Kesediaan Guru Sejarah Terhadap Penggunaan Peta Pemikiran I-Think Dalam Menerapkan Kemahiran Kronologi Di Sekolah Rendah

  • Sivapriya Gopi UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
  • Anuar Ahmad
  • Norasmah Othman

Abstract

Pendidikan Sejarah diperkenalkan di sekolah rendah untuk menerapkan ilmu pengetahuan dan kemahiran pemikiran Sejarah dalam kalangan murid. Kemahiran kronologi adalah salah satu elemen yang terkandung di dalam KPS. Dalam usaha untuk menerapkan kemahiran kronologi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah, penggunaan peta pemikiran I-Think adalah satu teknik pengajaran abad ke-21 yang memberi keberkesanan dalam PdP. Oleh demikian, satu penelitian perlu dilaksanakan bagi tujuan mengenal pasti kesediaan guru Sejarah terhadap penggunaan peta pemikiran I-Think dalam menerapkan kemahiran kronologi di sekolah rendah. Seramai 100 orang guru sekolah rendah dipilih secara rawak sebagai responden kajian ini. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen bagi pengumpulan data kajian. Perisian Statistical Package Social Science versi 26 digunakan dalam kajian ini untuk menganalisis data. Data dianalisis melalui dua jenis kaedah iaitu analisis deskriptif yang bertujuan untuk mendapatkan tahap kesediaan guru terhadap penggunaan peta pemikiran I-Think dan tahap kesediaan guru Sejarah dalam menerapkan kemahiran kronologi di sekolah rendah. Manakala, analisis inferensi pula digunakan untuk menganalisis hubungan antara kesediaan guru Sejarah terhadap penggunaan peta pemikiran I-Think dengan penerapan kemahiran kronologi di sekolah rendah. Hasil kajian mendapati tahap kesediaan guru Sejarah terhadap penggunaan peta pemikiran I-Think berada pada tahap tinggi dan kesediaan guru Sejarah terhadap penggunaan peta pemikiran I-Think dalam menerapkan kemahiran kronologi menunjukkan tahap sederhana timggi. Hasil kajian juga mendapati kesediaan guru Sejarah dalam penggunaan peta pemikiran I-Think mempunyai hubungan linear dan positif terhadap penerapan kemahiran kronologi di sekolah rendah.

