Kepimpinan Distributif Guru Besar dan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Amanah di Daerah Klang

  • Nurul Athirah Mohamad Azhar UKM
  • Aida Hanim A. Hamid

Abstract

Perubahan yang semakin pesat berlaku dalam dunia pendidikan menyebabkan tugasan kerja warga pendidik menjadi semakin kompleks dan seterusnya memberi kesan terhadap kepuasan kerja guru. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan kempipinan distributif guru besar dan tahap kepuasan kerja guru sekolah amanah serta hubungan di amalan kepimpinan distributif guru besar dengan tahap kepuasan kerja guru sekolah amanah di daerah Klang, Selangor. Kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif ini melibatkan 152 orang guru dari empat buah sekolah amanah di daerah Klang. Instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada Distributed Leadership Readiness Scale (DLRS) yang dibangunkan oleh Gordon (2005) dan Job Satisfaction Scale (JSS) yang dibangunkan oleh Spector (1997) digunakan untuk mengumpul data. Instrumen tersebut telah diuji rintis dan mempunyai nilai kebolehpercayaan 0.91. Data yang diperolehi telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 27.0 untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap amalan kepimpinan distributif guru besar adalah di tahap yang sangat tinggi (min=4.42, SP=0.39), manakala tahap kepuasan kerja guru sekolah amanah daerah Klang adalah di tahap yang tinggi (min=4.23, SP=0.47). Analisis Korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang sangat kuat dan signifikan (r=0.71) antara amalan kepimpinan distributif guru besar dengan tahap kepuasan kerja guru sekolah amanah di daerah Klang. Kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai pembuat dasar dan latihan kepimpinan kepada para pemimpin sekolah serta rujukan para pentadbir untuk menilai dan menambah baik amalan kepimpinan mereka. Kesimpulannya, guru besar perlu mengamalkan amalan kepimpinan distributif agar tahap kepuasan kerja guru dapat ditingkatkan dan kejayaan sekolah dapat dicapai.

