Kecenderungan Murid Terhadap Penguasaan Elemen 4C (Communication, Collaborative, Critical Thinking & Creativity ) Dalam PAK-21

  • Samrulnida Hafinadia Samsani
  • Shahlan Surat

Abstract

Pendekatan elemen 4C dalam Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) yang diaplikasikan kepada murid sekolah di seluruh negara memberi impak positif dalam melahirkan murid yang holistik pada masa depan (Berita Harian, 2018). Elemen ini merupakan kemahiran Komunikasi, Kolaboratif, Pemikiran Kritis dan Kreativiti menjadi aspek terpenting dalam PAK-21 yang digunakan dalam kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) masa kini. Pelaksanaan PAK-21 tidak tertumpu pada susun atur meja atau penggunaan bahan semata-mata, sebaliknya elemen 4C ini perlu diberi lebih perhatian kepada keberkesanan PdPc bagi murid abad ke-21 bersaing dengan persada global. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap kecenderungan murid terhadap penguasaan elemen 4C dalam Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) bagi murid tingkatan empat di tiga buah Sekolah Menengah Swasta sekitar Hulu Langat dan mengenal pasti perbezaan tahap penguasaan elemen 4C dalam PAK-21 berdasarkan jantina. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat hubungan antara kecenderungan murid dengan elemen 4C. Instrumen kajian yang digunakan adalah melalui borang soal selidik yang diedarkan dalam bentuk google form dengan pengukuran skala likert. Instrumen ini diberi pengujian secara rawak kepada 123 orang murid tingkatan empat. Untuk menganalisis data, statistik deskriptif seperti min, sisihan piawai dan peratusan digunakan. Selain itu, analisis data juga menggunakan statistik inferensi, melalui ujian korelasi Pearson bagi mengetahui hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah. Oleh itu, perisian SPSS 27.0 digunakan untuk mendapatkan kedua-dua data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kecenderungan murid terhadap penguasaan elemen 4C dalam Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) berada pada tahap tinggi dengan min skor 3.79.  Tambahan lagi, dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara penguasaan elemen 4C terhadap murid lelaki dan perempuan, t(123)=-0.143,p>0.05. Manakala, hubungan kecenderungan murid dengan elemen 4C PAK-21 ini pula berada pada tahap tinggi.  Hal ini menunjukkan bahawa wujudnya hubungan yang kuat antara kedua-dua pemboleh ubah.


 

References

Ahmad Khoiri, Evalina, Nur Komariah, Rahayu Tri Utami, Vip Paramarta, Siswandi, Janudin, and Denok Sunarsi. (2021). 4Cs Analysis of 21st Century Skills-Based School Areas. Journal of Physics: Conference Series.
Annasaii Jamar, Muhammad Syakir Sulaiman, Mohd Salihin Hafizi Mohd Fauzi, Mohd Izzuddin Mohd Pisol, Mohd Faeez Ilias, Mohd Amin Mohd Noh, Julia Madlan, Hasrol Basir. (2022). Pembelajaran Abad Ke-21: Aplikasi Permainan Tarsia Dalam Pendidikan Islam. 1-8.
Anton, Ridwal Trison. (2022). Konstribusi Keterampilan 4c Terhadap Projek Penguatan propil Pelajar Pancasila pada Kurikulum Merdeka. Edu Cendikia: Jurnal Ilmiah Kependidikan, 2(3), 528-435.
Baskaran Subramaniam, Md Zuki Hashim & Zakaria Saad. (2021). Hubungan Kefahaman Konsep “4’’ Dan Amalan Dalam Kalangan Guru Novis Pulau Pinang. International Research Journal of Education and Sciences, 5(2),15-20.
Bernard Tahim Bael, Suppiah Nachiappam, Maslinda Pungut. (2021). Analisis Kesediaan Guru Dalam Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pembelajaran, Pengajaran dan Pemudahcaraan Abad ke -21. MJSSH Online. 5(1), 100-19.