References

Abdul Razaq Ahmad. (2014). Determination of teaching Aids and Methods to Inculcate Thinking Skills in History Subject. International Journal for Historical Studi, 6(1), 1-12.
Ahmad Razaq Ahmad & Ahmad Rafaai Ayudin. (2011). History Curriculum Development Model Towards Nation Building of Malaysia. Historia: Jurnal Pendidik dan Peneliti Sejarah, 12(1), 40-52.
Ahmad, Anuar & Jinggan, Nelson. (2015). Pengaruh Kompetensi Kemahiran Guru Dalam Pengajaran Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik.
Anuar Ahmad., Siti Haishah Abd Rahman., & Nur Atiqah T. Abdullah. (2009). Tahap keupayaan pengajaran guru Sejarah dan hubungannya dengan pencapaian murid di sekolah berprestasi rendah. Jurnal PendidikanMalaysia, 34(1), 53–66.
Baharuddin, J. (2006). Pelaksanaan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam Pengajaran Guru-guru Sejarah: Satu Kajian Kes di Daerah Hilir Perak. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, 22-251.
Baharuddin Jabar, (2009). Sikap, Pengetahuan, Kemahiran Pedagogi Dan Keperihatinan Guru Sejarah Terhadap Perubahan Kurikulum. Tesis Ph.D, (Tidak diterbitkan), Universiti Sains Malaysia.
Boset, S. A., & Asmawi, A. (2020). Mediating effect of work motivation on the relationship between competency and professional performance of EFL teachers. Akademika, 90(1), 63-75.
Creswell, J. W. (2005). Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative. NJ: Prentice Hall Upper Saddle River.
Endacott, J. (2010). Reconsidering affective engagement in historical empathy. Theory and Research in Social Education, 38(1), 6-49.
Fauziah Ahmad. 2018. Teaching method used in the teaching of the literature component in secondary schools. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan, UKM.
Getman-Eraso, J., & Culkin, K. (2017). Close Reading:Engaging and Empowering History Students through Document Analysis one-Portfolio. International Journal of e-Portfolio. 7(1), 29-42.
Hamidah Yusuf, Nursalam & Mohd Asri. (2016). School culture and its relationship with teacher leadership. International Journal of Academic Research and Sosial Sciences, 611), 1-11.
Hartini Husain. (2006). Achievementand attitudes of students in teaching the subject through a computer. (Unpublished Master Dissertation). University Kebangsaan Malaysia, Malaysia.
Hyerle, D. & Yeager, C. 2007. Thinking Maps: A Language for Learning. New Jersey:Thinking Maps, Inc.
Johansson, P. (2017). Learning study as a clinical research practice to generate knowledge about the learning of historical primary source analysis. Educational Action Research, 25(1), 167-181.
Kaviza, M. (2018). Pengalaman Mengajar atau Latihan Profesional Guru dalam Mempengaruhi Penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Mata Pelajaran Sejarah di Sekolah Menengah. EDUCATUM: Journal of Social Sciences, 4(1), 40-47.
Kaviza, M. .(2019). Kesan Kaedah Document-Based Lesson Terhadap Penaakulan Sejarah Dalam Kalangan Murid Berbeza Tahap Pemikiran Kritis. Jurnal Kurikulum &Pengajaran Asia Pasifik-JuKu. 7(2),1-9.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia
Langan, E. (2015). Using Multiple-Perspective Primary Sources to Enhance Pre-service Teachers’ Understandings. Teacher Education and Practice, 28(4), 617-626.
Lisa Yip Shukye. (2014). Kajian Tinjauan Kesediaan Guru-guru Sejarah Menerapkan Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Kalangan Murid-Murid. Jurnal Penyelidikan Kent, 13, 37-49.
Mansor, R., Nashrah, H., Norazilawati, & Azmah. (2015). Keberkesanan Penggunaan i-Think Terhadap Pencapaian Dan Minat Murid Dalam Tajuk Sifat Bahan, Sains Tahun 4. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 25(6),98-116.
Martin, D. S. (2018).Restructuring teacher education programs for higher-order thinking skills. Journal of Teacher Education,40(3), 2-8.
Muhamad Yusof Muhamad Fauzi. (2019). Kesediaan guru terhadap penggunaan peta pemikiran I-Think dalam menerapakan kemahiran kronologi di sekolah menengah. Jurnal Dunia Pendidikan, 1 (1) 27-34.
Normah, Azita, Izeanty, & Suhaili. (2018). Aplikasi Peta Pemikiran i-Think Dalam Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Advanced Center for Technical and Vocational Education (ACTiVE).
Nurhijrah Zakaria (2017). Elemen kompetensi pelbagai budaya dalam pengajaran dan pembelajaran bagi guru Sejarah. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pallant,J. (2007). SPSS survival manual-A step by step guide to data analysis using SPSS for windows (3rd ed.)Maidenhead: Open University Press.
Pusparani, N., & Anuar, A. (2021). Tahap Keupayaan Pelajar Terhadap Menggunakan Sumber Digital Sejarah Dalam Pembelajaran Kendiri. Jurnal Dunia Pendidikan, 236-242.
Renuka, R., & Siti, H. A. (2014). Kesan penggunaan sumber sejarah digital terhadap kemahiran pemikiran sejarah. 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23-32.
Traille, K. (2016). “You should be proud about your history. They made me feel ashamed”: Teaching history hurts. Teaching History, 127, 31–37.
Yosanne Vella. (2020). The gradual transformation of historical situations: understanding change and continuity through colour and timeliness. Journel of Curriculum Studies, 37(6), 697-707.
Zahara Aziz dan Nik Azleena Nik Ismail. (2010). Kajian tinjauan kesediaan guru-guru sejarah menerapkan kemahiran pemikiran sejarah kepada para pelajar. Jurnal Pendidikan 32, 119-137.
Zakaria, Nurhijrah & Puteh, Sharifah & Salleh, Amla. (2018). Pemupukan Kesepaduan Sosial Melalui Kurikulum Persekolahan di Malaysia. Jurnal Dunia Pendidikan, 1 (1) 29-38.
Published
2024-03-01
How to Cite
GOPI, Sivapriya; AHMAD, Anuar; OTHMAN, Norasmah. Kesediaan Guru Sejarah Terhadap Penggunaan Peta Pemikiran I-Think Dalam Menerapkan Kemahiran Kronologi Di Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 6, n. 1, p. 181-195, mar. 2024. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/25317>. Date accessed: 15 june 2024.
Section
Articles