Hubungan Antara Kepimpinan Instruktional Dengan Kesediaan Guru Dalam Penggunaan E- Pembelajaran Dalam Proses PDP
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan instruksional pengetua dan tahap kesediaan guru dalam e-pembelajaran. Selain itu, kajian ini juga dilaksanakan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap amalan kepimpinan instruksional pengetua dengan kesediaan guru sekolah menengah di daerah barat daya, P. Pinang. Kaedah tinjauan kajian dipilih berbentuk kuantitatif yang melibatkan sampel kajian seramai 190 orang guru dari 5 buah sekolah menengah di daerah barat daya, P. Pinang. Objektif kajian diperolehi dengan menganalisa data menggunakan perisian SPSS versi 25 dengan menjalankan analisis deskriptif dan analisis inferensi iaitu ANOVA sehala serta Korelasi Pearson. Hasil kajian ini menunjukkan amalan kepimpinan instruksional pengetua adalah tinggi (Min = 4.19; s.p.= 0.554). Tahap kesediaan guru juga adalah sangat tinggi (Min= 4.22; s.p.= 0.926). Analisis inferensi ujian ANOVA sehala menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan instruksional pengetua dengan guru di daerah barat daya, P. Pinang (p<0.05). Manakala, hasil ujian korelasi Pearson pula menunjukkan hubungan signifikan yang kuat antara tahap amalan kepimpinan instruksional pengetua dengan kesediaan guru (r = 0.522). Pemimpin sekolah dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru melalui amalan kepimpinan instruksional, seperti yang disokong oleh implikasi kajian ini. Dapatan menunjukkan bahawa guru sekolah rendah di daerah barat daya, P. Pinang memandang tinggi amalan kepimpinan instruksional guru besar. Kajian ini diharap dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang nilai tambah dan rujukan dalam bidang kepimpinan pendidikan di Malaysia, terutamanya berkaitan dengan kepimpinan instruksional secara langsung dan tidak langsung.
References
Ahmad, N. L., Sho, S. L., Ab Wahid, H., & Yusof, R. (2019). Kepentingan Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21 Terhadap Pembangunan Pelajar. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(28), 37-51.
Aripin, M. A., & Bunyamin, M. A. H. (2020). Transformasi Pendidikan dalam Krisis Pandemik Covid-19. https://malaysiagazette.com/2020/04/17/transformasi-pendidikan-dalam-krisis-pandemik-covid-19/.
Dayangku Rodzianah. (2021).Tahap Amalan Kepimpinan Instruksional Guru Besar dan hubungannya Dengan Tahap Komitmen Guru
Donnie Adams et al. (2018). Penerokaan amalan kepimpinan instruksional di Malaysia.
Elyas, A. H. (2018). Penggunaan model pembelajaran e-learning dalam meningkatkan kualitas pembelajaran. Jurnal Warta
Hallinger, P., & Murphy, J. F. (1985). Assessing the instructional management behaviour of principals. The Elementary School Journal, 86(2), 217-247.
Harris, A., Jones, M., Adams, D., & Cheah, K. (2018) Instructional leadership in Malaysia: A review of contemporary literature. School Leadership & Management, 1-20.
Hazwani Mohd Najib et al. (2017). e-pembelajaran dalam kalangan pelajar di sebuah instituisipengajian tinggi Selangor.
Harris, A., Jones, M., Adams, D., & Cheah, K. (2018) Instructional leadership in Malaysia: A review of contemporary literature. School Leadership & Management, 1-20.
Hui, L. S. & Bishen Singh, G. S. (2020). The Influence of Instructional Leadership on Learning
Organisation At High Performing Primary Schools in Malaysia. Asian Journal of University Education (AJUE). 16(2).
Jaggil Apak.et.al.(2018). Pengaruh Kesediaan Guru Terhadap Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21
Kalaimani, R., & Aida Hanim, A, H., (2020). Kepimpinan strategik dan hubungannya dengan kualiti pengajaran guru di sekolah kluster Tamil daerah Pasir Gudang. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(2), 57-64.
Krejcie, R. V. dan Morgan, D. W. 1970. Determining sample size for research activities. Educational and Psychology Measurement 30: 607-610.
Lailiyah, C. (2017). Indonesian EFL teachers self efficiency towards technology integration and their use of technology in EFL teaching.
Lim, S.H., & Jamal@Nordin Yunus. (2016). Hubungan Kepimpinan Instruksional, Budaya Organisasi dan Organisasi Pembelajaran di Sekolah Berprestasi Tinggi Malaysia. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 30(2), 1-1
Mohd Ibrahim K. A, Mohammed Sani I, & Rosemawati M. (2015). Kompetensi kepemimpinan instruksional di kalangan pengetua sekolah: Satu kajian empirikal di Negeri Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(3), 1-14.
Mohd Izham Mohd Hamzah et al. (2007).Tahap Kesediaan Guru Sains Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran.
Noor Desiro Saidin et al. (2021). Google Classrrom Sebagai Pelantar e-Pembelajaran: Tahap Pengetahuan Dan Tahap Kesediaan Guru-Guru Sekolah Menengah Luar Bandar
Nur Hawa Hanis et al. (2018). Kesediaan guru melakasanakan kemahiran berfikir aras tinggi Dalam pengajaran.
Omar, M. N. & Baba, S. (2016). Kepimpinan Instruksional Dalam Perlaksanaan Pendidikan Berasaskan Pengeluaran Di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Dan Institut Kemahiran Mara. Educational Leader (Pemimpin Pendidikan). 4;39-49
Rozila et al. (2019). Kepimpinan Instruksional Pengetua dan Hubungannya dengan Komitmen Guru di Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT) di Daerah Seremban
Siti Faizzatul. (2011).Pengajaran dam e-pembelajaran berasaskan streaming video bagi meningkatkan tahap kefahaman pelajar abad ke-21.
Siti Mardziah. (2013). Kesediaan guru sekolah menengah agama terhadap penggunaan teknologi Maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Siti Nurbaizura, C. A., & Nurfaradilla, M. N. (2020). Pandangan Guru Terhadap Pembelajaran dalam Talian melalui Pendekatan Home Based Learning (HBL) semasa Tempoh Pandemik COVID-19. PENDETA: Journal of Malay Language
Surgi, M. H. (2018). Kepimpinan instruksional dan faktor kecemerlangan sekolah dalam memilih mempengaruhi ibu bapa menghantar anak ke sekolah menengah agama swasta, institut hafiz Kelang, Selangor.
Tengku Sarina et al. (2016). Cabaran Guru dalam Pembinaan Sahsiah Murid Melalui e-pembelajaran pendidikan Islam.
TK Ngang et al. (2015). Hubungan kepimpinan etika,komitmen efektif dan etika kerja dalam organisasi.
Wong, A. Y., & Khadijah Daud. (2017). Technology leadership in Malaysia’s High Performance School. Journal of Education and E-Learning Research, 4(1), 8–14