Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Motivasi Belajar Murid Sekolah Rendah Di Pekan Nanas Daerah Pontian

  • Shirley Tang
  • Ruslin Amir

Abstract

Rakan sebaya merupakan individu yang berkait rapat dengan setiap orang murid. Dalam proses pembelajaran, rakan sebaya memainkan peranan yang penting untuk mempengaruhi motivasi belajar seseorang individu. Motivasi belajar memainkan peranan yang sangat penting dalam prestasi akademik murid-murid. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengaruh rakan sebaya dan tahap motivasi belajar dalam kalangan murid- murid tahap 2 di sebuah sekolah rendah di daerah Pontian, Johor. Kajian ini juga ingin mengenalpasti hubungan antara pengaruh rakan sebaya dan motivasi belajar murid-murid. Sebanyak 150 orang responden kajian telah dipilih secara rawak untuk dijadikan sampel kajian ini. Soal selidik yang diedarkan merangkumi item-item tentang tahap pengaruh rakan sebaya yang diadaptasikan daripada Inventory of Parent and Peer Attachment (IPPA) dan tahap motivasi belajar yang diadaptasikan daripada Inventory of School Motivation (ISM). Data-data ini telah dianalisis secara deskriptif untuk mengenalpasti tahap pengaruh rakan sebaya dan tahap motivasi belajar serta dianalisis secara inferensi untuk melihat hubungan antara dua pembolehubah dengan menggunakan perisian Program Statistical Package for The Social Science SPSS 11.5 For Window. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengaruh rakan sebaya (M=3.51, SD=1.334) dan tahap motivasi belajar (M=3.43, SD=1.274) adalah pada tahap sederhana. Hubungan antara pengaruh rakan sebaya dan motivasi belajar murid-murid sekolah rendah adalah sederhana dan positif (r=.323, p=.000). Implikasi kajian ini menyerlahkan keperluan untuk membangunkan program sokongan yang bersesuaian dengan tahap kefahaman dan kesediaan pelajar. Kajian lanjutan disyorkan untuk mendalami lagi pemahaman tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kedua-dua pembolehubah ini, serta menilai kesan jangka panjang interaksi rakan sebaya terhadap motivasi pembelajaran pelajar.


 

References

Ahmad Fauzi M. A., Aida S. M. Y., & Rosnaini M. (2018). Pengaruh Guru, Rakan Sebaya dan Sokongan Keluarga terhadap Keterlibatan Matematik dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 8(1)
Agustyaningrum, N., Pradanti, P., & Yuliana, Y. (2022). Teori Perkembangan Jean Piaget dan Vygotsky Bagaimana Implikasinya Dalam Perkembangan Matematika Sekolah Dasar? Jurnal Absis: Jurnal Pendidikan Matematika Dan Matematika, 5(1), 568–582.
Anisa Saleha. (2015). Keterlibatan, sokongan pembelajaran dan pencapaian murid-murid berdasarkan gender peringkat persekolahan dan lokasi. Tesis Dr. Fal. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Armsden, Gay & Greenberg, Mark. (1987). The Inventory of Parent and Peer Attachment: Individual Differences and Their Relationship to Psychological Well-Being in Adolescence. Journal of youth and adolescence. 16: 427-54.
Ayu, A. L. (2017). Pengaruh motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik terhadap Prestasi belajar ekonomi bisnis kelas x peserta didik kelas X di SMKN 4 Makassar. S1 Thesis Pascasarjana.
Bandura, A. 1977. Social Learning Theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Bond, T. G., & Fox, C. M. (2015). Applying the Rasch model fundamental measurement in the human sciences (3rd ed.) Abingdon, UK: Routledge.

Dean P. S., Fadhilah, F. W., Ivani Z. J., & Syahnur R. (2021). Hubungan motivasi belajar, relasi teman sebaya, dan stres akademik terhadap school wellbeing pada siswa sekolah menengah. Jurnal Psikologi Talenta Mahasiswa 1(2).
Deeneswary A/P Shamugam & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2021). Sikap Dan Motivasi Murid India Sekolah Rendah Pedalaman Tamil Dalam Mempelajari Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua. Jurnal Dunia Pendidikan. 3(3), 331-341.
Duru, C. K., Redzuan, M., Hamsan, H., & Shahrimin, M., & I. (2015). Teacher Attachment and Intention of Aggressive Behavior among School Children. Journal Of Humanities and Social Science, 20(1), 66–72.
Farah, I. D. (2019). Teori belajar humanistik Abraham Maslow dan Carl Rogers serta implikasinya dalam pembelajaran pendidikan agama Islam. Jurnal Studi Hukum Islam & Pendidikan 8(2): 209-230.
Ghazali Darusalam, & Sufean Hussin. (2016). Metodologi penyelidikan dalam pendidikan.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Hasanah, M. & Sutopo (2020). Pengaruh school well-being terhadap motivasi belajar siswa di Madrasah Aliyah Ma’arif 7 Sunan Drajat Lamongan. Jurnal Institut Pesantren Sunan Drajat (INSUD) Lamongan 15(2): 113-22.
Henny, E. S. O. (2020). Hubungan antara motivasi belajar dengan prestasi belajar mahasiswa/i Fakultas Kedoktoran Universitas HKBP Nommensen. NJM 6(1): 2686-2565.
Ignatius Sulistyo. (2016). Peningkatan Motivasi Belajar Dengan Menerapkan Model Pembelajaran Kooperatif Tgt Pada Pelajaran Pkn. Jurnal Studi Sosial. 4(1),14
Ikmal, M. R. O., Nurazwa, A. & Kamariah, N. K. (2020). Hubungan Antara Motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik Dengan Pencapaian Akademik murid-murid Uthm. Kajian Kes Di Malaysia, hlm. 45-52.
Irwan Fariza Sidik, Mohd Mahzan Awang, & Abd Razaq Ahmad. (2020). Keterlibatan murid- murid dan Hubungannya dengan Kemahiran Insaniah (Students’ Involvement and its Relationship with Soft Skills). :68-74
King, R., and Watkins, D. (2013). Validating the Chinese version of the Inventory of School Motivation. Int. J. Test. 13, 175–192.
Kogilavani A/P Rajendran. (2018). Relationship between parental attachment, parental differential treatment, sibling relationship, peer attachment and positive well-being among adolescents in the Klang Valley, Malaysia. Universiti Putra Malaysia.
Landell, K. (1997). Management by menu. London: Wiley and Sons Inc.
Lily H. A., Maimun A. L., Ashinida A. & Musab S. (2018). Tahap motivasi holistik, intrinsik dan ekstrinsik terhadap pembelajaran kosa kata Bahasa Arab dalam kalangan graduan universiti awam. Asia Pacific Journal of Educators and Education 2018(33): 75–93.
Mairin Bin Gosman, Mohamad Nizam Nazarudin, Zakiah Noordin, Azmain Bin Saharin & Siti Rozana Binti Saili. (2020). Hubungan Penglibatan Ibu Bapa Dan Peranan Guru Dengan Pencapaian Akademik murid-murid Sekolah. International Research Journal of Education and Sciences (IRJES), 4(1)
Maslow, A. H. (1943). A Theory of Human Motivation. Psychology Review, July. 388-389. Miswandi Tendrita & Alvina Putri Purnama Sari. (2020). Penerapan Model Pembelajaran
Kooperatif Tipe Student Team Achievement Divisions (STAD) Dipadu RQA Berbasis Lesson Study untuk Meningkatkan Motivasi Belajar dan Kemampuan Komunikasi Mahasiswa Pendidikan Biologi Universitas Negeri Malang. Jurnal Pendidikan Biologi. 5(1)
M. Kaviza. (2020). Penggunaan Sumber Sejarah Dalam Teknik Peer Instruction Terhadap Motivasi Intrinsik. Journal of Social Sciences and Humanities. 17(4): 27-39

Mohammad Shah. (2016). Etika kerja guru dan hubungannya dengan pembelajaran dan pengajaran berkesan abad ke-21. Jurnal Pendidikan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia. Melaka: Bintang Printing Sdn. Bhd.
Mohd Fikri Bin Yazan. (2021). Pengaruh Gaya Keibubapaan, Rakan Sebaya, Guru Dan Pegangan Agama Terhadap Penggunaan Media Sosial Dalam Kalangan Remaja. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Utara Malaysia.
Muhammad Faiz Rosli, Abd Razaq Ahmad, & M. Khalid M. Nasir. (2022). Hubungan antara Kompetensi Guru dengan Motivasi murid-murid Untuk Belajar dalam Norma Baharu. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 7(3).
Muhammad Yusri Muzamir. (2022). PBS diperkasa susulan pemansuhan UPSR, PT3.
Retrieved Ogos 1, 2023, from https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/982841/pbs-diperkasa- susulan-pemansuhan-upsr-pt3
Nazir, S., Naicken, S., & Paterson, J.H. (2019). Teaching data structure through group based collaborative peer interactions. Proceedings of the 8th Computer Science Education Research Conference (CSERC’19) ACM.
Nikmah, F., & Ellianawati. (2019). Integrating of peer instruction in the guided inquiry learning model. Jurnal Penelitian dan Pengembangan Pendidikan Fisika, 5(2): 171-182.
Nor’ Aina Fariha Talib & Faridah Mydin Kutty. (2022). Ikatan Keibubapaan dan Perapatan Rakan Sebaya Terhadap Kesejahteraan Psikologi Belia Felda Chini, Pahang. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(4)
Noorhidayah, A.H., Nurul, H.A., Nuratiqah, S., & Nor, I.I, (2019) Pengaruh Persekitaran Dalam Penguasaan Kosa Kata murid-murid KUIM. Proceeding The 1st International Language, Culture and Education Conference 2019.
Nor Jumawaton Shahruddin, Mariani Mansor, Zainal Madon & Hanina Halimatusaadiah Hamsan. (2018). Hubungan Pengaruh Rakan Sebaya, Estim Diri dan Lokus Kawalan dengan Sikap terhadap Tingkah Laku Seksual. Akademika 88(2): 81-94
Pratiwi, H.Y., Muhammad, N.H., Asri, M., & Nur Jahan Ahmad. (2019). The impact of guided inquiry model integrated with peer instruction towards sciences process skill and physics learning achievement. Momentum: Physics Education Journal, 3(2): 78-85.
Rohaniza Idris. (2022). Pemansuhan UPSR, PT3 jadikan PBS lebih berkesan. Retrieved Ogos 8, 2023, from https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/985967/pemansuhan-upsr-pt3- jadikan-pbs-lebih-berkesan
Salmiza S. & Anis D. H. (2016). Kecenderungan otak dan hubungannya dengan pencapaian dan motivasi murid-murid. Jurnal Pendidikan Malaysia 41(1): 65-70.
Sharan, Y. (2010). Cooperative Learning for Academic and Social Gains: valued pedagogy, problematic practice. European Journal of Education,45(2): 300-313.
Tan, S. C. & Rosnah, S. (2013). Faktor-faktor sokongan sosial yang mempengaruhi penghargaan kendiri remaja Sekolah Menengah Daerah Melaka Tengah. Journal of Faculty of Social Sciences and Humanities.8(1): 20-29.
Van Dat Tran. 2013. Effects of Student Teams Achievement Division (STAD) on Academic Achievement, and Attitudes of Grade 9th Secondary School Students towards Mathematics. International Journal of Sciences, 2(4): 5–15.
Wondu Teshome Beharu. (2018). Psychological Factors Affecting Students Academic Performance Among Freshman Psychology Students in Dire Dawa University. Journal of Education and Practice, 9(4)
Zahara Aziz & Suzela Bustam. (2011). Kesan strategi pembelajaran koperatif terhadap pencapaian geografi tingkatan satu – topik tumbuhan semula jadi dan hidupan liar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 36 (1): 1-10.

Zaki M. A. & Firdaus M. A. M. (2017). Penggunaan motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik untuk belajar bahasa Arab. Persidangan Antarabangsa Pengajian Islamiyyat Kali Ke- 3.
Published
2024-03-31
How to Cite
TANG, Shirley; AMIR, Ruslin. Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Motivasi Belajar Murid Sekolah Rendah Di Pekan Nanas Daerah Pontian. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 6, n. 1, p. 468-487, mar. 2024. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/26169>. Date accessed: 15 june 2024.
Section
Articles