Dina Merris Maya Sari, Aulia Kusuma Wardhani. (2020). Critical Thinking as Learning and Innovation Skill on 21st Century. Journal of English Language and Pedagogy, 3(2), 27-34.
Fadhilah Aisyah Noor Azmee, Harun Baharuddin & Mohd Khalid Mohammad Nasir. (2021). Strategi Pelaksanaan Elemen PAK-21 dalam PdPc Nahu Bahasa Arab. International Journal of Advance Research in Islamic Studies and Education. 1(3),36-47.
Faridah Anum Abdul Wahid, Abdul Halim Husain & Zahiah Haris. (2021). Elemen Kreativiti Dalam Pak-21: Teori Dan Faktor Mempengaruhinya. International Journal of Creativiti Industries. 3(8), 13-36.
Helda Jolanda Pentury, Anastasia Dewi Anggraeni, Dendi Pratam. (2020). Improving Students’21st Century Skills Through Creative writing as a Creative Media. Deikis, 12 (2),164-178.
Ismail Said, Khalijah Ahmad, Rohani Seman, Ros Silawati Ahmad, Mohd Fauzi Fadzil. (2020). Aplikasi 4K 1N dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21: Satu Kajian terhadap Pengajaran Guru Tingkatan Enam di Daerah Kubang. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences. 1(202), 64-79.
Jessica Dora Henry, Zamri Mahamod. (2021). Penerapan Amalan Kreativiti, Pemikiran Kritis, Kolaborasi dan Komunikasi (4C) Pembelajaran Abad Ke-21 dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1),239-248.
Ilyas Supena, Agus Darmuki Ahmad Hariyadi. (2021). The Influence of 4C (Constructive, Critical, Creativity, Collaborative) Learning Model on Students’ Learning Outcomes. International Journal of Instruction, 14(3),873-892.
M.Kaviza. (2020). Hubungan antara Amalan Kemahiran 4C dan Pencapaian Sejarah. Malaysia Journal of Social Science and Humanities, 5(12),405-412.
M.Kaviza. (2020). Aplikasi Kemahiran Belajar dan Inovasi (4C) dalam kalangan Murid Sejara: Satu Tinjauan Awal. Malaysia Journal of Social Science and Humanities, 5 (6) ,151-159.
Melina Arsanti, Ida Zulaeha, Subiyantoro, Nas Haryati. (2021). Tuntutan Kompetensi 4C Abad 21 Dalam Pendidikan Di Perguruan Tinggi Untuk Menghadapi Era Society 5.0. Prosiding Seminar Nasional Pascasarjana. 319-324.
Mochamad Sukardjo, Besse Nirmala, Suci Aprilyati, Haerul Anuuar dan Uswatun Khasanah. (2023). Loose Part: Stimulation of 21st Century Learning Skills (4C Elements) Jurnal Obsesi: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini. 7(1),1073-1086.
Mohd. Fadzil Mohd Rosdi, Suhaida Abdul Kadir & Mohd Ibrahim Nazri. (2018). Tahap Kemahiran dan Kecenderungan Pemikiran Kritis Murid Tingkatan Dua Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Di Negeri Kedah dan Hubungannya. Asia Pacific Journal of Educators and Education. Vol. 32,45–60.
Mohd. Sahrul Nizam Sahidin, Muhamad Suhaimi Taat. (2020). Pembelajaran Koperatif Kemahiran 4K dan Penggunaan Media Digital Terhadap Sikap Akademik Pelajar. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(4),133-141.
Muhammad Ayisy Baharudin, Mohd Ashraf Ibrahim. (2020). Kesediaan Pelaksanaan Pengajaran Abad Ke-21 Dalam Kalangan Guru Pelatih Sejarah IPG Zon Selatan. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial. 2(5), 32-42.
