Hubungan Antara Tahap Kecerdasan Emosi Dengan Tahap Efikasi Kendiri Murid Sekolah Rendah

  • Nurul Aina Najihah Zurin
  • Shahlan Surat

Abstract

Kecerdasan emosi merupakan keupayaan individu dalam mengurus dan mengawal emosi diri sendiri dan orang sekeliling. Manakala efikasi kendiri pula merujuk kepada kepercayaan terhadap keupayaan yang dimiliki agar dapat bertindak mengikut cara yang diperlukan yang seterusnya dapat mempengaruhi situasi. Maka, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara tahap kecerdasan emosi dengan tahap efikasi kendiri murid Sekolah Kebangsaan di Daerah Petaling Perdana, Selangor. Seramai 100 orang murid Tahun 5 telah dipilih menggunakan persampelan secara rawak daripada empat buah Sekolah Kebangsaan di Daerah Petaling Perdana, Selangor. Kajian yang bersifat kuantitatif ini menggunakan soal selidik melalui aplikasi Google Form yang dibangunkan dan diadaptasi berdasarkan Inventori Kecerdasan Emosi (Goleman, 1995) dan Self-Efficacy Questionnaire for Children (SEQ-C) mengikut konteks kajian. Perisian SPSS versi 26 digunakan untuk menganalisis data statistik deskriptif dan inferensi. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kecerdasan emosi murid Sekolah Kebangsaan di daerah ini berada pada tahap yang sederhana (min= 2.82). Manakala tahap efikasi kendiri murid di daerah ini juga berada pada tahap sederhana (min= 2.87). Hasil analisis korelasi pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kecerdasan emosi dengan tahap efikasi kendiri murid Sekolah Kebangsaan di Daerah Petaling Perdana, Selangor (r=0.870). Dalam kajian ini juga, analisis regresi linear pelbagai dengan menggunakan teknik stepwise mendapati kelima-lima dimensi tahap kecerdasan emosi memberi sumbangan terhadap tahap efikasi kendiri murid iaitu, [F(5,93)=53.084, p<.001]. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa dimensi dalam tahap kecerdasan emosi iaitu menguruskan emosi, empati, kesedaran kendiri, motivasi diri dan kemahiran sosial dapat meramal tahap efikasi kendiri murid. Hasil kajian menyimpulkan bahawa, tahap kecerdasan emosi dan tahap efikasi kendiri memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi berdaya saing yang seimbang dari pelbagai sudut seperti intelek, emosi, rohani dan jasmani.

