Tahap Kesediaan Guru Terhadap Pelaksanaan PikeBM dalam Aktiviti Kokurikulum
Abstract
Kemahiran lisan dalam bahasa Melayu merupakan kemahiran yang ditekankan dalam pelaksanaan PIKeBM. Namun begitu, pelaksanaan PIKeBM sebagai aktiviti sisipan dalam kokurikulum dilihat tidak seberapa memberangsangkan. Hal ini demikian kerana, tinjauan awal ke salah satu sekolah menengah memperlihatkan tidak semua aktiviti kokurikulum disisipkan dengan PIKeBM. Oleh itu kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti dan menganalisis tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan PIKeBM sebagai sisipan wajib dalam aktiviti kokurikulum. Kajian dengan reka bentuk kuantitatif deskriptif ini telah memilih 30 orang guru sekolah menengah sebagai responden melalui kaedah persampelan bertujuan untuk menjawab satu set borang soal selidik. Kajian ini turut mengaplikasikan Model Proses Pendidikan Bryant (1974) yang menekankan tiga faktor tahap kesediaan guru iaitu input, gerak kerja dan sikap. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan PIKeBM sebagai sisipan wajib dalam aktiviti kokurikulum adalah tinggi walaupun masih terdapat peratusan kecil guru yang sebenarnya masih kurang cakna akan pelaksanaan PIKeBM yang telah berkuatkuasa bermula Mac 2021 lalu. Tahap kesediaan guru yang tinggi ini sangat berkait rapat dengan tahap pengetahuan, kemahiran serta sikap guru terhadap pelaksanaan PIKeBM itu sendiri. Oleh itu, para guru sebenarnya sudah mempersiapkan diri dengan ilmu dan maklumat yang lengkap berpandukan modul PIKeBM yang telah digariskan oleh KPM. Kajian ini boleh menjadi penanda aras awal atau kajian rintis berkenaan tahap pelaksanaan PIKeBM dalam aktiviti kokurikulum memandangkan belum ada kajian yang memfokuskan PIKeBM pernah dijalankan oleh pengkaji lain. Oleh itu, pengkaji sangat berharap kajian yang memfokuskan kepada PIKeBM ini dapat dijalankan dengan skop dan perspektif yang lebih luas agar pihak KPM dapat menilai keberkesanan strategi yang dicanangkan kepada warga pendidik di Malaysia.
References
Baharin Abu dan Hasnita Ismail @ Nawang. (2010). Tahap kesediaan guru pelatih ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan kemahiran hidup mengajar subjek kemahiran hidup di sekolah menengah. Unpublished.
Bryant, E.C. (1974). Associations between Educational Outcomes and Background Variables (Monograph). Denver, CO: National Assessment of Educational Progress.
Chua, Y.P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik Penyelidikan. Buku 2. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd
Kamaruddin Ismail. (2010). Pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru kimia terhadap kaedah pembelajaran koperatif. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia
Kamus Dewan (ed. Ke-4). (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, Maizura Komari & Norazimah Zakaria. (2020). Kesediaan Guru Pendidikan Islam Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21. International Journal of Education and Pedagogy, 2(2), p. 9-17. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijeap/article/view/9167
Noor Desiro Saidin & Hazrati Husnin. (2021). Google Classrrom Sebagai Pelantar M- Pembelajaran: Tahap Pengetahuan Dan Tahap Kesediaan Guru-Guru Sekolah Menengah Luar Bandar. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), p. 278-292. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/14100
Nur Fatahiyah Mohamed Hata & Siti Nur Diyana Mahmud. (2020). Kesediaan guru Sains dan Matematik dalam melaksanakan pendidikan STEM dari aspek pengetahuan, sikap dan pengalaman mengajar. AKADEMIKA, 90 (3). https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1300
Sivakhami K. Ganesan & Norazah Mohd Nordin. (2023). Kesediaan Guru Dalam Melaksanakan Pembelajaran Dan Pemudahcaraan Dalam Talian Semasa Pandemik Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan, 5(1), p. 113-122. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/21673
Tan Ching & Ruhizan Mohammad Yasin. (2022). Penerapan Kaedah Didik Hibur Dalam Pembelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah Luar Bandar. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1), p. 459-474. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/18137