Kesediaan Guru Prasekolah Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berterusan

  • Mullaimalar Murgaiyah universiti kebangsaan malaysia
  • Kamariah Abu Bakar Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Oleh itu, kemahiran guru prasekolah dalam melaksanakan pentaksiran amat membantu dalam mengenal pasti tahap kecerdasan dan perkembangan murid. Dengan itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap kesediaan guru prasekolah dalam pelaksanaan Pentaksiran Berterusan. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik. Pembentukan soal selidik kajian diadaptasi daripada kajian lepas. Seterusnya, pemilihan responden seramai 74 orang guru prasekolah dipilih berdasarkan persampelan rawak mudah di daerah Sepang.  Dapatan dua domain kajian dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis statistik deskriptif bagi melihat skor min dan sisihan piawai manakala peratusan dan min digunakan bagi melihat hasil dapatan profil responden serta bagi menjawab persoalan kajian. Hasil dapatan menunjukkan tahap kesediaan guru prasekolah untuk pelaksanaan Pentaksiran Berterusan (min = 2.69 dan SP = 0.660) di mana masih berada pada tahap rendah. Kajian yang akan datang boleh berfokus kepada penyelidikan tempoh jangka panjang bagi mendapatkan hasil kajian yang lebih autentik. Guru merupakan agen utama dalam proses kemenjadian murid. Justeru, golongan guru sentiasa bersedia untuk semua perubahan dalam bidang pendidikan serta mengambil inisiatif untuk pembangunan profesionalisme masing-masing.


 

References

Abd Aziz, Z., & Mohamed, S. (2021). Persepsi Guru Prasekolah Terhadap Kualiti Pengajaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 572-580. Retrieved from https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/12951 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).
Aniza Ahmad & Zamri Mahamod. (2015). Tahap Kemahiran Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Dalam Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Berdasarkan Jantina, Opsyen dan Tempat Mengajar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu-JPBM 5(1):18-29
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2016). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan: Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bahagian PERMATA. (2013). Kurikulum PERMATA Negara: Asuhan dan didikan awal kanak-kanak 0-4 tahun (Cetakan Ketiga). Cyberjaya, Selangor: Jabatan Perdana Menteri.
Creswell, J. W. (2014). A concise introduction to mixed methods research. SAGE publications. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. (2014). Kementerian Pendidikan Malaysia Fatimah Az Zahra, A. H. (2018). Distribution and contamination assessment of selected heavy metals and rare earth elements in soil of Penang Island, Malaysia/Fatimah Az Zahra’Abdul Hamid (Doctoral dissertation, University of Malaya).
Gengatharan, K., & Rahmat, A. (2019). Keperluan modul pentaksiran pendidikan kesihatan untuk guru tahap satu dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah: The needs of health education assessment module for Level 1 teachers in the classroom assessment implementation. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 8(2), 19-27.
Jamil, H., & Said, R. R. (2019). PELAKSANAAN PENSKORAN PENTAKSIRAN LISAN BAHASA MELAYU DALAM PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (The Implementation of the Scoring for Malay Language Oral Assessment). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(2), 25-36.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. 1970. Determining Sample Sizes for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 607-610
Mardziah bt Abdullah, Mariani bt Md Nor & Fonny Dameaty Hutagalung (2019). Tadbir urus pentaksiran murid dalam kalangan guru prasekolah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran, Asia Pasifik ,7(3).
Marnizam, F. I., & Ali, S. R. (2021). Evaluation of The Implementation of Classroom Assessment (PBD) Among Primary School Mathematics Teachers: Penilaian Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam Kalangan Guru Matematik Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 11(2), 81-94.
Marzidi, M. K. M., & Halim, H. (2023). Hubungan Amalan Kreativiti dan Komitmen Guru Pendidikan Seni Visual. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 4(2), 134- 149.
Masran, M. N., Nor, M. M., & Mashitah, M. R. (2017). Assessment of holistic child development based on performance assessment using many facet rasch model. Advanced Science Letters, 23(3), 2127-2131.
Mastikawati, M., Baharun, H., Wahid, A. H., Solehatin, S., & Adawiyah, R. (2022). Strengthening Early Childhood Learning Outcomes through Authentic Assessment of Students. Jurnal Obsesi: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 6(5), 4547-4556.
Mohd Haidzir Yusof@Jusoh & Norasmah Othman (2019). Isu dan Permasalahan Pentaksiran Alternatif
Nordin, N., & Abdurahman, M.S. ISU DAN CABARAN DALAM PENTAKSIRAN KANAK-KANAK DI TASKA.
Noor Hashimah, H. (2013, July). GAYA KEPIMPINAN PENGETUA DALAM MENJAYAKAN PENYEDIAAN PENDIDIKAN ABAD KE-21. In Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-20 2013. Institut Aminuddin Baki.
Nor Mashitah Mohd Radzi, Mariani Md. Nor, Abdul Halim Masnan & Md.Nasir Masran. (2017). Evaluation of an Early Science and Mathematics Standard Instrument Task Development, Scoring Set, and Psychometric Issues. Advanced Science Letter, 23(3): 2097-2100
Omar, S. S. H. W. (2019). Pengetahuan, Kemahiran, Sikap Dan Masalah Guru Dalam Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu Di Sekolah Rendah (Knowledge, Skills, Attitude and Problem Of Teacher's In Implementing Classroom Assessment Malay Language In Primary Schools). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(3), 56-67.
Paige-Smith, A & Craft, A. (2011). Developing Reflective Practice in the Early Years (2nd ed.) Berkshire: McGraw Hill, Open University Press.
Widat, F., Saleha, L., Zainiyah, A., & Aisyah, S. N. (2022). The "Aku Bisa" Program; Efforts to Train Early Childhood Independence. Jurnal Obsesi: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 6(4), 3218-3231. https://doi.org/10.31004/obsesi.v6i4.2067
Yusof, M. H., & Othman, N. (2019). Isu dan Permasalahan Pentaksiran Alternatif dalam Sistem Penilaian di Malaysia. E-prosiding Persidangan Antrabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, 24-25.
Published
2024-07-31
How to Cite
MURGAIYAH, Mullaimalar; ABU BAKAR, Kamariah. Kesediaan Guru Prasekolah Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berterusan. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 6, n. 2, p. 87-99, july 2024. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/26677>. Date accessed: 14 sep. 2024.
Section
Articles