Pengetahuan, Amalan dan Kekangan Guru Prasekolah terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Aktif di Tadika Swasta

  • Jia Qi See Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia
  • Suziyani Mohamed

Abstract

Dalam PPPM 2013- 2025, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merealisasikan pembelajaran aktif sebagai salah satu pendekatan yang bersesuaian dengan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) dalam sistem pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pastikan tahap pengetahuan dan amalan guru prasekolah terhadap pelaksanaan pembelajaran aktif. Begitu juga, kajian ini bermatlamat untuk memberikan gambaran yang jelas terhadap kekangan-kekangan yang menyebabkan guru prasekolah tidak berkemampuan untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran aktif dalam proses PdP. Sementara itu, hubungan antara tahap pengetahuan dengan amalan guru prasekolah terhadap pelaksanaan pendekatan ini juga akan dikaji. Reka bentuk kajian kuantitatif bersifat tinjauan telah diguna pakai bagi mencapai ketiga-tiga objektif kajian ini. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 297 orang guru prasekolah swasta yang berkhidmat di daerah Johor Bahru, Johor. Dalam proses penganalisisan data, aplikasi Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) telah diguna pakai untuk menganalisis data secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan (min=3.16, SP=0.62) dan amalan (min=3.19, SP=0.69) guru adalah berada pada tahap yang sederhana-tinggi sahaja. Selanjutnya, peruntukan masa dan tahap sokongan pentadbir yang rendah telah dikemukakan oleh guru sebagai kekangan utama semasa merancang pembelajaran aktif ini. Ujian korelasi Pearson telah melaporkan terdapat hubungan yang signifikan (P<0.001) antara tahap pengetahuan dengan amalan guru prasekolah swasta terhadap pelaksanaan pembelajaran aktif (r2 = 0.52). Secara keseluruhannya, hasil kajian ini melaporkan corak pengajaran guru prasekolah swasta masih dikekalkan dengan kaedah tradisional. Hasil kajian ini telah memberikan implikasi kepada pihak-pihak berkepentingan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) supaya mereka memikul tanggungjawab bagi meningkatkan kesediaan guru dari segi pengetahuan dan amalan terhadap pengaplikasian pendekatan ini. Kesediaan guru yang tinggi ini merupakan kunci utama untuk meningkatkan perkembangan holistik kanak-kanak dan menjurus sistem PAKK ke taraf dunia.

