Pelaksanaan Pendekatan Bertema Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

  • Umabarathi Moorthy ukm
  • Muna Ruzanna Wan Mohammad

Abstract

Pendekatan bertema merujuk kepada satu amalan pengajaran dan pembelajaran yang ada kesepaduan ilmu dan pembelajaran mendalam yang menjurus kepada pembelajaran bermakna dan menyeronokkan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengetahuan pengajaran pendekatan bertema serta meneroka amalan pengajaran guru dalam mengaplikasikan pendekatan bertema dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan reka bentuk kualitatif. Kajian ini dijalankan di dua buah sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang terletak di daerah Bagan Datuk, Perak dengan dua orang guru Bahasa Melayu dijadikan peserta kajian. Instrumen temu bual separa struktur digunakan dan di transkrip untuk dianalisis bagi mendapatkan tema kajian. Analisis kajian menunjukkan terdapat satu tema utama yang diperoleh adalah konsep dengan tiga sub tema, iaitu kaedah, strategi dan langkah dan ini menunjukkan guru mempunyai pengetahuan yang mendalam. Manakala bagi pengaplikasian terdapat tiga tema iaitu, kandungan, proses dan pentaksiran dalam pengajaran Bahasa Melayu. Ini membuktikan bahawa peserta kajian telah mengikuti enam langkah pelaksanaan seperti yang disarankan dalam Buku Panduan Pendekatan Bertema dengan sepenuhnya untuk merancang dan mengaplikasikan pendekatan bertema dalam pengajaran Bahasa Melayu. Jelasnya amalan pengajaran peserta kajian merangkumi perancangan yang sistematik dan pelaksanaan pengajaran mengikut abad ke-21. Justeru, pelaksanaan pendekatan bertema dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru dan pendekatan ini perlu diimplementasikan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di semua sekolah.


 


Kata kunci: pendekatan bertema, amalan pengajaran, pengajaran dan pembelajaran, bahasa Melayu

References

Chon Kon Min .2014. Kefahaman dan Amalan Terhadap Pendekatan Tematik Daripada
Perspektif Guru Kemahiran Hidup Bersepadu Di Negeri Perak. Tesis ijazah Mater, Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

Creswell, J. W. (2005). Educational Research: Planning, Conducting, And Evaluating
Quantitative Research (2nd ed.). New Jersey: Pearson Esah

Davies, M. & Shankar-Brown, R. (2011). A programmatic approach to teaming and thematic instruction. North Carolina Middle School Association Journal, 26 (1), 1 – 17

Ghunu, N. M. S. (2022). The challenges of remote area elementary schools in thematic
curriculum implementation. International Journal of Instruction, 15(2): 19-36. Diakses daripada dhttps://doi.org/10.29333/iji.2022(12 Jun 2023)

Kementerian Pelajaran Malaysia (2018). Panduan Pendekatan Bertema dalam Pelaksanaan
Kurikulum Kebangsaan. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM

Merriam, B. S. (2001). Case Study Research In Education: A Qualitative Approach. California: Josey –Bass Inco.

Mohd Rohiman & Rohizani Yaakub. 2021.Pengetahuan Pedagogi Guru Cemerlang Bahasa
Melayu Dalam Pengajaran Komponen Sastera: Satu kajian kes. Asian People Journal, 4( 1) : 50-64. Diakses dari : http://dx.doi.org/10.37231/apj.202/ ((12 Jun 2023)

Mohd Rohiman,Azlinda & Ismail. 2022.Pelaksanaan pengajaran guru Bahasa Melayu
berteraskan KPMPerkasaKU: Satu kajian kes. Jurnal Dunia Pendidikan , 4(1):419-427. Diakses dari :http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdp md (12 Jun 2023)

Nooriza Kassim& Effandi Zakaria. 2015. Integrasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik: Analisis Keperluan Guru. Prosiding Seminar Education Graduate Regional Conference. Diakses dari :https://www.researchgate.net/publication/278848211_Integrasi_kemahiran_berfikir_aras_tinggi_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik_Analisis_keperluan_guru (12 Jun 2023)

Nury Yuniasih, Iskandar Ladamay & Dyah Tri Wahyuningtyas. 2013. Analisis Pembelajaran
Tematik pada kurikulum 2013 di Sdn Tanjungrejo 1 Malang. Relawan Journal, 1 (2) : 148-152. Diakses dari :https://doi.org/10.53400/mimbar-sd.v1i2.876 (12 Jun 2023)

Noor Lela Ahmad & Nur Afrina Haziqah Azman. 2020. Tahap Amalan Pengajaran Berkesan
Guru Prinsip Perakaunan Berasaskan Model Slavin. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45(1):53-62. Diakses dari :http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2020-45.01-06 (12 Jun 2023)

Saraswathi & Leo Stanly. 2018. Thematic Based Instruction - A Trendy Approach. UGC
Approved Journal, 8 (2) : 1-5. Diakses dari : https://www.researchgate.net/ publication/340885788_Thematic_Based_Instruction_-_A_Trendy_Approach(12 Jun 2023)

Silvia & Hadiyanto (2019), Kesiapan Dan Kemampuan Guru Dalam Menerapkan
Pembelajaran Tematik Terpadu Di Sekolah Dasar Gugus 01 Baruah Gunuang. Jurnal Basicedu, 3(2) : 524-532. Diakses dari :10.31004/basicedu.v3i2.35 (12 Jun 2023)

Siti Hendon, Faizah Ghazali & Khir Johari. 2017. Modul Pengajaran dan Pembelajaran
Tematik untuk Menangani Masalah Pembelajaran Murid Murid Tercicir di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih. Jurnal kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 5(1): 7-18. Diakses dari: https://juku.um.edu.my/index.php/JUKU/article/view/8213/5684 (12 Jun 2023)

Suharman, Maya Agustina & Tengku Hafinda. 2022. Integrated Thematic Learning during
COVID-19 Pandemic. Jurnal Pendidikan, 14 (2) : 1439-1450. Diakses dari http://journal.staihubbulwathan.id/index.php/alishlah (12 Jun 2023)

Yvonne J.John1. 2015. A “New” Thematic, Integrated Curriculum for Primary Schools of
Trinidad and Tobago: A Paradigm Shift. Journal of Higher Education, 4 (3) : 172 - 187.

Zamri Mahamod. 2021. Linguistik Terapan dan pengajaran Bahasa. Bangi. Penerbitan
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Published
2024-03-31
How to Cite
MOORTHY, Umabarathi; WAN MOHAMMAD, Muna Ruzanna. Pelaksanaan Pendekatan Bertema Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 6, n. 1, p. 455-467, mar. 2024. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/25940>. Date accessed: 15 june 2024.
Section
Articles