Tahap Kesediaan Guru Bukan Pengkhususan Bahasa Arab dalam P&P Subjek Bahasa Arab di Sekolah Rendah Daerah Kota Kinabalu, Sabah

  • Nurul Hamidzah Mohd Zafari
  • Mohd. Isa Hamzah

Abstract

Tahap penguasaan bagi mata pelajaran bahasa Arab sekolah rendah di daerah Kota-Kinabalu, Sabah beberapa tahun kebelakangan ini kurang menunjukkan peningkatan malah terdapat sekolah luar bandar yang menunjukkan prestasi yang sama. Keadaan ini dikaitkan dengan pengambilalihan pengajaran oleh guru yang tidak memiliki ikhtisas penuh bahasa Arab.  Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap kesediaan guru bukan ikhtisas bahasa Arab dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah rendah di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Objektif kajian adalah Mengenal pasti tahap minat guru mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di dalam bilik darjah. Mengenal pasti tahap pengetahuan  guru mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah rendah, di samping itu mengenalpasti tahap latihan guru mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah rendah. Kajian ini dikategorikan sebagai kajian tinjauan berbentuk kuantitatif bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan guru bukan ikhtisas penuh bahasa Arab terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengkaji menggunakan soal selidik yang ditadbir kepada 46 guru yang mengajar bahasa Arab sekolah rendah di  daerah Kota Kinabalu. Selain itu pengkaji hanya memfokuskan kepada guru bukan pengkhususan opsyen bahasa Arab tetapi mengajar subjek bahasa Arab di sekolah rendah sahaja. Dapat disebut secara keseluruhannya bahawa tahap pengetahuan dan latihan guru dalam mengajar subjek Bahasa Arab adalah berada pada tahap yang rendah, manakala tahap minat guru mengajar Bahasa Arab dalam kalangan guru Bahasa Arab di sekolah rendah daerah Kota Kinabalu, Sabah pula adalah berada pada tahap yang sederhana. Implikasi kajian ini ialah pihak kementerian, pejabat pendidikan daerah Kota Kinabalu, Sabah serta sekolah perlu berfokuskan kepada program, bengel dan latihan yang bersesuaian untuk memberi pendedahan pengajaran dan pembelajaran  bahasa Arab di sekolah rendah kepada guru bukan ikhtisas penuh bahsa Arab ini. Jabatan Pendidikan Negeri Sabah wajar menjadikan kajian ini sebagai panduan bagi membentuk modul yang bersesuaian kepada tahap kesediaan guru bukan ikhtisas penuh bahasa Arab dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab mereka di sekolah rendah.

References

Atan Long. 1992. Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Amiza Publishing Sdn Bhd: PetalingJaya.
Ahmad, J. (2009). Teaching of Biological Sciences. New Delhi: PHI Learning Pvt. Ltd.
Rofishah Rashid. 2005. Penggunaan ICT di Kalangan Guru Bahasa Arab Komunikasi: Kajian di sekolah Menengah dan Rendah di Zon Selatan Selangor. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Faeez Ilias. 2013 Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Guru Pendidikan Islam Menengah Rendah Negeri Johor. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Tamadun Islam. Universiti Teknologi Malaysia.
Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri. 2013. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Skudai. Johor Bharu.
Khatijah Endut. 1997. Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Menengah dan Rendah. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd. Izham Mohd. Hamzah & Noraini Attan (2007). Tahap Kesediaan Guru Sains Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran. Jurnal Teknologi. Skudai: UTM.
Saemah Rahman & Siti Fatimah Mohd Yassin (2008). Kemahiran Mengakses Dan Mempelajari Bahan Hiperteks Dalam Kalangan Guru Pelatih. Jurnal Pendidikan 33 (2008) 81-94. Malaysian Journal of Education: Faculty of education, UKM.
Siti Fatimah Ahmad & Ab. Halim Tamuri. 2010. Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran j-QAF. Journal of Islamic and Arabic Education, 2(2), 2010 53-64.
Noor Azlan bin Ahmad Zanzali & Nurdalina binti Daud. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Kalangan Guru Pelatih UTM Yang Mengajar Matapelajaran Matematik Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib. 1995. Persepsi Guru terhadap Kursus Orientasi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan. 20: 25-38.
Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Siarap & Hasrina Mustafa. 2006. Penggunaan Komputer dalam Pengajaran & Pembelajaran dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes di Pulau Pinang dalam Shakila Abdul Manan (et. al, 2006). Kajian Malaysia, Journal of Malaysian Studies. Pulau Pinang: USM Press.
Tang Keow Ngang & Abdul Ghani Kanesan Abdullah. 2006. Kesediaan dan Keberkesanan Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Biologi di SebuahSekolah Menengah. Jurnal pendidikan (Journal of Educational Research). Kuala Lumpur: UM
Nik Mohd Rahimi & Kamarulzaman Abdul Ghani. 2008. Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar dan Hubunganya dengan pencapaian Kemahiran Mendengar Bahasa Arab. Jurnal Teknologi:, 49(E) Dis. 2008: 141–154. UTM.
Published
2023-09-30
How to Cite
MOHD ZAFARI, Nurul Hamidzah; HAMZAH, Mohd. Isa. Tahap Kesediaan Guru Bukan Pengkhususan Bahasa Arab dalam P&P Subjek Bahasa Arab di Sekolah Rendah Daerah Kota Kinabalu, Sabah. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 5, n. 3, p. 109-120, sep. 2023. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/24215>. Date accessed: 02 dec. 2023.
Section
Articles