Amalan Pentaksiran Berbantukan Instrumen Teknologi Dalam Kalangan Guru Bahasa Arab: Satu Pandangan Awal
Abstract
Era Pendidikan 4.0 adalah hasil daripada Revolusi Perindustrian 4.0 yang telah memberi kesan secara langsung terhadap sistem Pendidikan global. Antara perkara yang dilihat menerima efek dalam era Pendidikan 4.0 ialah penggunaan teknologi dan kaedah pentaksiran. Secara retorik, pentaksiran dilihat sebagai satu medium yang berperanan untuk menilai pencapaian objektif dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang dijalankan. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis instrumen teknologi yang digunakan oleh guru bahasa Arab dalam amalan pentaksiran di sekolah, permasalahan yang dihadapi oleh guru bahasa Arab dalam perlaksanaan pentaksiran berbantukan instrumen teknologi dan kesan pentaksiran yang berbantukan instrumen teknologi kepada aktiviti PdP Bahasa Arab. Kajian berbentuk kuantitatif ini menggunakan kaedah persampelan secara rawak yang melibatkan sampel kajian seramai 33 orang guru bahasa Arab di Daerah Sabak Bernam. Data yang diperolehi daripada soal selidik menunjukkan amalan pentaksiran berbantukan elemen teknologi dalam kalangan guru bahasa Arab berada pada nilai purata min 3.721 yang menunjukkan instrumen teknologi memberi kesan yang baik terhadap amalan pentaksiran guru bahasa Arab di sekolah. Keadaan ini secara tidak langsung mengambarkan tahap kebersediaan guru-guru bahasa Arab dalam menghadapi arus global dalam era Pendidikan 4.0.
References
Amin, J. N. (2016). Redefining the role of teachers in the digital era. International Journal of Indian Psychology, 40-45.
Atan, N, A. Andrew, B. (2010). Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Sejauh Mana ia Meningkatkan Kemahiran Generik Guru Pelatih Universiti Tekonologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository (Unpublished), 1-7.
Baek, J. Yoo, Y. Lee, K. Jung, B. (2017). Using an Instant Messenger to Learn A Foreign Language in a Peer-Tutoring Environment. Turkish Online Journal of Educational Technology, 145-152.
Che Omar, M. (2008). Guru Bahasa Arab Terlatih di Sekolah: Satu Keperluan di Malaysia. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri ke-6, (pp. 711-720).
Gani, A, W, I. Siarap, K. Mustafa, H. (2006). Penggunaan Komputer dalam Pengajaran Pembelajaran dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes di Pulau Pinang. APEX Research and Innovation Universiti Sains Malaysia.
Husin, Z. Khalid, F. (2014). Kekangan Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di Kalangan Guru Sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Scientific Research Publishing (SCIRP).
Kamis, N. Khalid, F. (2017). Kekangan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru Sekolah. SPRiN Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur, 212-217.
Li Li, W. Osman, K. Maat, S, M. (2018). Analisis Faktor Pengesahan bagi Instrumen Pengetahuan Guru Matematik Sekolah Rendah dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia , 11-20.
Ling, H. Y. (2016). Investigating the Perceptions of Secondary School Students in Kuching, Serawak in Using Whatsapp for Communication and Learning Purposes. Penang: Unpublish Master Dissertation, Wawasan Open University .
Osman, K. Mohd Saad, R. (2014). Science Technology, Engineering and Mathematics (STEM) education in Malaysia. Eurasia Journal of Mathematics, Science & Technology Education, 153-154.
Puteh, N, S. Majzub, R, M. Yusof, Z, M. (2010). Peranan Guru dan Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kepelbagaian pelajar. . Journalarticle.ukm.my.
Ramli, S. Abdul Ghani, M, T. Atoh, N, Muhammad Romli, T.R. (2019). Intergrasi Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Berasaskan Kit Media dalam Amalan Pembelajaran dan Pemudahcaraan Guru Pelatih Bahasa Arab. International Journal of Language Education and Applied Linguistics (IJLEAL), 33-44.
Sivabalan, K. Ali, Z. (2019). A Systematic Review on Mobile Instant Messaging as a Collaborative Tool for Language Learning. International Journal of Language Education and Applied Linguistics (IJLEAL), 99-109.
Sternberg, R. (2013). What is Cognitive Education? Journal of Cognitive Education and Psychology, 4-5.
Suzana, A, M. Mohammad Zeeree, K. (2017). Pelaksanaan KBAT dalam Pentaksiran Formatif Bagi Slot Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia: Kajian Kes. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak, 18-35.
Wan Abdullah, W. M. (2017). Evidens Pentaksiran Sekolah Dalam Pengajaran Bahasa Arab Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Disertasi PhD, Universiti Malaya.