Sokongan Persekitaran Sosial Terhadap Pemupukan Kemahiran Abad Ke-21 Ke Arah Kerjaya Digital Dalam Kalangan Pelajar Universiti

  • Siti Nurul Aqilah Ahmad Zamri Mrs.
  • Mahzan Awang

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh tahap sokongan persekitaran sosial terhadap pemupukan kemahiran abad ke-21 serta mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan bagi tahap sokongan persekitaran sosial dan pemupukan kemahiran abad ke-21 dengan jantina dan bidang pengajian pelajar universiti. Bukan itu sahaja, penelitian mengenai hubungan diantara sokongan persekitaran sosial terhadap pemupukan kemahiran abad ke-21 juga dijalankan. Pembangunan item soal selidik bagi kajian ini diubahsuai daripada kajian lepas. Pemilihan sampel adalah secara rawak dan seramai 400 orang responden terlibat dalam kajian ini. Kajian ini dibahagikan kepada enam zon kawasan meliputi zon utara, selatan, pantai barat, pantai timur, Sabah dan Sarawak. Analisis data menggunakan perisian SPSS 23.0 dengan memfokuskan kepada analisis deskriptif (min dan sisihan piawai) manakala analisis inferensi menggunakan MANOVA dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap sokongan persekitaran sosial dan tahap pemupukan kemahiran abad ke-21 secara keseluruhanya berada pada tahap tinggi. Hasil analiais daripada ujian MANOVA menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi aspek-aspek sokongan persekitaran sosial dan pemupukan kemahiran abad ke-21 terhadap jantina dan bidang pengajian pelajar. Bagi aspek hubungan diantara sokongan persekitaran sosial dengan pemupukan kemahiran abad ke-21 menunjukkan terdapat hubungan yang amat kuat. Ini menunjukkan bahawa sokongan persekitaran sosial pelajar memberi impak yang besar dalam proses pembentukan kemahiran abad ke-21 pelajar universiti. Oleh itu, galakkan perlu diberikan kepada para pelajar bagi menyertai aktiviti dan program yang bukan berbentuk akademik di institusi pengajian mahupun di kejiranan pelajar memastikan pelajar itu seimbang dari sudut akademik dan juga pembentukan kemahiran abad ke-21. Hal ini kerana kemahiran abad ke-21 amat penting bagi pelajar universiti kerana saing pasaran pekerjaan dalam indsutri global adalah lebih mencabar.


 


 

References

Bronfenbrenner, U. 1979. The Ecology of Human Development: Experiments by Nature and Design. Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press.

Career Services Network.2010. Michigan State University.

Chris Dede. 2009. Comparing Frameworks for 21st Century Skills, Harvard Graduate School of Education.

Dolah, N.A, & Esa, A. 2012. Penerapan Kemahiran Penyelesaian Masalah Menerusi Kelab Kaunseling dan Kerjaya UTHM. Prosiding Seminar Pendidikan Pasca Ijazah.

Dora, M. T. et al (2008). Kemahiran Insaniah, & Kompetensi Unggul Mahasiswa. Penerbit Universiti Teknikal Malaysia, Melaka.

Hassan, H., Ahmad, R. & Bahari, A. 2008. Kemahiran Insaniah Dan Kepentingan Penerapannya Dalam Program Baktisiswa Perdana UniMAP.

Hii, D.C. 2007. Soft skills are essential for success in today’s workplace. The Star

Hwa, Q.A. 2005. Learning for the workplace: A Case Study in Graduate Employees’ Generic Competencies. Journal of Workplace Learning.

Ibn Khaldun, Abd al-Rahman bin Muhamamad Khaldun al Hadrami. (1993). Mukadimah Ibn Khaldun. Terj. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. 1970. Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement.

Mohamad Sattar Rasul et, al. 2009. Aspek Kemahiran Employability yang Dikehendaki Majikan Industri Pembuatan Masa Kini. Jurnal Pendidikan Malaysia.

Nurullah, S. 2012. Received and Provided Social Support: A Review of Current Evidence and Future Direction. American Journal of Health Studies.

Pukelis, K. & Pileicikiene, n. 2010. Improvement of Generic Skills Development in Study Programmes of Higher Education: The graduates’ viewpoint. Quality of Higher Education.

Salim, N. Z. B. 2012. Hubungan Diantara Gaya Pembelajaran Dan Kemahiran Insaniah Dengan Pencapaian Akademik Pelajar.

Sarafino, E. P. 2011. Health Psychology: Biopsychosocial Interactions 7th edition. Hoboken, NJ Wiley.

Statistik Pendidikan Tinggi 2021: Kementerian Pengajian Tinggi

Stedman Graham, Preparing for the 21st Century: Soft Skills Matter, Huffington Post, April 26, 2015.

Suliman M. S.,Hiroyuki Y., Ab. Jabar N., XuanL. Y. & Mat Daud M. S. 2021. Impak Pandemik COVID-19 Terhadap Bidang Bahasa, Sastera dan Budaya di Malaysia. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature.

Sulaiman, W. I. W., Noor, N. M., Salman, A., & Mahbob, M. H. 2017. Pengaruh Teknologi Komunikasi Terhadap Perubahan Keorganisasian di Jabatan Penyiaran Malaysia.

Tewari, R. 2010. Training Students in Soft Skills for Liberalization, Privatization and Globalization.

Wats, M. & Wats, R.K. 2009. developing soft skills in students. International Journal of Learning.

Wrahatnolo T. & Munoto. 2018. 21st-Century Skill Implication on Educational System. IOP Conference Series: Materials Science and Engineering.

Yussof, I., Ismail, R. & Sidin, R. 2008. Graduan dan Alam pekerjaan: Kes Siswazah UKM. Akademika.
Published
2024-03-31
How to Cite
AHMAD ZAMRI, Siti Nurul Aqilah; AWANG, Mahzan. Sokongan Persekitaran Sosial Terhadap Pemupukan Kemahiran Abad Ke-21 Ke Arah Kerjaya Digital Dalam Kalangan Pelajar Universiti. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 6, n. 1, p. 533-544, mar. 2024. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/25814>. Date accessed: 15 june 2024.
Section
Articles