Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar Dan Kepuasan Kerja Guru SJKT Melaka Tengah
Abstract
Kepimpinan transformasional merupakan corak kepimpinan yang akan melonjakkan kecemerlangan sekolah serta meningkatkan kepuasan bekerja dalam kalangan guru. Objektif kajian ini adalah menentukan tahap amalan kepimpinan transformasional guru besar (PGB) SJKT Melaka Tengah; mengenal pasti tahap kepuasan bekerja; menentukan hubungan kepimpinan transformasional dan kepuasan kerja guru serta mengenal pasti aspek kepimpinan transformasional yang mempunyai impak paling signifikan ke atas kepuasan kerja guru SJKT Melaka Tengah. Kajian kuantitatif ini mengaplikasikan reka bentuk kajian tinjauan dan data dikutip melalui borang soal selidik Google Form. Perisian SPSS V26 telah digunakan untuk menjalankan analisis deskriptif dan analisis inferensi. Populasi kajian adalah guru-guru SJKT Melaka Tengah. 50 orang guru dari 3 buah SJKT di daerah Melaka Tengah telah terpilih sebagai sampel. Kajian ini mendapati yang tahap kepimpinan transformasional guru besar berada di tahap yang sangat tinggi. Selain itu, guru menunjukkan kepuasan kerja yang tinggi dan terdapat hubungan signifikan yang kukuh antara kepimpinan transformasional PGB dan kepuasan kerja guru SKJT Melaka Tengah. Selain itu, terdapat hubungan signifikan dan kukuh antara kedua-dua aspek ini. Kajian ini juga mendapati yang pertimbangan individu mempunyai impak paling signifikan ke atas kepuasan bekerja guru. Implikasi kajian ini kepada PGB, pegawai JPN ,PPD dan KPM adalah ia membantu mereka mengenal pasti amalan kepimpinan transformasional PGB. Ini membolehkan PGB mengambil langkah sewajarnya bagi memperbaiki amalan kepimpinan transformasional mereka bagi menjamin kepuasan bekerja guru. Kajian ini mencadangkan penggabungan reka bentuk kajian kuantitatif dan kualitatif bagi kajian akan datang dan memperluaskan lokasi kajian yang ke daerah lain selain Melaka Tengah.
References
Adrience Loh Yee Shuen, Mohd Yusoff bin Mohd Noor (2022).Kepimpinan Transformasional Guru Besar Dan Kepuasan bekerja Guru Di Sekolah Rendah Daerah Klang Semasa Pandemik.Jurnal Dunia Pendidikan 4(3) : 26-37.
Aziz Tahir, Ahmad Zamri & Ghazali Darusalam.(2018). Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar dan Hubungannya Terhadap Kepuasan bekerja Guru Sekolah Daerah Miri.Prosiding Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN) 12-23.
Azizi Ahmad ( 2018 ). Ramai guru pilih bersara awal? Utusan Melayu, 4 Disember. https://www.utusan.com.my/nasional/2022/03/banyak-tugas-sampingan-punca-ramai-bersara-awal/.
Bass (1985). Bass, B. M. 1985.. Leadership and performance beyond expectations. New York: Free Press
Bass dan Avolio (1998). You Can Drag A Horse To Water But You Can’t Make It Drink.Journal of Leadership Studies. 5, 1-17.