Kompetensi Guru Bukan Opsyen Sejarah dalam Pengajaran Subjek Sejarah
Abstract
Kekurangan guru dalam bidang tertentu menyebabkan wujudnya guru bukan opsyen yang mengajar subjek di luar bidang pengkhususan mereka. Guru bukan opsyen menghadapi pelbagai cabaran dan sering dipersalahkan apabila pencapaian murid dalam subjek yang diajar kurang memberangsangkan. Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti kompetensi guru bukan opsyen Sejarah dari aspek pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran subjek Sejarah. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan menggunakan kaedah tinjauan untuk mendapat maklumat tentang objektif kajian. Seramai 103 orang guru bukan opsyen Sejarah telah dipilih secara rawak mudah sebagai responden dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif untuk mendapat frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Data juga dianalisis secara inferensi bagi mengenal pasti hubungan antara pengetahuan dengan kemahiran guru bukan opsyen Sejarah dalam pengajaran subjek Sejarah. Hasil kajian menunjukkan bahawa kompetensi guru bukan opsyen Sejarah dari aspek pengetahuan dalam pengajaran subjek Sejarah berada pada tahap sederhana tinggi manakala kompetensi guru bukan opsyen Sejarah dari aspek kemahiran dalam pengajaran berada pada tahap tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dengan kemahiran guru bukan opsyen Sejarah dalam pengajaran subjek Sejarah. Hasil kajian ini diharap dapat dijadikan sebagai panduan kepada pelbagai pihak yang berkaitan dalam usaha meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran guru bukan opsyen Sejarah supaya mencapai tahap yang boleh setanding dengan guru opsyen Sejarah.
References
Amalina, A. H., & Zanaton, I. (2018). Pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru terhadap pembelajaran berasaskan masalah (PBM) dalam mata pelajaran Sains. Seminar Antarabangsa Isu Pendidikan (ISPEN 2018), 72-82. Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Anna, E. D. P., Annemaree, C., & Robyn, M. G. (2014). The meaning of out-of-field teaching for educational leadership. International Journal of Leadership in Education, 3(2), 81-95.
Anuar, A., & Nelson, J. (2015). Pengaruh kompetensi kemahiran guru dalam pengajaran terhadap pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Jurnal Kurikulum dan Pendidikan Asia Pasifik, 3(2), 35-42.
Aziah, I., Yen, L. H., & Kanesan, A. G. (2015). Komuniti pembelajaran profesional dan efikasi kendiri guru sekolah menengah di Pulau Pinang. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(1), 1–12.
Banu, R., & Muazam, M. (2018). Kompetensi guru luar bidang terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dalam bilik darjah. Proceedings of International Conference on the Future of Education IconFEd, 4(2), 33-38.
Danijela, M. (2018). The teacher's role and professional development. International Journal of Cognitive Research in Science Engineering and Education, 6(2), 33-45.
Dicken, K., & Arifin, T. M. (2017). Cabaran pengajaran subjek Pendidikan Jasmani di sekolah menengah di Malaysia. Journal of Nusantara Studies, 2 (2), 53-65.
Ezzati, R., & Zamri, M. (2023). Tahap kemahiran pedagogi, motivasi dan sikap guru-guru bukan opsyen bahasa Melayu di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 13(1), 11-24.
Hafizati, H. I., Suziyani, M. (2021). Kompetensi guru-guru bukan opsyen dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 377-385.
Hajimia, H., Singh, M. K. S., & Chethiyar, S. D. M., & Vedamanikam, M. (2020). Second language acquisition: Krashen’s monitor model and the natural approach. International Journal of Social Sciences, 6(3), 87-99.
Hasnah, I., & Jamaludin, B. (2016). Kompetensi guru bahasa Melayu dalam menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (JPBM), 7(1): 56-65.
