Hubungan Antara Konsep Kendiri Dan Motivasi Dengan Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah
Abstract
Di bawah sistem pendidikan negara Malaysia, matematik merupakan salah satu mata pelajaran asas yang wajib dipelajari oleh golongan murid. Namun, pencapaian matematik dalam kalangan murid tidak begitu memuaskan menjadi satu isu penting. Mengikut kajian terdahulu, faktor konsep kendiri dan motivasi mempengaruhi pencapaian akademik seseorang murid. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui bagaimana pencapaian matematik dalam kalangan murid berkait dengan konsep kendiri dan motivasi. Metodologi kaedah kuantitatif yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan reka bentuk tinjauan. Sampel kajian yang terdiri daripada 205 orang murid dipilih menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Soal selidik daripada ‘Mathematics Self-Concept’ (SCMAT) dan ‘Primary School Mathematics Motivation Scale’ (PSMMS) telah diubah suai untuk mengukur konsep kendiri dan motivasi. Tahap Penguasaan (TP) ujian penilaian matematik digunakan untuk mengukur pencapaian matematik. Perisian SPSS versi 23 digunakan untuk memeriksa data statistik deskriptif dan inferensi. Mengikut dapatan kajian, konsep kendiri murid berada pada tahap sederhana tinggi (min= 3.28, SP=0.706) manakala tahap motivasi mereka adalah sederhana rendah (min = 2.52, SP=0.495). Kajian ini juga menunjukkan hubungan positif yang tinggi antara konsep kendiri (𝑟 = 0.856, 𝑝 = 0.000 < 0.05) dan motivasi (𝑟 = 0.847, 𝑝 = 0.000 < 0.05) dengan pencapaian matematik. Mengikut dapatan analisis regresi berganda, konsep kendiri dan motivasi murid bersama-sama menyumbang sebanyak 77.1% terhadap pencapaian matematik. Kesimpulannya, tahap konsep kendiri dan motivasi murid saling berkaitan dengan pencapaian matematik mereka. Kajian ini mencadangkan pentingnya langkah untuk meningkatkan konsep kendiri dan motivasi untuk meningkatkan pencapaian matematik murid.
References
Abdul Aziz Ishak & Aida Zuraina Mir Ahmad Talaat. (2020). Pembelajaran atas talian: tinjauan terhadap kesediaan dan motivasi dalam kalangan pelajar Diploma logistik dan pengurusan rantaian bekalan, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(4), 68-82.
Ahmid, M. H., Abdullah, M. K., & Johari, K. (2018). Pengajaran guru dan kepercayaan motivasi pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab di sekolah menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 3(3), 136 - 147.
Arham Abdullah, Baharin Mesir & Ahmad Muhaimin Mohamad. (2006). Faktor-faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan akademik pelajar di Universiti Teknologi Malaysia. National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia.
Azmah Tambi. (1992). Konsep kendiri dan pencapaian akademik dikalangan guru pelatih. Jurnal Pendidikan. Maktab Perguruan Seri Kota, Laporan Kajian, 12 – 18.
Azman Idris. (1994). Pengantar Psikologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). (2019). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Edisi ke-2. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Cohen, L., & Holliday, M. (1982). Statistics for Social Sciences. Harper & Row: London.
Crow & Crow. (1983). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
El-Adl, A. & Alkharusi, H. (2020). Relationships between self-regulated learning strategies, learning motivation and mathematics achievement. Cypriot Journal of Educational Science, 15(1), 104–111.
Ezgi Ersoy, M.S. (2015). Primary school mathematics motivation scale. European Scientific Journal, 11(16), 37-50.
Fadzin Nazirin Mihat, Mohammad Mujaheed Hassan & Farah Husna Anwar. (2020). Perkaitan antara motivasi dan prestasi kerja terhadap kepuasan kerja dalam kalangan penjawat awam. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(10), 34-57.
Farah Wazera Mohamed Jaafer Sadiq & Mohammad Mujaheed Hassan. (2021). Konsep Kendiri dan Gaya Pembelajaran terhadap Motivasi Akademik dalam kalangan Mahasiswa. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(2), 75-105.
Fatin Aliah Phang, Mohd Salleh Abu, Mohammad Bilal Ali & Salmiza Salleh. (2014). Faktor penyumbang kepada kemerosotan penyertaan pelajar dalam aliran sains: satu analisis sorotan tesis. Sains Humanika, 2(4), 63–71.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Krejcie, R.V & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610.
Muhammad Ikmal Rezal Othman, Nurazwa Ahmad & Nor Kamariah Kamaruddin. (2020). Hubungan antara motivasi intrinsik dan ekstrinsik dengan pencapaian akademik pelajar UTHM. Kajian Kes di Malaysia, 45-52.
Muzirah Musa & Wan Nor Atiqah Meor Samsudin. (2021). Implementasi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) matematik: Adakah suatu realiti? Sains Malaysiana, 50(9), 2781-2790.
National Association of School Psychologists. (2014). School psychologists help schools successfully. National Association of School Psychologists, 1-2.
Noor Erma Abu & Eu, L. K. (2014). Hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya terhadap pencapaian matematik tingkatan 4. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 2(1), 1–10.
Nunnally, J.C & Bernstein, I.H. (1994). Pschometric Theory. Edisi ke-3. New York: McGraw Hill.
Nur Alamsyah. (2016). Pengaruh konsep diri terhadap prestasi belajar matematika siswa SMAN 102 Jakarta. Jurnal Susunan Artikel Pendidikan, 1(2), 155-164.
Organization for Economic Co-operation and Development (OECD). (2012). Student questionnaire - Form B. Paris, France: Author.
Othman. (2015). Kesan konsep kendiri terhadap tingkah laku murid-murid. Tesis Dr. Falsafah. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rima Faradila, Amelia Pramono & Marindra Firmansyah. (2020). Hubungan motivasi dan strategi belajar terhadap indeks prestasi semester mahasiswa kedokteran. Jurnal Bio Komplementer Medicine, 7(1), 1-7.
Sabitha Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial, cetakan pertama, Malaysia: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn.Bhd.
Santrock, J. W. (2006). Materialism impedes our psychosocial growthlife-span development (10th ed.). Boston, USA: McGraw-Hill.
Sarlito, W. Sarwono. (2014). Psikologi Umum (Edisi Revisi). Jakarta: Rajawali Press.
Stacy, S. T., Cartwright, M., Arwood, Z., Canfield, J. P., Kloos, H., & Hubber, P. J. (2017). Addressing the math-practice gap in elementary school: Are tablets a feasible tool for informal math practice? Frontiers in Psychology, 8(179), 1–12.
Wan Naliza Wan Jaafar & Siti Mistima Maat. (2020). Hubungan antara motivasi dengan pencapaian matematik dalam kalangan murid sekolah luar bandar. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 10(1), 39-48.
Yusof, H., & Jalil, N. A. (2012). The relationship between family factors and motivation with academic achievement of felda students. Journal of Contemporary Issues and Thought, 2, 141–151.
Zahara. (2000). Hubungan antara konsep kendiri dan motivasi pencapaian dengan pencapaian dalam mata pelajaran Sejarah. Tesis Sarjana Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zulyna Adila Zainuddin & Faridah Mydin Kutty. (2021). Hubungan antara efikasi kendiri dan motivasi terhadap pencapaian akademik pelajar perempuan jurusan STEM. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(3), 180-190.