Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Menjadi Pilihan Ibu Bapa Kaum Melayu

  • Siti Asiah Zulkifli Siti Asiah bt Zulkifli
  • Anuar Ahmad
  • Wan Muna

Abstract

Sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) adalah sebuah sekolah vernakular yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa penghantar didalam pengajaran dan pembelajaran. Pada masa kini peratusan murid melayu yang bersekolah di SJKC semakin meningkat. Ini menunjukkan keterbukaan sikap ibu bapa menerima kepelbagaian budaya dalam pendidikan anak. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi keputusan ibu bapa Melayu menghantar anak bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan. Kajian ini adalah kajian deskriptif berbentuk kuantitatif. Kajian ini menggunakan teknik persampelan bukan rawak yang melibatkan 100 orang ibu bapa  yang mempunyai anak bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di daerah Nilai iaitu SJKC Putra Nilai dan SJKC  Kuo Min. Data dianalisis menggunakan perisian Statiscal Package For The Social Science (SPSS 29). Dapatan kajian mendapati faktor latar belakang  (min=2.78 dan sp=0.64), faktor kelebihan SJKC (min=4.25 dan sp=0.67), faktor ekonomi (min=3.29 dan sp=0.70), faktor kemudahan sekolah (min=4.13 dan sp=0.65), faktor kebudayaan masyarakat (min=4.20 dan sp=0.66). Kesimpulan daripada dapatan kajian menunjukkan faktor yang mempengaruhi pemilihan ibu bapa pada tahap yang tinggi ialah faktor kelebihan SJKC, faktor kemudahan sekolah dan faktor kebudayaan masyarakat. Justeru itu, kajian ini menunjukkan pelbagai faktor yang mempengaruhi ibu bapa Melayu dalam memilih dan memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak seiring dengan globalisasi pada masa ini.

References

Adam, S.D.S., Othman, I.W., Hamid, J.A., Esa, M.S., Ationg, R., Lokin, S.A., & Tamring, B.A.M. (2021). Pengaruh pendidikan dalam kepelbagaian etnik sebelum dan selepas merdeka di Malaysia. International Journal of Law, Government and Communication 6(23), 68-84.
Chin Tek Yoong & Nur Atiqah Tang Abdullah. (2023). Pendidikan Bahasa Ibunda Cina di Malaysia: Suatu Sorotan Literatur. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 8(2).
Doreen & Shahlan. (2021). Sorotan Literatur Bersistematik: Faktor-Faktor Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar. Malaysia Journal of Sciences and Humanities, 6(12),137-157).
Gan Jin Wan & Faridah Mydin Kutty. 2023. Peranan Ibu Bapa Bukan Berbangsa Cina dalam Memupuk Motivasi Belajar Anak di Prasekolah SJKC. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 8(3).
Heng Buai Chin, Neo Yee Feng & Chan Jie Yan. (2021). Investigating the Attributes of Chinese Primary School Adoption among the Malay Community in Malaysia. ESTEEM Journal of Social Sciences and Humanities, 5(2), 151-164.
Jabatan Perangkaan Malaysia. 2022. Kenyataan Media Bagi Penerbitan Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia.
Liong Teen Teen, Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad & Anuar Ahmad. (2019). Factors Influencing Non-Chinese Parents Decision in Choosing National-Type Chinese Primary School (Sjkc). Social Sciences, Education and Humanities, 2.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Bilangan sekolah rendah dan menengah mengikut jenis sekolah, lokasi dan kategori di Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Statistik bilangan sekolah, murid & guru 2020.
Marinah Awang & Norhazwani Suyanto. (2020). Pendekatan Keselamatan dan Kesejahteraan Pelajar untuk Sekolah-Sekolah di Malaysia. Management Research Journal, 7(1), 139 - 153.
Muhamad Syahman Mahdi, Yusmilayati Yunos, Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff. (2021). Strategi pemantapan perpaduan menerusi animasi Upin & Ipin.GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space, 17 (2) 366-374.
Muhamad Shafiq & Noraini. (2018). Mengenalpasti Faktor-Faktor Yang mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar Sarjana Muda Psikologi, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Jurnal Sains Sosial, 7, 77-87.
Ngien Ming Ming & Ching Thing Ho. (2016). Learning Chinese language in SJK(C): A case study of Bumiputera students in Sarawak. Journal of Chinese Literature and Culture, 4(1).
Rosdila Azwana Binti Abdullah. (2022). Penggunaan Aplikasi Tiktok Sebagai Satu Elemen Didik Hibur Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Tingkatan 3 Untuk Meningkatkan Minat Dan Prestasi Murid Bagi Tajuk Sistem Respirasi. Jurnal Penyelidikan MUADDIB 16, 26-34.
Su H.T & Diana P.Y.L. (2019). Determinants of Primary School Choice in Malaysia: School Proximity and Ethnicity. Journal of School Choice International Research and Reform: 1-27.
Tan, J.Y.Y. (2015). Malay parents’ perspective on admission of their children to Chinese primary school in Kelantan, Malaysia. Journal of Arts, Science & Commerce, Vol. VI, Issue 1, 26-30.
TAN Yong Ling & NGU Ik Tien. (2017). Fenomena Pertambahan Murid Bukan Cina di Sekolah Kurang Murid Jenis Kebangsaan Cina di Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Journal of Chinese Literature and Culture, 5(1).
Zeng, B.H. (2017). The Impacts of The Non-Ethnic Chinese in Chinese Primary Schools (SJK(C)Ping Min. Degree Dissertation, Universiti Tunku Abdul Rahman.
Published
2024-03-31
How to Cite
ZULKIFLI, Siti Asiah; AHMAD, Anuar; MUNA, Wan. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Menjadi Pilihan Ibu Bapa Kaum Melayu. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 6, n. 1, p. 510-521, mar. 2024. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/25757>. Date accessed: 15 june 2024.
Section
Articles