Hidayah, N., & Norasmah, O. (2021). Sikap keusahawanan dan pencapaian prestasi subjek perniagaan murid sekolah menengah. Jurnal Dunia Pendidikan 3(4), 252- 264.
Janimah, S. (2011). Persepsi guru Sejarah terhadap kesan latihan ikhtisas dari aspek kemahiran pengajaran, penggunaan bahan bantu mengajar dan pengetahuan. Tesis Sarjana. Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jones, M., & Harris, A. (2010). Professional learning communities and system improvement. Sage Journals, 13(2), 172-181.
Kaviza, M. (2019). Hubungan penerapan elemen kemahiran Pemikiran Sejarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap pencapaian mata pelajaran Sejarah dalam kalangan murid. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 7(1), 30-38.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad (PNB).
Kunter. (2013). Professional competence of teachers: Effects on instructional quality and student development. Journal of Educational Psychology, 105(3), 805-820.
Lezah, L., & Talin, R. (2018). Kaedah pengajaran Sejarah yang diminati pelajar dan justifikasinya. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 3(2), 137–145.
Lisa, Y. S. (2014). Kajian tinjauan kesediaan guru-guru Sejarah menerapkan kemahiran Pemikiran Sejarah dalam kalangan murid-murid. Jurnal Penyelidikan Kent, 13(2), 45-52.
Maarof, N. H., Apfandi, N., Joli, N. S., & Yusof, R. (2020). Itrack dalam PdP Sejarah: Tinjauan terhadap motivasi pelajar. International Journal of Education and Pedagogy, 2(1), 83-97.
Magdeline, N., & Zamri, M. (2014). Penterjemahan pengetahuan pedagogi kandungan dalam proses tindakan guru bahasa Iban baharu dan berpengalaman bukan opsyen. Jurnal Pendidikan Malaysia, 39(1), 37–49.
Magdeline, A. N., & Zamri, M. (2016). Pengetahuan pedagogi kandungan guru bahasa Iban. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Maria, C. A., Samsilah R., & Tajularipin, S. (2014). Strategi pengajaran pembelajaran di institusi pengajian tinggi: Satu anjakan paradigma. Malaysian Education Dean Council Journal, 8(3), 101-115.
Mohamad, F. C. A. & Abdul, J. A. H. (2013). Menilai keberkesanan pelaksanaan program diploma perguruan lepas Ijazah Pendidikan Sejarah sekolah rendah di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi, 214-225.
Nurlina, N., & Aditya, H. P. K. P. (2022). The symmetrical and asymmetrical relationship of Technology Acceptance Model (TAM) on consumer emotional value, and service innovation in supporting consumer purchase decisions. International Journal Of Artificial Intelegence Research, 6 (1), 68-75.
Osman, M. (2016). Persepsi pelajar terhadap amalan pengajaran guru opsyen dan bukan opsyen Sejarah serta hubungannya dengan sikap pelajar. Tesis Sarjana. Bangi : Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Richards, J. C. (2011). Exploring teacher competence in language teaching. Language Teacher, 35(4), 84-96.
Samsudin, M., & Shaharuddin, S. (2012). Pendidikan dan pengajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah di Malaysia (The learning and teaching of History in Malaysian schools). Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 39(2), 36-39.
Shamshinar, Z., Abdul, R. Z., Ahmad, Z., Rushdan, A., Hasmadi, H., & Redzauddin, G. (2017). Kompetensi guru bahasa Arab dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia. Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan, 1(2), 234-254.
Siti, S. A.M., Rasidayanty, S., Zainordin, R., & Jamil, A. B. (2016). Pengajaran guru opsyen dan bukan opsyen Kemahiran Hidup Bersepadu sekolah rendah di Batu Pahat. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship, 2(2), 153-162.
Suhartika, K. & Rosadah, A. M. (2020). Tahap pengetahuan dan kemahiran dan tahap latihan guru Pendidikan Khas dalam pengajaran Pendidikan Khas. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan.