Tinjauan Kecenderungan Pelajar Kursus Bahasa Mandarin Terhadap Kelas Dalam Talian Dan Kelas Bersemuka
Abstract
Penularan Covid-19 telah memberi impak besar kepada landskap pendidikan negara kita. Semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kelas dalam talian telah menjadi pilihan utama bagi para pengajar dan pelajar. Ketika kita memasuki fasa peralihan ke endemik, kelas bersemuka telah kembali seperti sediakala. Peralihan ini telah memberi pengalaman yang berlainan kepada pelajar melalui dua jenis mod pengajian yang berlainan iaitu kelas dalam talian dan kelas bersemuka. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau kecenderungan pelajar terhadap kelas dalam talian dan kelas bersemuka bagi kursus bahasa Mandarin sebagai bahasa asing di Universiti Kuala Lumpur, Malaysian Spanish Institut (UniKL MSI). Kajian ini menggunakan temu bual sebagai instrumen untuk mengumpul data. Seramai 12 orang pelajar UniKL MSI terlibat dalam kajian ini. Kesemua pelajar ini telah mengikuti kursus Mandarin 1 pada semester Januari 2022 secara dalam talian dan mengikuti kursus Mandarin 2 pada semester September 2022 secara bersemuka. Sebanyak tujuh soalan dikemukakan semasa temu bual. Hasil kajian menunjukkan pelajar lebih cenderung kepada kelas bersemuka berbanding dengan kelas dalam talian bagi kursus bahasa Mandarin. Kajian ini diharap menyumbang maklumat yang berguna kepada pihak pengurusan dan warga pendidik untuk merancang dan menggunakan mod pengajian yang sesuai demi kebaikan pelajar.
References
Abdul Halim Masnan (2021). Pembelajaran Bersemuka, PdPR Perlu Seiring. Dicapai daripada https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/03/791472/pembelajaran-bersemuka pdpr-perlu-seiring.
Chung, E., Noor, N. M., & Vloreen Nity Mathew (2020). Are You Ready? An Assessment of Online Learning Readiness among University Students. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 9(1), 301-317.
Khairul Izwan Abdul Wahab & Zulkurnain Hassan (2021). Kebolehlaksanaan Pembelajaran Melalui Aplikasi Microsoft Teams di Kolej Komuniti Kota Marudu, Sabah. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 1(10), 1-14.
Kok, K. H. (2020). Interaksi Tidak Bersemuka Dan Perintah Kawalan Pergerakan Wabak Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(3), 202-211.
Larry, D. (2020). “Online Learning Gets Its Moment Due to COVID-19 Pandemic: Here's How Education Will Change,” ZDNet.
Mazidah Musa & Nor Aidawati Abdillah (2021). Penggunaan Google Meet dalam Proses Pengajaran Pembelajaran di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Journal of Modern Education, 3(8), 104-113.
Meera Mathera & Alena Sarkans (2018). Student Perceptions of Online and Face-to-Face Learning. International Journal of Curriculum and Instruction,10(2), 61-76.
Mohd Fairuz Jafar, Zetty Akmar Amran, Mohd Faiz Mohd Yaakob, Mat Rahimi Yusof & Hapini Awang (2020). Kesediaan Pembelajaran Dalam Talian Semasa Pandemik COVID 19. Prosiding Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan, 404-410.
Mohd Ridzauddin Roslan (2021). Pelajar Mahu Kelas Bersemuka Berbanding PdPR. Dicapai daripada https://www.kosmo.com.my/2021/04/25/pelajar-mahu-kelas-bersemuka-berbanding-pdpr/.
Munirah Salleh, Mohd Faisal Jamaludin, Noor Syaheeda Mohd Safie & Julia Mohd Yusof (2021). Tinjauan Keberkesanan Pembelajaran Secara Dalam Talian Ketika Pandemik Covid-19: Perspektif Pelajar Sains Kejuruteraan Politeknik Ibrahim Sultan. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 374-384.
