Penggunaan I.SCaR NILAM untuk Meningkatkan Kadar Perekodan Bacaan Buku dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah

  • Teo Woon Chun SJKC Peay Min
  • Chong Kuok Han
  • Phoon Sau Ping
  • Cheong Shu Mi
  • Nixon Lasa King
  • Kho Yan Yang
  • Ramesh Sathappan

Abstract

Amalan membaca merupakan salah satu amalan yang mampu memanfaatkan seseorang individu dalam kehidupannya. Walau bagaimanapun, bilangan bacaan buku dalam kalangan murid sekolah rendah adalah amat kurang atas beberapa faktor seperti format buku rekod NILAM yang lama dan kurang minat dalam membaca dan membuat perekodan secara dalam talian. Untuk menangani masalah ini, intervensi I.SCaR NILAM (The Intervention of Scan and Record for NILAM) telah dirancang dan dilaksanakan mengikut model kajian tindakan Kemmis dan McTaggart (1988). Intervensi I.SCaR NILAM melibatkan empat elemen utama iaitu pengubahsuaian borang perekodan, penyediaan kod QR, perpustakaan maya serta sistem ganjaran. Seramai 8 orang murid yang mempunyai kadar perekodan bacaan buku yang rendah pada sesi akademik yang lepas telah terpilih sebagai peserta dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan termasuk analisis data, soal selidik serta temu bual semi berstruktur. Kajian ini berlangsung selama dua bulan. Hasil kajian menunjukkan peningkatan yang ketara dalam perekodan bacaan buku dalam sistem NILAM Johor, di mana bilangan rekod bacaan mereka telah meningkat antara 54 sehingga 554 buah rekod. Dapatan soal selidik juga menunjukkan bahawa sebahagian besar murid menganggap intervensi I.SCaR NILAM telah memberi kesan positif terhadap tahap minat membaca mereka, dengan 85% menyatakan peningkatan minat dalam membaca selepas mengambil bahagian dalam intervensi ini. Selain itu, hampir semua murid merasakan bahawa elemen-elemen seperti buku rekod NILAM yang baharu dan penggunaan kod QR telah memudahkan proses perekodan bacaan buku mereka. Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan, murid-murid telah menyatakan bahawa intervensi I.SCaR NILAM ini mudah diguna dan mereka menjadi lebih berminat untuk membuat perekodan tersebut. Intervensi ini telah memberikan implikasi yang signifikan kepada kumpulan tersasar kerana intervensi ini mampu merangsang minat membaca dan perekodan bacaan buku dalam kalangan murid serta memberikan panduan untuk mendidik generasi anak yang baik lagi cerdik yang menjadikan amalan membaca sebagai tabiat pada masa depan.

References

Kemmis, S., & McTaggart, R. (1988). The action research planner (3rd ed.). Deakin University Press.
Habibah Mohammad@Basiron, Nor Azwahanum Nor Shaid, & Nurul Azlin Othman. (2023). Kelunturan minat membaca bahan bacaan berbentuk fizikal dalam kalangan murid tahap 2 sekolah kebangsaan luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 13(1), 50-63.
Hashim, R. (2022). Budaya membaca rakyat Malaysia rendah. Sinar Harian. Dipetik daripada https://www.sinarharian.com.my/article/199053/berita/nasional/budaya-membaca-rakyat-malaysia-rendah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan prasekolah hingga lepas menengah).
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (1998). Surat pekeliling ikhtisas bil. 13/1998: Program membina tabiat membaca. https://www.moe.gov.my/pekeliling/2041-surat-pekeliling-ikhtisas-bilangan-13-tahun-1998-program-membina-tabiat-membaca/file
Md Akhir, Z. H., Dali, M. H., & Saidin, K. (2017). Faktor yang mempengaruhi peranan pengetua dalam meningkatkan amalan membaca menerusi program NILAM. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences, 7(1), 42-58.
Nabilah Mohd Lazim, Nurazwa Ahmad, Noor Aslinda Abu Seman, & Nor Kamariah Kamaruddin. (2022). Sikap dan niat penggunaan kod QR dalam kalangan pelajar UTHM. Research in Management of Technology and Business, 3(2), 156-173.
Nurul Hidayah Ismail. (2022). Meningkatkan motivasi belajar menggunakan token ekonomi dalam kalangan murid berkeperluan pendidikan khas. Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas dan Inklusif (Negeri Melaka), 1, 171-179.
Teo, W. C. (2023). Superman gamlet kit: To improve Chinese ESL learners’ understanding of simple present tense. Jurnal Kajian Tindakan Sekolah Menengah & Rendah Daerah Kota Tinggi, 3, 106-118.
Published
2024-03-01
How to Cite
WOON CHUN, Teo et al. Penggunaan I.SCaR NILAM untuk Meningkatkan Kadar Perekodan Bacaan Buku dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 6, n. 1, p. 318-333, mar. 2024. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/24744>. Date accessed: 15 june 2024.
Section
Articles