References

Abdul Malek Rahman, Sidek Noah, Abdul Malek Karim, Wan Marzuki, Nabilah, Zulkifli, Joharry, Lihanna, Syed Mohamed Shafeq, Jamaludin, Sapon, Mohd Yusop, Mohd Taib, Munirah, Norlena, Ruhaibah & Tajularipin. (2009). Kecerdasan Emosi Dalam Kalangan Remaja Malaysia [Review of Kecerdasan Emosi Dalam Kalangan Remaja Malaysia]. JURNAL PENDIDIKAN BITARA UPSI, VOL.2(ISSN 1394-7176), 1–11.
Adeyemo, D.A. and Adeleye, A.T. (2008) Emotional Intelligence, Religiosity and Self-Efficacy as Predictors of Psychological Well-Being among Secondary School Adolescents in Ogbomoso, Nigeria. Europe’s Journal of Psychology, 4, 2-13. https://doi.org/10.5964/ejop.v4i1.423
Anastasi, A., & Urbina, S. (1997). Psychological testing (7th ed.). Prentice Hall/Pearson Education.
Ahmad Tarmizi, A., & Mahmud, M. (2022). Hubungan Antara Efikasi Kendiri Dan Kesejahteraan Psikologi Dalam Kalangan Guru Di Sebuah Sekolah Di Kelantan. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1), 216-225. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/17861
Ahmad, A. A., & Ambotang, A. S. B. (2020). Pengaruh kecerdasan emosi, kecerdasan spiritual dan persekitaran keluarga terhadap stres akademik murid sekolah menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(5), 12-23.
Ajilin Tawan, Mohamad Nizam Nazarudin, Zakiah Noordin, Mohd Malik Tu & Norlijah Watinin (2020). Hubungan Motivasi, Kecerdasan Emosi Dan Efikasi Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Rendah. Journal of Education and Sciences (IRJES),4(1).
Azhar, Mohd Qhairil Anwar dan Zamri Mahamod. (2018). Tahap Perbezaan Pengetahuan, Sikap Dan Amalan Menggunakan Enam Topi Pemikiran Berdasarkan Jantina Dan Pengkhususan Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan.” Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu -JPBM (Malay Language Education Journal -MyLEJ, vol. 8, no. 2, 2018, pp. 13–24, journalarticle.ukm.my/12594/1/175-337-1-SM.pdf
Bandura, A. (1997). Self-efficacy: The exercise of control. New York: Freeman. Bandura, A. (1977). Self Efficacy: Toward A Unifying Theory Of Behavioral Change. Psychological Review 84(2):191-215.
Bandura, A. (2006). Guide for constructing self-efficacy scales. In F. Pajares & T. Urdan (Eds.), Self-Efficacy Beliefs Of Adolescents (Vol. 5, pp. 307-337). Greenwich, CT: Information Age Publishing.
Brackett, M. A., Rivers, S. E., & Salovey, P. (2011). Emotional intelligence: Implications for personal, social, academic, and workplace success. Social and Personality Psychology Compass, 5(1), 88–103. https://doi.org/10.1111/j.1751-9004.2010.00334.
Darmia, Sharifah & Esa, Mohd & Othman, Irma & Hamid, Jais. (2022). CABARAN PENDIDIKAN PELAJAR BUMIPUTERA LUAR BANDAR DI SABAH SELEPAS MERDEKA. International Journal of Education, Psychology and Counseling. 7. 819-833. 10.35631/IJEPC.747060.
Dulewicz, V., & Higgs, M. (1999). Can Emotional Intelligence Be Measured and Developed? Leadership & Organization Development Journal, 20, 242-252.http://dx.doi.org/10.1108/01437739910287117
Drigas, Athanasios & Papoutsi, Chara & Id,. (2018). A New Layered Model on Emotional Intelligence. Behavioral Sciences. 8. 10.3390/bs8050045.
Dzul, H., Hussin, Z., & Sulaiman, A.M. (2021). Kesan kepercayaan dan efikasi kendiri ke atas pengajaran pendidikan islam berintegrasikan KBAT di Malaysia: Satu analisis multilevel. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(12), 80 – 93.
Faizi, M. F. (2018). Pengaruh Kecerdasan Emosional Terhadap Motivasi Belajar Matematika Siswa Kelas IV Sekolah Dasar Islam Babussalam Kecamatan Durenan Kabupaten Trenggalek Tahun Ajaran 2017/2018. Pendas: Jurnal Ilmiah Pendidikan Dasar, 3(2), 224–234. http://52.221.78.156/index.php/pendas/article/view/1110. diakses 17 November 2020 pukul 14.31.
Goleman, D. (1995). Emotional Intelligence. New York: Bantam Books
Goleman, D. (1998). Working With Emotional Intelligence. New York: Bantam Books.
Goleman, D. (2003). Emotional Intelligence. New York: Bantam Books
Gusniwati, M., & Rahmawati, Y. (2019). PENGARUH KECERDASAN EMOSIONAL DAN MOTIVASI BELAJAR TERHADAP HASIL BELAJAR BAHASA INGGRIS. November, 11–20. https://doi.org/10.30998/simponi.v0i0.418
