman. (2012). Keberkesanan penggunaan pelbagai media pengajaran dalam meningkatkan kemahiran proses sains dalam kalangan pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 37 (2),1-11.

Riduwan. (2012). Skala Pengukuran Variable-variable: Penelitian. Alfabeta: Bandung

Rowen Tingang Musa, Nor Suriya Abd Karim, Nur Hamiza Adenan, Rawdah Adawiyah Tarmizi, Noor Wahida Md. Junus, Vicky Ezekiel Anak Kelong. (2021). Tahap kesesiaan guru pelatih Matematik UPSI dalam melaksanakan PAK21. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 14(1), 82-91.

Siti Rahaya Ariffin. 1998. Pengajaran dan Pembelajaran Koperatif Sains: Satu Pendekatan
Berkesan bagi Sekolah Bestari. Prosiding Seminar Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Negara. 167-180.

Slavin, R. E, (2005). Cooperative Learning: Student Teams. What Research Says To The Teacher. Washington.

Tee, T. K., Norfazira Fadzil, Jailani Md. Yunos, Yee, M. H., Mimi Mohaffyza Mohamad & Widad Othman. (2019). Pembangunan Modul Strategi Pembelajaran Koperatif bagi Bakal Pensyarah Kolej Vokasional. Online Journal for TVET Practitioners, 4(2), 11-29.

Wan Mohd Zahid Wan Nordin (16.2.2000). “Penekanan Kepada Perkembangan Potensi Individu Secara Menyeluruh Dan Bersepadu.” Berita Harian: m.s.7
Published
2024-07-31
How to Cite
NOOR DIN, Nor Fazilah; HAMID, Mohammad Nizam; MOHD SALLEH, Mohd Fadzil. Keberkesanan Pembelajaran Koperatif dalam Kalangan Siswa Guru di IPG Kampus Perlis. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 6, n. 2, p. 72-86, july 2024. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/27105>. Date accessed: 14 sep. 2024.
Section
Articles