Muniroh Hamat, Siti Balqis Mahlan & Ch’ng Pei Eng (2020). Adaptasi Pengajaran dan Pembelajaran Secara Maya Dalam Kebiasaan Baharu Semasa Pandemik COVID-19. Shah Alam: SIG: e-Learning@CS, 23-30.
Noor Syaheerah Hamdan & Tajul Arifin Muhammad (2021). Motivasi Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Di Kuala Lumpur Dan Keterlibatan Pelajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian Sepanjang Tempoh Pandemik Covid-19. 2nd International Conference on Education, Social Sciences and Engineering (ICESE 2021).
Nor Aidawati Abdillah & Mazidah Musa (2021). Kesediaan Pelajar Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Norma Baru di Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. International Journal of Modern Education, 3(8), 114-124.
Nor Musfirah Mohamad (2021). Cabaran Pedagogi Norma Baharu Di Kolej Universiti Islam Perlis (Kuips) Ketika Pandemik Wabak Koronavirus Covid-19. Jurnal Pengajian Islam, 243-254.
Norhafinas Abd Latib, Mohd Nizam Edrusi & Junaidah Muhamad (2021). Pembelajaran Matematik Secara Atas Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Journal of Modern Education, 3(8), 91-103.
Norhayati Alias (2022). Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Asing Dalam Era Endemik. Dicapai daripada https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2149074.
Rozelia Haizah Abd Razak & Nur Farahkhanna Mohd Rusli (2022). Pembelajaran Secara dalam Talian: Tahap Kesediaan dan Keberkesanan Pelaksanaannya kepada Pelajar. LSP International Journal, Vol. 9, Issue 1, 31-43.
Roziyaliney Muhammad, Haris Fadillah Hasan & Norwahida Saamri (2021). Persediaan Terhadap Penggunaan MS Teams Sebagai Platform Utama PdPDT Di Kalangan Pelajar JTMK PMS. Journal of Modern Education, 3(8), 138-148.
Siti Azura Abu Hassan, Suzana Zainol Abidin & Zulkurnain Hassan (2021). Keberkesanan Pembelajaran dan Pengajaran Dalam Talian (E-Pembelajaran) Terhadap Pembelajaran Pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), Vol 2, Issue 10, 1-14.
Siti Balqis Mahlan & Muniroh Hamat (2020). Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Shah Alam: SIG: e-Learning@CS, 14-22.
Siti Nor Lailiyah Ibrahim, Yusmaria Mohd Yusoff, Zulkurnain Hassan (2021). Covid-19: Sikap, Motivasi dan Halangan Dalam Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian (PdPDT) Pelajar Kolej Komuniti Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 77-91.
Siti Nurshahidah Sah Allam, Mohd Sufiean Hassan, Rosilawati Sultan Mohideen, Aini Faezah Ramlan & Rusydi Mohd Kamal (2020). Online Distance Learning Readiness During Covid-19 Outbreak Among Undergraduate Students. International Journal of Academic Research in Business & Social Sciences, 10(5), 642-657.
Tan, H.A. & Tan, T.L. (2022). Kesediaan Dan Persepsi Pelajar Kursus Bahasa Mandarin Di Universiti Teknikal Terhadap Pembelajaran Atas Talian. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1), 77-85.
Tan, H.A. & Tan, T.L. (2023). Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Microsoft Teams Dalam Pembelajaran Bahasa Mandarin Secara Dalam Talian. Jurnal Dunia Pendidikan, 5(1), 532-543.
Zamry Ahmad Mokhtar & Nur Ashikin Lakman (2021). Peralihan Dari Pembelajaran Bersemuka Ke Pembelajaran Secara Atas Talian Untuk Subjek Mechanics Of Civil Engineering Structures semasa Pandemik COVID-19. ANP Journal of Social Science and Humanities, 2(2), 11-18.
Zulkifli Manzor et al. (2021). Belajar Secara Bersemuka Lebih Fokus. Dicapai daripada https://www.kosmo.com.my/2021/07/14/belajar-secara-bersemuka-lebih-fokus/.