Masalah Pelajar Universiti Teknikal Dalam Mempelajari Aksara Cina

  • Tan Hua An UniKL MSI
  • Tan Tiam Lai

Abstract

Aksara Cina sangat unik dalam pembentukan perkataan bahasa Cina. Namun, keunikan aksara Cina menyebabkan pelajar bukan penutur natif secara umumnya menghadapi masalah untuk mengenali, mengingati dan menulis aksara Cina. Ini menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai aksara Cina. Penguasaan aksara Cina adalah asas kepada kemahiran membaca dan menulis Bahasa Cina. Justeru itu, masalah yang dihadapi oleh pelajar harus diberi perhatian yang sewajarnya. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar universiti teknikal semasa mempelajari aksara Cina dan mencadang langkah-langkah untuk mengatasi masalah mempelajari aksara Cina. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk mengumpul data. Sampel kajian ini terdiri daripada 89 orang responden yang mengikuti kursus bahasa Mandarin 1 dan Mandarin 2 di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI). Dapatan kajian ini diharap dapat membantu pengajar bahasa Mandarin sebagai bahasa asing menambahbaikan kaedah pengajaran demi meningkatkan keberkesanan pengajaran aksara Cina. Selain itu, kajian ini juga diharap dapat dijadikan sebagai rujukan kepada pelajar untuk meningkatkan penguasaan aksara Cina. Beberapa cadangan telah disyorkan sebagai panduan dan rujukan.

References

Ang Lay Hoon (2008). Malaixiya Botela Daxue Fei Huayi Sheng Hanyu Xuexi Qingkuang Diaocha Yu Fenxi. Haiwai Huawen Jiaoyu. Vol.1, 65-70.
Fuad Mohamed Berawi (2017). Metodologi Penyelidikan: Panduan Menulis Tesis. Sintok: Penerbit UUM.
Goh Ying Soon & Ng Ahsuan. (2004). The Bumiputra Students' Attitude in Learning Mandarin at UiTM Campus Terengganu, Malaysia. Kertas Kerja untuk CSSR (Conference on Science and Social Science Research), 19-21 May, 2004, di Kuching, Sarawak, Malaysia dan Pembentangan Poster di The International Colloquium on Language, Attitudes and Education in Multilingual Cities, 27-28 May, 2004, Brussels, Belgium.
Hao Tong-yu (2021). Analysis Of Errors In Chinese Character Writing Made By Beginning Learners. Journal of Honghe University, Vol.19, No.5, 132-134.
Jian Keke, Fang Shu & Zhang Xiaoming (2018). Research On The Teaching Of Chinese As A Foreign Language – Take The Classroom Of Chinese As A Foreign Language In Northwestern University. Disciplines Exploration, 66-68.
Li Fan (2005). A Brief History of Chinese Characters. Beijing: China Friendship Publishing Company.
Li Rong (2016). Duiwai Hanyu Hanzi Jiaoxue Zhong Cunzai De Wenti Yu Duice. Theoretic Observation, No.3, Serial No.117, 175-176.
Li, X. Q. (2006). Duiwai Hanyu Zonghe Ke Jiaoxue Yanjiu. Beijing: The Commercial Press.
Lui Lep Ming (2016). Study On The Standard-Based Chinese Language Curriculum (2011 Edition) For Malaysian Chinese Primary School (Tesis Sarjana). Central China Normal University, China.
Mohd Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan (Edisi Kelima). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Najib Abdul Ghafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai: Penerbit UTM.
Norlida Razali (2015). Foreign Students’ Common Problmes In Writing Chinese Characters. International Journal of East Asian Studies, 4 (1), 63-78.
Norlida Razali. (2018). Kajian Sikap Dan Persepsi Terhadap Pembelajaran Bahasa Mandarin Dalam Kalangan Pelajar UiTM Kelantan. ESTEEM Journal of Social Sciences and Humanities, Vol. 2, 54-69.
Tan, H.A. & Tan, T.L. (2021a). Kajian Situasi Pembelajaran Bahasa Mandarin Sebagai Bahasa Asing Dalam Kalangan Pelajar Universiti Teknikal. Jurnal Dunia Pendidikan, 3 (2), 334-343.
Tan, H.A. & Tan, T.L. (2021b). Sikap Dan Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran Bahasa Mandarin Sebagai Bahasa Asing Di Universiti Teknikal. Jurnal Dunia Pendidikan, 3 (3), 450-460.
Wang Jiang & Zhang Wei (2019). Teaching Standard Writing of Chinese Characters Based On Teaching Chinese As A Foreign Language. Journal of Liaoning Educational Administration Institute, 83-87.
Wang Lu Zhen (2017). Li Tan Taiguo Zhongxuesheng Hanzi Bishun Xide Pianwu. Literature Education, 126-127.
Xing Yue (2020). Haiwai Hanyu Ketang Hanzi Jiaoxue Yanjiu – Yi Baxikanpinasi Daxue Kongzi Xueyuan Wei Li. Journal of Kaifeng Vocational College of Culture & Art, Vol.40, No.3, 99-100.
Xu, Y.L. (2003). Jizhong Hanyu Shizi Jiaoxue Fangfa De Bijiao. Journal of Cangzhou Teachers’ College, Vol.19, No.2, 64-66.
Yang Si Jia, Han Shu Wei & Yang Ji Kun (2018). Liuxuesheng Hanzi Xide Yu Renzhi Celue Diaocha Yanjiu. Modern Communication, 48-49.
Zhang Ying-ying (2010). On The Writing Errors In Chinese of African Students. Journal of Nanchang College of Education, Vol.25, No.12, 75-76.
Zhou, X. B. (2016). Duiwai Hanyu Jiaoxue Daolun. Beijing: The Commercial Press.
Published
2024-03-01
How to Cite
HUA AN, Tan; TIAM LAI, Tan. Masalah Pelajar Universiti Teknikal Dalam Mempelajari Aksara Cina. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 6, n. 1, p. 237-249, mar. 2024. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/25585>. Date accessed: 15 june 2024.
Section
Articles