Muhammad Aizat Anwar Apandi & Khadijah Abdul Razak. (2022). Kreativiti & Inovasi guru pendidikan Islam sekolah rendah. Satu analisis literatur. International Journal of Islamic and Humanities Research, 2(1),78-96.
Muhammad Izzat Mailis. (2021). Tahap Pengetahuan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Di Daerah Sepang, Selangor Terhadap Pembelajaran Abad Ke-21. Jurnal Kesidang. 6 (2021), 16-29.
Muhammad Fauzan Muttaqin & Hofipah Rizkiyah. (2022). Efektifitas Budaya Literasi dalam Meningkatkan Keterampilan 4C Siswa Sekolah Dasar. Jurnal Pendidikan MI/SD, 2 (1) ,43-53.
Muhammad Sabri Sahrir, Nurulhuda Osman, Ilyani Syiham Muhammad. (2020). Aplikasi ‘Konsep 4C’ Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Kalangan Guru Pelajar Sarjana Mod Pengajian Pendidikan Bahasa Arab Cuti Sekolah UIAM. e-jurnal Bahasa dan Linguistik, 2(1),12-22.
Muhammad Safuan Sahak. (2022). Pengaruh Demografi dan Amalan Kemahiran Pak-21 oleh Guru Pelatih bagi Subjek Matematik Semasa Pandemik COVID-19. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia. 12(2),65-81.
Nazihan Abdullah, Muhamm ad Faisal Ahmad. (2023). Implementation of Forum Theater as A Teaching Medium of Visual Arts Subject for Upper Secondary to Master 4c Skills of Pak2. International Journal of Advanced Research in Education and Society, 5(1) ,15- 22.
Ng Lee Ching Hazura binti Abdul Rahim Zubaidah binti Salamat. (2020). Tahap Amalan Pembelajaran Abad Ke-21(PAK-21). Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 33(1),43-56.
N.P.A.H Sanjayanti, N.W Sri Darmayanti, D. Qondias, KO Sanjaya. (2020). Integrasi Keterampilan 4C Dalam Modul Metodologi Penelitian. Jurnal Pedagogi dan Pembelajaran, 3(3),407-415.
Noor Muslieh Mustafa Kamal, Zaharah Hussin, Abdul Muhsien Sulaiman. (2022). Elemen Kolaborasi Dalam Pengajaran Guru Pendidikan Islam Melalui Pendekatan Heutagogi. Jurnal Dunia Pendidika, 4(1), 372-386.
Noorzailiza Zainal Abidin, Rozita Rahiah Said, Azhar Md Sabil, Ahmad Fauzi Mohd Ayub. (2020). Amalan Pengajaran Guru Bahasa Melayu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 Prosa Tradisional Di Sekolah Menengah. International Social Science and Humanities Journal. 3(3), 67-82.
Norazlin Mohd Rusdin, Siti Rahaimah Ali, Muhamad Faiz Mahamad Zain. (2020). Kebolehgunaan Modul Pedagogi Pembelajaran Aktif Berasaskan Kemahiran 4K bagi Nombor Bulat Dan Operasi Asas Matematik. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI. 14(2),65-77.
Nor Arifah Aisyah binti Arif Afandi, Wan Hanim Nadrah binti Wan Muda, Fazlinda binti Ab Halim. (2021). Persepsi pelajar bidang mekanikal terhadap penguasaan 4C dalam pembelajaran Teori dan Amali.
Nor Shela Saleh, Mohd Shafie Rosli. (2019). Kepentingan Pembelajaran Abad ke-21 Terhadap Potensi Kebolehpasaran Modal Insan. Innovative Teaching and Learning Journal. 2(2), 71-81.
Nur Adila Diyana Zulazmi dan Shahlan Surat. (2021). Kecenderungan Berfikir Kritis dan Pencapaian Kesusasteraan Bahasa Inggeris Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Daerah Kepala Batas, Pulau Pinang. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6 (3),203-214.