Author Biography

Suziyani Mohamed

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Senior Lecturer

References

Abd Aziz, Z. A., & Mohamed, S. (2021). Persepsi guru prasekolah terhadap kualiti pengajaran pendidikan awal kanak-kanak. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 572-580.
Ab Jalil, N. A., & Amran, M. S. (2023). Tahap Pengetahuan dan Amalan Kemahiran Fungsi Eksekutif Guru Prasekolah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(5), e002334-e002334.
Bael, B. T., Nachiappan, S., & Pungut, M. (2021). Analisis kesediaan guru dalam pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran, pengajaran dan pemudahcaraan abad ke 21. Muallim Journal of Social Sciences and Humanities, 100-119.
Belda-Medina, J., & Calvo-Ferrer, J. R. (2022). Preservice teachers’ knowledge and attitudes toward digital-game-based language learning. Education Sciences, 12(3): 182.
Cohen, J. (1988). Statistical Power Analysis for the Behavioral Sciences, 2nd Edn. New York, NY: Academic Press.
Fatul, N. W., & Alias, A. (2020). Pengetahuan guru prasekolah mengenai ciri-ciri murid masalah pembelajaran. Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs (JQSS). 4(2), 45-53.
Hasanah, U. (2018). Strategi pembelajaran aktif untuk anak usia dini. INSANIA: Jurnal Pemikiran Alternatif Kependidikan, 23(2), 204-222.
Hamidin, N. M., Md Isa, S. N., Rahman, A. A., & Hamdi, I. (2017). Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Pakk) Di Malaysia: Kajian Literatur. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan, 1.
Hata, N. F. M., & Mahmud, S. N. D. 2020. Kesediaan guru Sains dan Matematik dalam melaksanakan pendidikan STEM dari aspek pengetahuan, sikap dan pengalaman mengajar. Akademika, 90(S3).
Holis, A. (2017). Belajar melalui bermain untuk pengembangan kreativitas dan kognitif anak usia dini. Jurnal Pendidikan UNIGA, 10(1), 23-37.
Hu, B. Y., Fan, X., Yang, Y., & Neitzel, J. (2017). Chinese preschool teachers' knowledge and practice of teacher-child interactions: The mediating role of teachers' beliefs about children. Teaching and Teacher Education, 63, 137-147.
Hua, A. K. (2016). Pengenalan rangka kerja metodologi dalam kajian penyelidikan: Satu kajian komprehensif. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 1(4), 42-52.
KARLIDAĞ, İ. Ö. (2022). Pre-school Teachers’ Opinion on Active Learning. Bartın University Journal of Faculty of Education, 11(1), 235-247.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Semakan 2017. Kuala Lumpur: Bahagian Perkembangan Kurikulum.
Krejcie, R.V. & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30: 607-610.
Kumar, S. A. C., & Mohamed, S. (2022). Preschool Teachers’ Knowledge, Understanding and Practice towards Higher Order Thinking Skills. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 11(2), 128–139.
Layang, F. A., & Mahamod, Z. (2019). Tahap Pengetahuan, kesediaan dan sikap guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran peta pemikiran i-Think. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44(1), 37-44.
Leng, A. P. W., Hui-Shen, C. L., Dhamotharan, M., & Mustafa, M. C. (2021). Preschool teachers’ beliefs and classroom practices of child-centred learning at private preschools in central region, Malaysia. Southeast Asia Early Childhood Journal, 10(2), 69-83.
Li, Z., & Li, L. (2019). An examination of kindergarten teachers’ beliefs about creative pedagogy and their perceived implementation in teaching practices. Thinking Skills and Creativity, 32: 17-29.
Low, H. M. (2022). A case study of Malaysian teachers’ practice of play-based learning in preschool. Kajian Malaysia, 40(1), 19-254.
Maidin, R. (2022). Pendekatan Pembelajaran Aktif Kanak-Kanak Melalui Model HighScope Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak. International Journal of Education, Islamic Studies and Social Sciences Research (IJEISR), 7(1), 1-7.
Masgumelar, N. K., & Mustafa, P. S. (2021). Teori belajar konstruktivisme dan implikasinya dalam pendidikan. GHAITSA:Islamic Education Journal, 2(1), 49-57.
Mićanović, V., & Novovic, T. (2018). Teaching Strategies in the Preschool System of Montenegro. Sensos-e, 5(2), 18-32.
Mokhlis, S. (2021). Persepsi dan Pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Terbeza Dalam Kalangan Guru Prasekolah. Borneo International Journal, 4(3), 9-18.
Mulatu, M., & Bezabih, W. (2018). Perceptions and practices of EFL teachers in implementing active learning in English classes: the case of three selected secondary schools in Dawro zone, SNNPRS, Ethiopia. International Journal of Education, 10(2), 88-94.
Pardjono, P. (2016). Active learning: The Dewey, Piaget, Vygotsky, and constructivist theory perspectives. Jurnal Ilmu Pendidikan Universitas Negeri Malang, 9(3), 105376.
Resiani, A., Risyak, B., & Surahman, M. (2015). Persepsi guru PAUD dalam merancang media pembelajaran. Jurnal Pendidikan Anak, 1(6).
Rusdin, N. M., & Ali, S. R. (2019). Amalan dan cabaran pelaksanaan pembelajaran abad ke-21. In International Conference on Islamic Civilization and Technology Management, 87-105.
Sakellariou, M., & Banou, M. (2020). Planning and evaluating the educational process of play within Greek preschool learning environments-A comparative study on present and future educators. European Journal of Social Sciences Studies, 4(6), 2501-8590.
Stein, K., Veisson, M., Õun, T., & Tammemäe, T. (2019). Estonian preschool teachers’ views on supporting children’s school readiness. Education 3-13, 47(8), 920-932.
Towpek, S., & Mohamed, S. (2023). Tahap Pengetahuan Guru dalam Pelaksanaan Pendidikan Inklusif di Kelas TABIKA KEMAS. Jurnal Dunia Pendidikan, 5(3), 33-44.
Vale, I., & Barbosa, A. (2023). Active learning strategies for an effective mathematics teaching and learning. European Journal of Science and Mathematics Education, 11(3), 573-588.
Williams, M. K. (2017). John Dewey in the 21st century. Journal of Inquiry and Action in Education, 9(1), 7.
Zin, D. M. M., Mohamed, S., Kashim, M. I. A. M., Jamsari, E. A., Kamaruzaman, A. F., & Rahman, Z. A. (2019). Teachers’ knowledge and practice in implementing the thematic approach in pre-school. International Journal of Civil Engineering and Technology, 10 (1), 1870-1881.
Published
2024-03-01
How to Cite
SEE, Jia Qi; MOHAMED, Suziyani. Pengetahuan, Amalan dan Kekangan Guru Prasekolah terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Aktif di Tadika Swasta. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 6, n. 1, p. 287-302, mar. 2024. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/25581>. Date accessed: 15 june 2024.
Section
Articles