Hair, J.F., Money, A.H., Samouel, P. and Page, M. (2007), "Research Methods for Business", Education + Training, Vol. 49 No. 4, pp. 336-337.
Hameli, Kujtim & Ordun, Guven. (2022). The Mediating Role Of Self-Efficacy In The Relationship Between Emotional Intelligence And Organizational Commitment. European Journal of Management Studies. 27. 10.1108/EJMS-05-2021-0033.
Hariyanti Abd Hamid, et al. (2019). Pengaruh Efikasi Kendiri Terhadap Motivasi Dan Pencapaian Akademik Siswa Pendidik. Jurnal IPDA, vol. 26, no. 1, 2019, pp. 104–112.
Hayat, A. A., Shateri, K., Amini, M., & Shokrpour, N. (2020). Relationships between academic self-efficacy, learning-related emotions, and metacognitive learning strategies with academic performance in medical students: a structural equation model. BMC Medical Education, 20(1). https://doi.org/10.1186/s12909-020-01995-9
KAIMAL, G. G. (2021). Intelligence and Emotional Intelligence among Inmates of Orphanages: A Cross-sectional Study. Journal of Clinical & Diagnostic Research, 15(2), 6–9. https://doi-org.eresourcesptsl.ukm.remotexs.co/10.7860/JCDR/2021/4831 6.14560
Hameli, Kujtim & Ordun, Guven. (2022). The Mediating Role Of Self-Efficacy In The Relationship Between Emotional Intelligence And Organizational Commitment. European Journal of Management Studies. 27. 10.1108/EJMS-05-2021-0033.
Moidunny, K. (2009). The Effectiveness of the National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL). Unpublished Doctoral Dissertation, Bangi: The National University of Malaysia.
Lande, N. M., Ask, T. F., Sætren, S. S., Lugo, R. G., & Sütterlin, S. (2023). The Role of Emotion Regulation for General Self-Efficacy in Adolescents Assessed Through Both Neurophysiological and Self-Reported Measures. Psychology research and behavior management, 16, 3373–3383. https://doi.org/10.2147/PRBM.S406702
Noordin, T. A. (1993). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor'ain Mat Talha, Zahari Ishak & Norazana Mohd Nor (2023) Analisis Faktor Penerokaan bagi Pembinaan Item untuk Mengukur Kesan Pengajaran Guru dan Peranan SISC+. (2023). Asian Pendidikan, VOL. 3 NO. 1 (2023) 17–22(ISSN 2735-2331 eISSN 2805 4350). https://doi.org/10.53797/aspen.v3i1.2.2023
Rahman, R., Masruri, M., Abdullah, M. H., Saleh, N. S., & Wahidi, R. (2021). Meneroka Sumbangan Masyarakat Kelas Menengah Muslim di Malaysia Terhadap Pembangunan Sosio-Ekonomi Negara. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 22(3), 211–224. https://doi.org/https://doi.org/ 10.37231/jimk.2021.22.2.573
Samian @ Samion, S. (2015). Kesedaran Pembangunan, Kesediaan Diri Dan Penerimaan perubahan: Komponen Meningkatkan kualiti Hidup Masyarakat Pinggir Bandar di Daerah Hulu Langat, Selangor. Jurnal Antarabangsa Alam Dan Tamadun Melayu, 3(3), 121–137. https://doi.org/10.17576/iman-2015-0303-12
Syafrimen (2010). Profil kecerdasan emosi guru-guru sekolah menengah Zon Tengah Semenanjung Malaysia. Diakses daripada http://syafrimen.blogspot.com/2010/04/profil-kecerdasan-emosiguru
Sun, G., Lyu, B. Relationship between emotional intelligence and self-efficacy among college students: the mediating role of coping styles. Discov Psychol 2, 42 (2022). https://doi.org/10.1007/s44202-022-00055-1
Tuckman, Bruce W. (1988). Conducting Educational Research. San Diego, California: Harcourt Brace.
Wee, G.L., Abdul Kadir, S., & Jusoh, R. (2020). The relationship between self efficacy with higher order thinking skills (HOTS) among accounting students. International Journal of Academic Research in Business & Social Sciences, 10(11), 697-707.
Yahya, Azizi, et al. (2017). Kecerdasan Emosi Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Dan Tingkahlaku Pelajar.
Zimmerman, B.J. & Risemberg, R. (1997). Becoming a self-regulated writer: A social cognitive perspective. Contemporary Educational Psychology 22: 73-122.
Published
2024-03-01
How to Cite
ZURIN, Nurul Aina Najihah; SURAT, Shahlan. Hubungan Antara Tahap Kecerdasan Emosi Dengan Tahap Efikasi Kendiri Murid Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 6, n. 1, p. 82-104, mar. 2024. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/25928>. Date accessed: 04 oct. 2024.
Section
Articles