Nurul Azwani Mohd Idriki & Tan Bee Piang. (2022). Aplikasi Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Talian. MHalim. (2021). Persepsi pelajar bidang mekanikal terhadap penguasaan 4C dalam pembelajaran Teori dan Amali.
Pasukan Pemikir Pendidikan Abad ke-21. (2017). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Abad Ke-21. Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rachmat Waluyo, Siti Wahyuni. (2021). Development of STEM-Based Physics Teaching Materials Integrated 21st Century Skills (4C) and Characters, JurnalIlmiahPendidikan MIPA, 11(1),83-102.
Rafidah Binti Sitam, Muhammad Bin Hussin. (2021). Kepimpinan Teknologi Pengetua Dan Pelaksanaan Kemahiran Abad Ke-21 Dalam Kalangan Guru Sekolah. International Conference on Global Education.
Rahman Fadhila Nuriya Fachmi. (2022). Profil Kemampuan 4C siswa pada Pembelajaran Matematika di SMPN 10 Madiun. Seminar Nasional Sosial dan Pendidikan, Humaniora, 1(369-378).
Saadiah Ismail & Seri Nur Koris. (2018). Pembelajaran Abad Ke-21 mudahkan pelajar,guru. Berita Harian Online.
Saidatulafza Mohamed Amin, Harun Baharudin & Mohd Isa Hamzah. (2022). Kualiti Guru Dan Kecenderungan Minat Dalam Pembelajaran Bahasa Arab Murid Sekolah Rendah Intergrasi Teras Islam (SRITI). Jurnal Dunia Pendidikan, 4(3), 174-186.
Sh Nabilatul Huda Syed Abdullah, Saroya Yahya, Masriyah Misni. (2020). Tahap Kesediaan dan Pengetahuan Abad Ke-21 Dalam Kalangan Guru Kafa Di Daerah Seremban.Jurnal Penyelidikan Teknokrat.
Sumithara a/p Manugaran, Noor Azean Atan, Sanitah Md Yusof. (2022). Pengintegrasian Permainan Berkomputer Dalam Pembelajaran Kesusateraan Bahasa Tamil Bagi Penguasaan Kemahiran Abad ke-21 Murid Sekolah. Innovative Teaching and Learning Journal. 6 (1),85-106.
Susanto, Apri Wardana Ritonga, Ayu Desrani & Yohan Rubiyantoto. (2022). Arabic Learning Design Based on 21st Century Skills during the Covid-19 Pandemic in Indonesia. Jounal Iqra’ Kajian Ilmu Pendidikan. 7 (2),1-14.
Syamsu Nahar, Suhendri, Zailani & Hardivizon. (2022). Improving Students’ Collaboration Thinking Skill Under the Implementation of the Quantum Teaching Model. International Journal of Instruction. 15(3) ,451-464.
Sylviana Mantihal dan Siti Mistima Maat. (2020). Pengaruh Pembelajaran Abda Ke-21 (PAK-21) terhadap minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik: Satu tinjauan sistematik. Jurnal Dunia Pendidikan. 2 (1),82-91.
Wardyawaty Rajikal, Mohd Isa Hamzah. (2020). Kajian Sistematik Pengajaran Abad Ke-21 Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam. Malaysian Online Journal Of Education. 4(2), 103-113.
YM Raja Abdullah Raja Ismail dan Daud Ismail. (2018). Aplikasi ‘konsep 4C’ pembelajaran Abad Ke -21 Dalam Kalangan Guru Pelatih Pengajian Agama Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Asian People Journal (APJ). 1(2018),45-65.
Published
2024-03-01
How to Cite
SAMSANI, Samrulnida Hafinadia; SURAT, Shahlan. Kecenderungan Murid Terhadap Penguasaan Elemen 4C (Communication, Collaborative, Critical Thinking & Creativity ) Dalam PAK-21. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 6, n. 1, p. 114-132, mar. 2024. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/25930>. Date accessed: 15 june 2024.
Section
Articles