References

Aziz, T,. Ahmad, Z., & Ghazali, D. (2018). Amalan kepimpinan transformasional guru besar dan hubungannya terhadap kepuasan kerja guru sekolah daerah Miri. Prosiding Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN). Anjuran Fakulti Pendidikan Universiti Malaysia, 5 Julai 2018, 54-58.
Bond, T., & Fox, C. (2015). Applying the Rasch model: Fundamental measurement in the human sciences. Ed. Ke-2. New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates.
Chin, K. S., & Jamalullail A. W. (2018). Amalan kepimpinan distributif pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru di daerah Sri Aman, Sarawak. International Conference of Future Education and Advances. 174-181. ISBN 978-967-14616-2-4.
Claudia N. B., & Norazah M. N. (2023). Kepimpinan transformasional pengetua dan hubungannya dengan komitmen guru sekolah menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 8(4), https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i4.2272
Creswell, J. W., (2014). Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research. Ed. ke-4. Edinburgh: Pearson Education.
Darlene, G. T. (2019). Distributed leadership, professional collaborations and teachers’ job satisfaction. Teaching and Teacher Education, 79(3), 111-123. http://dx.doi.org/10.1016/j.tate.2018.12.001
Gordon Z. V. (2005). The effect of distributed leadership on student achievement. PhD Dissertation. New Britain. Central Connecticut State University.
Herzberg, F. (1966). Work and the nature of man. Cleveland: World Publishing Company.
Hua, H. K., & Ling, Y. (2019). Distributive leadership and its relationship to organizational commitment in secondary schools in Sarawak. Sumerianz Journal of Education, Linguistics and Literature. 2(7). e-ISSN: 2617-1201.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Garis Panduan Sekolah Amanah. Edisi 2016. Putrajaya: Unit Sekolah Amanah, Bahagian Pengurus Sekolah Harian
Kwan Y. S., & Norazah M. N. (2022). Amalan kepimpinan distributif guru besar dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru di Wilayah Persekutuan Labuan. Proceedings of the International Conference of Future Educations and Advances 2022. 25-34. https://www.masree.info/wp-content/uploads/2023/02/IRJES-Proceedings-ICOFEA-2022.pdf
Lai, N. P., & Tai, M. K. (2021). Kepimpinan teragih di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina di semenanjung Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities. 6(4), https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i4.746
Lee, H. K., & Mohd Izham, M. H. (2023). Amalan kepimpinan distributif guru besar dan hubungannya dengan komitmen guru SJKC. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities. 8(1), e002073. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i1.2073
Louis, C., Lawrence, M., & Keith, M. 2018. Research Methods in Education (Eighth edition). New York: Routledge.
Mohd Adib, D. N., & Jamalul Lail, A. W. (2021). Kepimpinan distributif guru besar dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru di sekolah rendah pedalaman. Proceedings of the International Conference of Future Education and Advances. 434-440. ISBN: 978-967-14616-9-3.
Mohd Syaubari Othman & Ahmad Yunus Kassim. (2018). Kajian rintis bagi pelaksanaan komposisi pengajaran guru Pendidikan islam yang mengintegrasikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) menerusi Pendidikan akidah sekolah rendah di Malaysia. Malaysian Online Journal of Education, 2(2), 55-60. https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v2i2.78
Musliza, M. J., Siti N. I., & Anis S. A. (2020). Kepuasan kerja dan komitmen guru sekolah menengah cemerlang di Kelantan. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 7(1). E-ISSN: 2289-9669
Nawab, A. & Asad, M. M. (2020). Leadership practices of school principal through a distributed leadership lens: a case study of a secondary school in urban Pakistan. International Journal of Public Leadership, 16(4). 411-422. https://doi.org/10.1108/IJPL-08-2020-0081
Noor Syahida Abdullah. Muhammad Hussin. & Norasmah Mansor. (2022). Amalan kepimpinan lestari guru besar dengan kepuasan kerja guru sekolah amanah di daerah Jeli: Kajian awal. Jurnal Dunia Pendidikan. 3(4). 293-308. e-ISSN: 2682-826X
Nur Syukri H. C. O. & Mohd Izham M. H. (2020). Pengaruh kepimpinan distributif guru besar terhadap kepuasan kerja guru. Proceedings of the International Conference of Business, Management, Technology and Education. 2(3). 30-44. ISBN: 978-967-16956-1-8.
Raziah Tukiman & Mohd Yusoff M. N. (2022). Amalan kepimpinan distributif pengetua terhadap autonomi guru dalam pembelajaran dan pemudahcaraan sekolah amanah di Kuala Lumpur. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. 9(4). 62-78. E-ISSN: 2289-9669
Segaran Sinathamby & Jamalullail Abdul Wahab. (2019). Kepimpinan distributif guru besar dan hubungannya dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru SJKTDI daerah Hulu Selangor. Internataional Conference on Humanities, Education and Society. (pp.428-437) Kota Bharu: Edusage Network.
Sia, G. C., Aida Hanim, A. H., & Norasmah Othman. (2022). Hubungan kepimpinan transformasional pengetua dan kepuasan kerja guru sekolah tinggi persendirian Cina di negeri Johor. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1), 56-69. https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.1.4
Spector, P. E. (1997). Job satisfaction: Application, Assessment, Causes, and Consequences. Sage Publication Inc.
Tan. G. K. (2018). Kepimpinan distributif dalam kalangan pengurusan sekolah rendah daerah Muar. Tesis Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Torres, D. G. (2019). Distributed Leadership, Professional Collaboration, and Teachers’ Job Satisfaction in U.S. schools. Teaching and Teacher Education, 79, 111–123. https://doi.org/10.1016/j.tate.2018.12.001
Wee Seng Huat & Mohammed Sani Ibrahim. (2018). Kepimpinan kolaboratif guru besar dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru. Proceedings of the International Conference of Future Education and Advances, 17-23. https://www.masree.info/wp-content/uploads/2019/11/Proceedings-ICOFEA-2018_latest.pdf
Windy Anjilus & Roslee Talip. (2018). Pengaruh iklim organisasi terhadap kepuasan kerja gruu akademik di pusat tingkatan enam. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities. 3(4). https://doi.org/10.47405/mjssh.v3i4.134
Yahya Don., Mohd, I. A., Muhammad, D. K., Mohd, F. M. Y., Prima, G. Y. & Nur Asiah.(2020). Comparing distributive leadership practices among teacher leaders in Malaysian and Indonesian schools. International Journal of Management. 11(7). DOI: 10.34218/IJM.11.7.2020.106
Yayasan Amir. (2021). Annual Progress Report 2021. Edisi ke 11. http://www.yayasanamir.org.my/
Zoolaiha, A. R., Omar, A. K., & Khoo Y. Y. (2017). Amalan kepimpinan distributif dalam kalangan pengetua serta hubungannya dengan kepuasan kerja guru di Selangor. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 30(4), 65-75.
Published
2024-03-31
How to Cite
MOHAMAD AZHAR, Nurul Athirah; A. HAMID, Aida Hanim. Kepimpinan Distributif Guru Besar dan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Amanah di Daerah Klang. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 6, n. 1, p. 418-432, mar. 2024. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/25968>. Date accessed: 15 june 2024.
Section
Articles